Thursday, April 16, 2015

akmal hadif- 18th month

assalamualaikum

alhamdulillah.. muhammad akmal hadif dah genab 18 bulan/setahun setengah.. sekejap sangat masa berlalu..

hari ni akmal bangun awal, pukul 6 dah celik mata ambil buku kat atas tilam baca dalam gelap.. "adik, mama nak tido la, jom la tidur".. akmal baca "abak-abak".. puas mama ajar, "bukan abak adik, tapi book".. alahai anak mama ni.. mama pun bangun petik suis lampu, kelip-kelip mata akmal silau..
lepastu tersengeh tengok muka mama.. dua-dua muka masam..

saat paling touching sekali, bila mama balik kerja, automatik akmal akan meluru berlari ke arah mama yang masih kat muka pintu.. mama pun medepakan tangan dan kita saling berpelukan.. macam cerita hindustan sangat akmal.. ala-ala kabhi khusi kabhi gham gitu..

akmal cepat belajar and response pada nyanyian..

kalau time nak gosok gigi, mama kena nyanyi dulu baru akmal akan buka mulut bagi chan mama gosok..

samalah time nak suapkan qaseh junior.. kena nyanyi dulu, "qaseh..qaseh..qaseh..qaseh kekasih"

setiap hari mama banyak belajar benda baru dengan akmal..





cerita 3 minggu lepas..

alkisahnya i kena pergi kursus di Port dickson 4hari 3malam.. and ini adalah first time akmal tak ikut i kursus sebab mak i tak boleh ikut sebab adik i tengah tunggu masa nak bersalin.

so malam pertama tidur tanpa akmal, i memang tak boleh tidur, almost setiap jam i akan terjaga. i ingat lagi, dalam pukul 3 pagi macam tu i bangun muntah.. rindu anak punya pasal.

while i kursus, setiap kali waktu free i akan kol cakap dengan akmal..

rupanya akmal pun rindu i. mak i cakap akmal cari i dalam bilik pastu keluar bilik menangis.. hari pertama kena tinggal muntah sampai tiga kali.. sayu sangat i rasa.. memang i tak sabar nak balik. memang sangat berharap masa cepat berlalu and i boleh balik kuantan cepat-cepat.

bila fikirkan balik, memang inilah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh ibu yang berkerjaya.
i kalau boleh nak je quit kerja lepas tu jaga sendiri anak i.. sebab masa dorg kecik ni la dorg sangat perlukan perhatian dan kasih sayang ibu.

takpelah akmal, maybe sekarang ni mama kena kerja cari rezeki, t mama dah pencen, mama ikut akmal ya.. masa tu akmal belajar kat oversea pun mama boleh ikut akmal..

yeay!!

belanja gambar akmal satu!

taraaa

inilah hero i..









Monday, March 30, 2015

Mampukah isteri solehah bila suami curang?


Assalamualaikum


Title 'SOLEHAH' bagi seorang isteri memerlukan proses mujahadah, bermula dari akad nikah hinggalah terlerainya ikatan itu sama ada melalui perceraian hidup, ataupun mati.



Apabila suami curang, itu juga 'guideline' buat si isteri untuk muhasabah diri, 'solehah kah aku?' maka.. Di saat ini, isteri hendaklah bertenang dengan penuh sabar. Hentikan prasangka buruk terhadap suami, carilah kelemahan-kelemahan diri untuk diperbaiki. Simpan cerita cerai atau poligami, selongkar kisah-kisah isteri solehah, mencari ilmu bagaimana menawan hati suami dari setiap sudut. Lupakan 'si dia' sebaiknya, kukuhkan kedudukan anda yang mulia sebagai seorang isteri.


Hindari diri dari mengungkit, hindari memandang pengorbanan suami 'hanya kecil'


seorang suami hanya memerlukan isteri. Isteri dengan kedudukannya sebagai isteri. Apabila si isteri merasa gajinya lebih besar, dan pengorbanan suami sangat kecil, tentulah suami berasa tidak dihargai, dan bersedia menceraikan untuk berkahwin lain.


Suami yang sedang mabuk kepayang, tak perlulah isteri melayang-layang. Suami dalam fantasi, sedang terlupa keindahan saat indah bersama anda di awal perhubungan, maka ingatkan suami semula yang anda tetap isteri solehah yang hebat!  

