Assalamualaikum..
"perkahwinan satu perjudian, tak semua mengecap bahagia"
-manisnya cinta di Cappadocia
Jodoh dan pasangan hidup semua adalah pinjaman dari Allah..
bila- bila masa Allah akan menguji..
bila-bila masa Allah boleh balikkan hati manusia..
Bila-bila masa Allah akan ambil pasangan hidup kita..
ada sesetengah pasangan diuji dengan masalah kewangan, zuriat, komunikasi dan ketidaksetiaan
KECURANGAN
KECURANGAN
bagi penulis, kepercayaan dan kejujuran adalah yang paling penting dalam sebuah perkahwinan.
tidak dinafikan, sewaktu hamil dulu, penulis kerap syak wasangka terhadap suami. mungkin kerana faktor perkahwinan jarak jauh kami. hanya dapat jumpa suami di hujung minggu. lumrah wanita akan rasa cemburu. mana ada isteri yang sanggup berkongsi kasih.
betul tak?
so far
penulis hanya mampu bertawakkal pada Allah..
Bila-bila masa kita kaum hawa ni boleh diuji..
kuatkah kita?
tabahkah kita?
sabarkah kita?
sabarkah kita?
beranikah kita?
some tips yang penulis dapat while blogwalking
from
http://srinooras2u.blogspot.com/
edited by miss eny
CARA-CARA HADAPI SUAMI CURANG
1 Dekatkan diri
dengan tuhan
Percayalah ketika waktu ini syaitan dan iblis akan menjadi
penghasut yang sedaya upaya mahu
meruntuhkan masjid yang anda bina. Di saat anda rasa kecewa sakit hati maka
ambillah wuduk, lakukan solat dan dekatkan diri dgn tuhan. Insyallah sematkan
dalam hati ini adalah ujian dan mohonlan panduan dan kekuatan dari Allah. Itu
adalah lebih baik dari anda menangis meraung tanpa henti.
(Alhamdulillah: bila kita mengadu pada Allah, Allah akan tujuk jalan keluar pada kita. Rajinlah bangun malam, kadang-kadang bila dah tersedar 3 4 pagi tu bangunlah tunaikan solat 2 rakaat. anggaplah bahawa Allah kejutkan kita sebab Allah rindu nak dengar kita merayu dan merintih padanya)
2. Buat
keputusan
Jika kecurangan itu sudah lama dan membuat anda buntu maka
sudah tiba masa anda membuat keputusan samada terus mempertahan rumahtangga
atau bercerai.
(kuatkah wanita untuk buat keputusan? bagi penulis, better kaum hawa boleh buat lawatan sekejap dekat mahkamah. masuk dalam mahkamah and lihat sendiri pelbagai kes rumahtangga yang dibicarakan. lepas tu balik rumah muhasabah diri, timbal balik keputusan consider life selepas bercerai and consider pasal anak. lepas tu fikir semula, tabahkah hati ingin memfailkan penceraian? seeloknya berbincang dengan suami. bagi penulis penceraian merupakan jalan terakhir.)
3. Pemaaf yang
ikhlas.
Jika anda berhasrat terus mempertahan rumahtangga anda maka
anda perlualah menjadi seorang pemaaf yang ikhas. Sentiasa redha sebagai ujian
dan berdoa agar suami akan insaf. Lakukan tanggungjawab anda sebagi isteri yang
taat walau apa jua keadaan,jgn merimaskan lagi otak suami yang sedang ‘keliru’.
Urusan suami curang itu biarlah Allah yang membalasnya . Hapuskan sifat
pemarah, benci dan sakit hati sebab itu tidak akan membantu mempertahan
rumahtangga anda. Layan suami sebaik mungkin.. lagi dia buat hal lagi power anda
melayannya.
(Ayat terakhir tu memang tak boleh blah.. macamna isteri nak layan balik suami yang dah curang dengan baik? nak layan macam seolah-olah tiada apa yang berlaku? Actually, yang penulis perasan kan, kaum hawa ni memang hebat fizikal dan emosi, kalau sakit bersalin pun boleh tak serik apatah lagi kes suami curang. asalkan suami insaf, taubat nasuha and kembali ke pangkal jalan, semua isteri dengan hati yang terbuka akan memaafkan suami. betul tak?)
