blog template

Thursday, April 16, 2015

akmal hadif- 18th month

assalamualaikum

alhamdulillah.. muhammad akmal hadif dah genab 18 bulan/setahun setengah.. sekejap sangat masa berlalu..

hari ni akmal bangun awal, pukul 6 dah celik mata ambil buku kat atas tilam baca dalam gelap.. "adik, mama nak tido la, jom la tidur".. akmal baca "abak-abak".. puas mama ajar, "bukan abak adik, tapi book".. alahai anak mama ni.. mama pun bangun petik suis lampu, kelip-kelip mata akmal silau..
lepastu tersengeh tengok muka mama.. dua-dua muka masam..

saat paling touching sekali, bila mama balik kerja, automatik akmal akan meluru berlari ke arah mama yang masih kat muka pintu.. mama pun medepakan tangan dan kita saling berpelukan.. macam cerita hindustan sangat akmal.. ala-ala kabhi khusi kabhi gham gitu..

akmal cepat belajar and response pada nyanyian..

kalau time nak gosok gigi, mama kena nyanyi dulu baru akmal akan buka mulut bagi chan mama gosok..

samalah time nak suapkan qaseh junior.. kena nyanyi dulu, "qaseh..qaseh..qaseh..qaseh kekasih"

setiap hari mama banyak belajar benda baru dengan akmal..





cerita 3 minggu lepas..

alkisahnya i kena pergi kursus di Port dickson 4hari 3malam.. and ini adalah first time akmal tak ikut i kursus sebab mak i tak boleh ikut sebab adik i tengah tunggu masa nak bersalin.

so malam pertama tidur tanpa akmal, i memang tak boleh tidur, almost setiap jam i akan terjaga. i ingat lagi, dalam pukul 3 pagi macam tu i bangun muntah.. rindu anak punya pasal.

while i kursus, setiap kali waktu free i akan kol cakap dengan akmal..

rupanya akmal pun rindu i. mak i cakap akmal cari i dalam bilik pastu keluar bilik menangis.. hari pertama kena tinggal muntah sampai tiga kali.. sayu sangat i rasa.. memang i tak sabar nak balik. memang sangat berharap masa cepat berlalu and i boleh balik kuantan cepat-cepat.

bila fikirkan balik, memang inilah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh ibu yang berkerjaya.
i kalau boleh nak je quit kerja lepas tu jaga sendiri anak i.. sebab masa dorg kecik ni la dorg sangat perlukan perhatian dan kasih sayang ibu.

takpelah akmal, maybe sekarang ni mama kena kerja cari rezeki, t mama dah pencen, mama ikut akmal ya.. masa tu akmal belajar kat oversea pun mama boleh ikut akmal..

yeay!!

belanja gambar akmal satu!

taraaa

inilah hero i..