Pandanglah suami dengan pandangan ikhlas sebagai seorang isteri. Lupakan pengorbanan anda sebentar. Selongkar pula pengorbanan suami, kebaikan suami, cari semula kelebihan suami yang kian hilang di hati anda. Ingatlah, masih ramai wanita yang memerlukan suami. Masih ramai janda, balu yang kisah mereka lebih perit dari anda. Masih ramai andartu yang belum berkhawin.

isteri perlulah cukup kuat untuk ujian ini, kerana tanpa sedar suami juga sedang diuji dengan bebanan perasaan cinta mabuk kepayang. 



Mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar. 



p/s: nota dari forum halaqah.net

Wednesday, March 11, 2015

Car seat pilihan

Assalamualaikum..

since akmal baby i memang tak pernah ajar akmal duduk dalam car seat.
maybe sebab i sangat jarang (boleh bilang) berapa kali je i keluar berdua dengan akmal. 
most all of the time bila i keluar adik i or mak i akan ikut and riba akmal.

kalau i keluar berdua dengan akmal pun biasanya bila nak ambil or hantar papa dia ke terminal bus. akmal akan duduk atas riba i breastfeed.
bila dia breastfeed dia akan baring elok je, and i drive guna sebelah tangan. lagi satu tangan pangku kepala akmal.

actually i ada beli carseat since akmal newborn, SCR7. tapi sebab i tak didik dia dari awal bila i letak dia dalam tu dia akan menangis, tak selesa and i akan berhenti tepi jalan, ambil dia letak atas riba i. so since itulah akmal lagi prefer duduk atas riba i. in case dia dah kenyang, dia akan start la tukar posisi dari baring dia duduk and pegang stereng.

i pun terfikir sampai bila akmal nak duduk atas riba i sebab konfem and totally sangat bahaya. pernah dia tiba-tiba pulas stereng tau, nasib baik tangan i cepat untuk paut stereng tu semula.

so i decide nak beli car seat yang besar yang boleh pakai sampai at least umur akmal 4 tahun.
kerja i memang banyak kena travel and kadang-kadang bila ada weekend yang asben i tak boleh balik sebab kerja, we decide i yang kena travel dari kuantan ke KL supaya akmal dapat jumpa papa dia.

sebab i dah fail dengan SCR 7, akmal pun dah besar and tak muat dah duduk dalam tu, so i buat research. brand2 car seat, harga and ciri-ciri spesel
so memang banyak dekat pasaran macam-macam brand car seat. yang harga ribu riban pun ada.

tapi bagi i asalkan car seat tu praktikal, i ok je.

so i punya target car seat below rm400. sebab ini percubaan kedua untuk akmal

lagi satu i nak car seat yang boleh recline (baring)

hasil research and window shoping i:


firstly i pergi kedai Anakku taman tas
tiada yang sesuai untuk akmal, banyak jual carseat newborn je


then, i pergi ke fabulous mom kuantan. ada dua yang i dah aim masa buka website dia

1.  Koopers

harga 319 (offer) tapi bila i tengok dengan real eyes koopers ni boleh recline tahap sandar je.

2. litte bean


harga rm 289 (offer). boleh 4 adjustable recline positions 

bagi i memang nak beli sangat dah yang ni sebab memenuhi ciri-ciri yang i nak

unfortunately  kedai fabulous mom tak ada stok, if still nak kena beli online. tapi i nak pakai urgent sebab esoknya i ada meeting di Kuala Terengganu. so dari fabulous mom i pergi manjaku. fyi, dekat kuantan memang tak banyak kedai yang jual barang baby.

so masa dekat manjaku ada 2 jenis brand sweet cherry yang i berkenan. harga sama rm299 and boleh 3 adjustable recline positions. 




i sangat berkenan dengan yang oren tu tapi sebab saiz dia kecik siket dari yang biru, so i end up beli yang patern warna biru tu

tapi i beli warna merah.. nampak smart

so keluar dari manjaku i terus pasang pada kereta and letak akmal. macam biasa dia tak nak duduk. so i umpan dia dengan handset i so dia betahan la dalam sepuluh minit senyap layan lagu kartun sampai habis.