4. Bercerai
Jika kecurangan itu tidak lagi membuat anda boleh
memaafkannya , penyelesaian terbaik adalah bercerai, saya tidah menggalakkan
penceraian tapi jika setiap hari anda bersulam air mata, bertekak, meninggi
suara, memarahi,maki hamun suami (kerap terjadi bila isteri marah) pecayalah
anda Cuma mengundang dosa yang tiada batasan. Suami wajib ditaati selagi tidak
melanggar hukum islam..dan sesungguhnya kita semua tahu lelaki boleh berkahwin
sampai empat. Itu hukum tuhan, siapa kita utk mengubahnya. Bercerai juga adalah
cara terbaik utk memastikan kenangan manis anda berdua lebih banyak dari
kenangan pahitkerana pelbagai perkara
dan kata2 tidak elok akan keluar dalam menghadapi proses ini. Dan jika kenangan
manis lebih byk, rasa benci tidak terlalu tebal, bila masing2 muhasabah diri
maka peluang utk rujuk lebih terbuka luas.
(Bercerai.. berfikiran positiflah kaum hawa, mungkin Allah dah ambil suami kita melalui penceraian, tapi ingatlah! jika kita bergantung pada Dia, Dia gantikan suami yang curang itu dengan manisnya iman..)
(Bercerai.. berfikiran positiflah kaum hawa, mungkin Allah dah ambil suami kita melalui penceraian, tapi ingatlah! jika kita bergantung pada Dia, Dia gantikan suami yang curang itu dengan manisnya iman..)
5. Jangan
sesekali
–bersahabat dengan bomoh
-bersahahabt dengan penghasut
-salahkan diri sendiri
-balas dendan dengan melakukan perkara yg sama
(yang ni memang banyak terjadi. ada sampai suami curang, isteri berdendam and curang sekali.. at the end habis kucar kacir.. anak pun kelaut!)
6. Luahan
perasaan pada yang sepatutnya
keluarga mungkin tempat terbaik utk mengadu. if segan nak mengadu pada keluarga, mengadulah pada orang yang tak bias. yang boleh memberi sokongan positif
7. Komunikasi
berkomunikasilah tanpa desakan,penuh ikhlas dan kasih sayang kerana Lelaki
tidak suka didesak. Dan Lelaki tidak suka dicabar. Tukar paradigma..dari marah
kepada bercakap lembut , lagi dia buat hal lagi baik layanan anda.
Cubalah…tidak salah mencuba jika setiap hari bergaduh tetapi anda sakit hati. Lagipun mengalah bukan bererti
kalah, mengalah pun bukan utk orang lain…laki kita juga. Ketepikan dulu ego
jika anda ingin terus bersamanya kecuali anda sudah nekad untuk bercerai.
8. Baiki
penampilan diri sendiri untuk diri sendiri.
Tunjukkan kekuatan
anda sebagai wanita hebat. Ramai yang mengabaikan penampilan diri selepas
berumahtangga. Seluruh hidup diabadikan utk suami dan anak2 sehingga lupa
menghargai diri sendiri. Luangkan sedikit masa utk diri spt berinteraksi dgn
persekitaran spt pergi salun spa bg yang mampu, aktif, berkawan dan
berkomuikasi, mempunyai kareer masa depan yang kukuh bagi menjamin apa
kemungkinan terjadi, belajar kemahiran jika anda suri rumah. Ambil supplement
atau sumber makanan yang boleh mengekalkan kecantikan dan kesihatan. Jgn
lupa menjaga berat badan yang seksi dan langsing.
(yang penting!! Berubahlah untuk
diri sendiri bukan untuk org lain)
p/s: jangan sesekali membandingkan kebahagian perkahwinan orang lain. setiap perkahwinan pasti diuji. orang yang beriman akan tetap di uji. bertabahlah, berusahalah dan bertawakkal kepada Allah
Setiap ujian yang datang itu ada tempoh masanya, jangan pernah berputus asa, boleh jadi ujian itu sedang bermula, boleh jadi ujian itu sikit masa lagi nak tamat. Bersabarlah. Allah menguji hambaNya yang sabar. Redhalah dengan ujian Allah
nasihat untuk diri sendiri juga ^.^Y
nasihat untuk diri sendiri juga ^.^Y
Semoga sy kuat tuk hadapi semua ini
ReplyDeleteSemoga sy kuat tuk hadapi semua ini
ReplyDelete