one thing i belajar dari online research i, ibu-ibu kene buat pekak bila anak menangis tak nak duduk dalam car seat. so anak tu akan tau yang ibu dia tak kan layan nangis dia, and lama-lama dia akan behave dalam car seat. teori ni sedang diaplikasi, hopefully i berjaya

i belanja satu gambar akmal dalam car seat. 




first time travel to KT, parents i tak ada so i angkut anak buah i 3 orang teman i travel dengan akmal. i tak pkaikan akmal seatbelt/harness sebab akmal meraung tak nak, i pasang kid song kat tablet, dia layan last-last tertidur.
 i berjaya drive 1 jam dengan smooth. then akmal bangun dia terus tak nak duduk dalam tu. dia duduk belakang main dengan sepupu dia.

hopefully our second travel this weekend to KL berjaya sepenuhnya. aminn



KAD KREDIT

Assalamualaikum..

actually i sangat fall in love dengan cerita "confession of shopaholic".
cerita ni dah lama dah, zaman i study dulu. zaman tgk wayang dgn kawan-kawan satu U dulu.
cerita tentang Becky yang dibelenggu masalah hutang kad kredit (CC) almost 16k USD. how Becky survive and find love.



so masa watch the movie tu i memang dah set dalam kepala i tak nak NEVER! pakai kad kredit.

tak pernah terfikir but i end up with ONE since i got job

My CC always be my friend but most all the time be my huge enemy.

banyak jugak CC ni selamat kan i, for example:

1. awal-awal kawin, financial problem ada sebab masa tu i belum mampu bajet belanja, my asben and i PJJ so we oll banyak pakai duit. nak set up rumah, beli keperluan dapur macam peti ais dah seribu lebih kan. masa tu terfikir untungnya lah kalau ada org bagi wedding gift macam peti ais. T.T

we oll kawin masa tu umur baru 25, i baru kerja tak sampai setahun, saving pun tak banyak memang habis buat kawin je, so CC memang banyak membantu i

2. my asben warded at KPJ. masa tu medical card asben i ada problem. so dengan CC la i settle the bill. almost 4k the bill!

3. i beli laptop. masa tu i takda cash, i beli laptop for my asben as our 1st anniversary gift

4. car breakdown. kena tukar gearbox, lepas tu overhaul. memang banyak duit habis repair kereta sampai terpaksa guna CC.


CC i punya limit tak banyak cuma 4 k je. 
so for almost three years dengan penggunaan yang sangat maksimum and sesuka hati ni, i masih berjaya survive and settle credit card  bill.

setiap kali settle bayar bil i mesti akan berjanji dengan diri i yang i tak kan guna dah CC ni. konon nak sorok bawah tilam la. tapi i jugak yang mungkir janji i. i selalu buat CC ni macam back up i bila i ada financial problem.

but this time i memang dah berazam tak kan guna dah CC! 
CC tu pun i dah musnahkan, sangat heaven bila i ambil puncher i tebuk dekat cip dia. happy sangat! i already wrote letter for termination. tinggal nak summit je!



ok, dulu i buat CC sebagai backup financial problem i kan. but now i change my strategies.

how?

1. since last year i ada hobi suka simpan duit 50 sen. setiap kali i berbelanja kalau i dapat 50sen seketul i akan simpan. mula-mula tu biasa je. tapi sekarang i jadi obses dengan 50 sen.
dulu zaman study simpan 50sen sebab nak guna kat mesin laundry. tapi sekarang i memang ada tabung khas untuk simpan 50sen i. and i akan rasa puas bila tengok tabung tu nak penuh and berat. macam membakar sangat semangat i untuk menabung. i dah ada dua tabung tau.

2. i create emergency account. yang ni my asben yang suggest! we start at 2k and slowly tambah siket- siket dari balance gaji

3. saving?? actually almost 2 years i potong gaji i untuk tabung haji. so i memang tak simpan lain selain dari tabung haji



so kesimpulannya mari kita berusaha untuk capai financial freedom

orang yang dibelenggu hutang:

” Hina di Siang Hari, Gelisah di Malam Hari “







Tuesday, March 3, 2015

Review- RESTORAN INSAF BARU

Assalamualaikum..

actually entry ini bukan untuk memburukkan atau menjatuhkan pernigaan sesiapa

entry ini adalah bertujuan untuk menzahirkan ketidakpuasan hati penulis terhadap harga makanan yang melampau


kejadian berlaku dalam pukul sebelas lebih pagi. masa ni penulis berkira-kira sama ada nak makan a&w or nasi. then my asben decide jom makan nasi. kenyang lama siket and boleh jalan lama-lama. restoran ni adalah antara kedai yang terhampir dengan sogo

first masuk, restoran ni bersih. we oll decide makan nasi putih, asben pilih lauk kambing and sepiring sayur bendi goreng, i lauk ayam goreng. 

air we oll order laici ais and limau ais. nasi putih sampai bersama sekeping papadom besar.

so we oll pun makan la.. sebab lapar, i rasa sedap je.. i main la teka-teka harga dgn asben, we all target harga dalam rm 30 something sbb dah expect lauk kambing mahal

then masa nak bayar i terkejut sangat, nasib baik tak jatuh jaw i okeh.. rm 55..
so bayar jela

keluar kedai, terus kami belek2 resit tu

kambing rm 25- okeh boleh terima

pastu 

mak aiii

sepinggan nasi putih rm 3

limau ais and laici total rm 8

ayam goreng rm 10

memang terkejut la

harga minyak naik bukannya sampai lima ringgit okeh!!

tau la dekat resit tu tulis high class muslim food.. 

tapi still kedai mamak je pun

agak-agak la harga kan

so far  ni

first time i makan kedai mamak yang harga tak henggat!

sebelum makan kat restoran insaf baru ni, i makan kat mamak jugak area rumah asben

mi goreng basah
kuetiaw sup
limau ais
fresh oren

baru rm 16.70

harga relaven bagi 2 perut :)

tapiiii

restoran insaf baru ni.. memang we oll insaf and bertaubat tak makan situ dah T.T

LOL



Monday, February 9, 2015

SUAMI CURANG?

Assalamualaikum..


"perkahwinan satu perjudian, tak semua mengecap bahagia"
-manisnya cinta di Cappadocia



Jodoh dan pasangan hidup semua adalah pinjaman dari Allah.. 

bila- bila masa Allah akan menguji.. 
bila-bila masa Allah boleh balikkan hati manusia.. 
Bila-bila masa Allah akan ambil pasangan hidup kita..

ada sesetengah pasangan diuji dengan masalah kewangan, zuriat, komunikasi dan ketidaksetiaan

KECURANGAN

bagi penulis, kepercayaan dan kejujuran adalah yang paling penting dalam sebuah perkahwinan.




tidak dinafikan, sewaktu hamil dulu, penulis kerap syak wasangka terhadap suami. mungkin kerana faktor perkahwinan jarak jauh kami.  hanya dapat jumpa suami di hujung minggu. lumrah wanita akan rasa cemburu. mana ada isteri yang sanggup berkongsi kasih. 

betul tak?


so far 

penulis hanya mampu bertawakkal pada Allah..


Bila-bila masa kita kaum hawa ni boleh diuji.. 

kuatkah kita?

tabahkah kita?

sabarkah kita?

beranikah kita?

some tips yang penulis dapat while blogwalking

from

http://srinooras2u.blogspot.com/

edited by miss eny



CARA-CARA HADAPI SUAMI CURANG

1        Dekatkan diri dengan tuhan

Percayalah ketika waktu ini syaitan dan iblis akan menjadi penghasut yang sedaya upaya  mahu meruntuhkan masjid yang anda bina. Di saat anda rasa kecewa sakit hati maka ambillah wuduk, lakukan solat dan dekatkan diri dgn tuhan. Insyallah sematkan dalam hati ini adalah ujian dan mohonlan panduan dan kekuatan dari Allah. Itu adalah lebih baik dari anda menangis meraung tanpa henti.

(Alhamdulillah: bila kita mengadu pada Allah, Allah akan tujuk jalan keluar pada kita. Rajinlah bangun malam, kadang-kadang bila dah tersedar 3 4 pagi tu bangunlah tunaikan solat 2 rakaat. anggaplah bahawa Allah kejutkan kita sebab Allah rindu nak dengar kita merayu dan merintih padanya)

2.       Buat keputusan

Jika kecurangan itu sudah lama dan membuat anda buntu maka sudah tiba masa anda membuat keputusan samada terus mempertahan rumahtangga atau bercerai.

(kuatkah wanita untuk buat keputusan? bagi penulis, better kaum hawa boleh buat lawatan sekejap dekat mahkamah. masuk dalam mahkamah and lihat sendiri pelbagai kes rumahtangga yang dibicarakan. lepas tu balik rumah muhasabah diri, timbal balik keputusan consider life selepas bercerai and consider pasal anak. lepas tu fikir semula, tabahkah hati ingin memfailkan penceraian? seeloknya berbincang dengan suami. bagi penulis penceraian merupakan jalan terakhir.)

3.       Pemaaf yang ikhlas.

Jika anda berhasrat terus mempertahan rumahtangga anda maka anda perlualah menjadi seorang pemaaf yang ikhas. Sentiasa redha sebagai ujian dan berdoa agar suami akan insaf. Lakukan tanggungjawab anda sebagi isteri yang taat walau apa jua keadaan,jgn merimaskan lagi otak suami yang sedang ‘keliru’. Urusan suami curang itu biarlah Allah yang membalasnya . Hapuskan sifat pemarah, benci dan sakit hati sebab itu tidak akan membantu mempertahan rumahtangga anda. Layan suami sebaik mungkin.. lagi dia buat hal lagi power anda melayannya.

(Ayat terakhir tu memang tak boleh blah.. macamna isteri nak layan balik suami yang dah curang dengan baik? nak layan macam seolah-olah tiada apa yang berlaku? Actually, yang penulis perasan kan, kaum hawa ni memang hebat fizikal dan emosi, kalau sakit bersalin pun boleh tak serik apatah lagi kes suami curang. asalkan suami insaf, taubat nasuha and kembali ke pangkal jalan, semua isteri dengan hati yang terbuka akan memaafkan suami. betul tak?)

4.       Bercerai

Jika kecurangan itu tidak lagi membuat anda boleh memaafkannya , penyelesaian terbaik adalah bercerai, saya tidah menggalakkan penceraian tapi jika setiap hari anda bersulam air mata, bertekak, meninggi suara, memarahi,maki hamun suami (kerap terjadi bila isteri marah) pecayalah anda Cuma mengundang dosa yang tiada batasan. Suami wajib ditaati selagi tidak melanggar hukum islam..dan sesungguhnya kita semua tahu lelaki boleh berkahwin sampai empat. Itu hukum tuhan, siapa kita utk mengubahnya. Bercerai juga adalah cara terbaik utk memastikan kenangan manis anda berdua lebih banyak dari kenangan pahitkerana  pelbagai perkara dan kata2 tidak elok akan keluar dalam menghadapi proses ini. Dan jika kenangan manis lebih byk, rasa benci tidak terlalu tebal, bila masing2 muhasabah diri maka peluang utk rujuk lebih terbuka luas.


(Bercerai.. berfikiran positiflah kaum hawa, mungkin Allah dah ambil suami kita melalui penceraian, tapi ingatlah! jika kita bergantung pada Dia, Dia gantikan suami yang curang itu dengan manisnya iman..)




5.       Jangan sesekali 

–bersahabat dengan bomoh
-bersahahabt dengan penghasut
-salahkan diri sendiri
-balas dendan dengan melakukan perkara yg sama

(yang ni memang banyak terjadi. ada sampai suami curang, isteri berdendam and curang sekali.. at the end habis kucar kacir.. anak pun kelaut!)


6.       Luahan perasaan pada yang sepatutnya 

keluarga mungkin tempat terbaik utk mengadu. if segan nak mengadu pada keluarga, mengadulah pada orang yang tak bias. yang boleh memberi sokongan positif

7.       Komunikasi

berkomunikasilah tanpa desakan,penuh ikhlas dan kasih sayang kerana Lelaki tidak suka didesak. Dan Lelaki tidak suka dicabar. Tukar paradigma..dari marah kepada bercakap lembut , lagi dia buat hal lagi baik layanan anda. Cubalah…tidak salah mencuba jika setiap hari bergaduh tetapi anda  sakit hati. Lagipun mengalah bukan bererti kalah, mengalah pun bukan utk orang lain…laki kita juga. Ketepikan dulu ego jika anda ingin terus bersamanya kecuali anda sudah nekad untuk bercerai.

8.       Baiki penampilan diri sendiri untuk diri sendiri.

Tunjukkan kekuatan anda sebagai wanita hebat. Ramai yang mengabaikan penampilan diri selepas berumahtangga. Seluruh hidup diabadikan utk suami dan anak2 sehingga lupa menghargai diri sendiri. Luangkan sedikit masa utk diri spt berinteraksi dgn persekitaran spt pergi salun spa bg yang mampu, aktif, berkawan dan berkomuikasi, mempunyai kareer masa depan yang kukuh bagi menjamin apa kemungkinan terjadi, belajar kemahiran jika anda suri rumah. Ambil supplement atau sumber makanan yang boleh mengekalkan kecantikan dan kesihatan. Jgn lupa menjaga berat badan yang seksi dan langsing. 

(yang penting!! Berubahlah untuk diri sendiri  bukan untuk org lain)


p/s: jangan sesekali membandingkan kebahagian perkahwinan orang lain. setiap perkahwinan pasti diuji. orang yang beriman akan tetap di uji. bertabahlah, berusahalah dan bertawakkal kepada Allah

Setiap ujian yang datang itu ada tempoh masanya, jangan pernah berputus asa, boleh jadi ujian itu sedang bermula, boleh jadi ujian itu sikit masa lagi nak tamat. Bersabarlah. Allah menguji hambaNya yang sabar. Redhalah dengan ujian Allah


nasihat untuk diri sendiri juga  ^.^Y


Tuesday, February 3, 2015

Homemade detox juice

Assalamualaikum..

Ok, jerawat di muka penulis ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Adakah penulis menjadi remaja semula? LOL

Based on my research, when acne appear on check area, it seem that the excretion (perkumuhan) system and lung have a problem.

So,

Adakah disebabkan badan penulis sangat bertoksik??

So my sister surf the internet and found this awesome detox juice recipe.

What you need is this three ingredient:
1. Lemon
2. Lime
3. Orange


Slice all the ingredients, place it in a bottle of plane water and keep it in refrigerator for a night.

it's taste good.. and you might do some dirty business after that.. LOL




Wednesday, January 28, 2015

Cinta buat Rasulullah saw

Assalamualaikum..

Syukur penulis diberikan peluang untuk turut serta dalam program sambutan maulidur rasul. Kalini penulis dilantik menjadi juri bagi pertandingan bicara muslim. Overall penulis rasa kagum dengan pelajar yang bertanding kerana keberanian meraka utk tampil kehadapan berpidato tentang kisah hidup rasulullah.. ala2 macam program tv pencetus ummah n da'i :)

So far sepanjang program ni, banyak yang penulis dpt belajar, cerita ttg kisah hidup rasulullah, sifat sifat rasulullah..

Seorang pelajar bercerita tentang sahabat nabi.. billal bin rabbah.. beliau terlalu rindukan rasulullah rindu sehingga sedih tidak mampu untuk melaungkan azan selepas kewafatan rasulullah.. namun atas permintaan cucu rasulullah hasan dan husin.. billal sanggup melaungkan azan.. namun billal rebah ketika menyebut kalimah " muhammadur rasulullah"..
bila sahabat lain bertanya, knp billal rebah menangis teresak-esak?
Billal menjawab "aku seolah melihat rasulullah berjalan utk solat jemaah"
Pada hari itu seluruh kota mekah bersedih..

Penulis pun turut bersedih mendengar cerita ini..

Kita manusia yang lemah selalu alpha.. hakikat rasulullah tak pernah melupakan kita.. ummatnya..
Ummatnya yang bukan sezaman dengan baginda namun mencintai dirinya seolah-olah sezaman dengan baginda..

Ya allah janganlah kau palingkan ati kami setelah kau berikan kami hidayah
Amin..

Seorang pensyarah share ttg 10 kawan iblis

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Peniaga yang kianat
4. Penjual dan peminum arak
5. Orang yang memutuskan silaturrahim
6. Pemakan riba'
7. Pemakan harta anak yatim
8. Orang yang meringan2 kan solat
9. Orang yang enggan mengeluarkan zakat
10. Orang yang banyak berkhayal

Nauzubillah..

Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah
Semoga kita mendapat shafaat dari Rasullullah di akhirat nanti
Amin..

P/s: sekadar perkongsian ilmu

Thursday, January 8, 2015

Pengalaman melahirkan Muhammad Akmal Hadif

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. 

Tergerak juga hati penulis untuk share pengalaman bersalin


15/10/2013:
tarikh due untuk bersalin dan kebetulan jatuh pada Hari Raya Aidiladha. so dikesempatan hari raya memang penulis ambil kesempatan yang tersempat untuk makan sepuasnya. maklumlah nanti akan berpantang macam-macam lah yang tak boleh makan. 
malam tu ada rasa macam mild contraction dalam sejam sekali. rasa perut macam mengeras.


16/10/2013:
8.30 pagi, checkup di HTAA because suspected big baby. last scan dr expect baby weight around 3.6-3.8kg. masa tu memang penulis harap sangat- sangat saiz baby tak besar, cuma berat je. (sebab dr cakap biar bersalin baby kecik dari baby besar, bila baby besar ni banyak risiko macam tersangkut or patah bahu bila tengah deliver) dr offer sama ada nak czer or try normal. so penulis decide nak bersalin normal. sebab banyak terbaca tentang Czer ni banyak risiko komplikasi boleh berlaku. Dr pun sangat supportive, dia cakap dengan ketinggian and saiz pinggul penulis ni boleh untuk try bersalin normal. 

so after scan perut, dr decide nak check jalan. perasaan pertama kali kene seluk memang tak boleh nak describe and of cos SAKIT. so dr cakap jalan dah buka 2cm. dr offer lagi sama ada nak terus warded or nak balik rumah dulu. so penulis decided nak balik rumah tunggu sampai ada heavy contraction then baru pergi serah diri. after balik dari hospital penulis dapat rasakan perut mengeras lebih kerap. tapi masih lagi boleh bertahan. cuma rasa macam nak terberak, pergi tandas  tak berak-berak pun.

lepas solat magrib, badan rasa lemah sangat, dah start demam berjangkit dengan adik, and contraction makin kerap setengah jam sekali. masa tu nak duduk pun rasa tak sedap, siap gosok and ketuk-ketuk kat bahagian pinggang.

tunggu mak dan ayah balik dari masjid, dalam pukul 9 lebih malam straight to HTAA. so masa dekat low Risk, dr pasang CTG scan. dr cakap " awak ok ke? contraction awak kuat ni" sambil dr tengok graf kt CTG. serius memang sakit. tapi takkan lah penulis nak meraung, sakit pun tahan jela, senyum selagi mampu dan berzikir doa Nabi  Yunus dalam perut Ikan Nun. dr check jalan lagi baru 3 cm. check suhu badan 38 something. demam! dr pun pecahkan air ketuban.

dari Low risk terus penulis  dihantar ke LR High Risk. 2 sebab je, suspected big baby and demam.

so masa di LR memang rasa contraction makin kuat, maybe sebab dr dah pecahkan air ketuban. sakit memang tahap boleh bergegar katil. badan lemah siap boleh tertidur, masa ni contraction datang sepuluh minit sekali, then lima minit sekali then seminit skali. once contraction hit terus tersedar then boleh sambung tidur balik bila contraction tu dah lega. macam tulah keadaan sampai pukul 4 pagi. then dr datang seluk cakap baru 4cm and offer epidural. penulis refuse sebab terfikir kalau deliver dalam masa terdekat takut tak rasa and takut affect baby. memang lama dalam LR, siap dengar ramai orang push-push.. dalam hati bila la giliran nak push.

sebab penulis demam tekak memang haus sangat, minta air nurse tak bagi pun. kesian kan.


17/10/2013:
so dalam pukul 9 lebih pagi, pakar datang check jalan dah 8cm tp dr cakap yang heart beat baby dah lemah. so kena emergency Czer. masa tu memang tak boleh fikir pape harap baby selamat je.

So di Operation Theater, kena bius separuh badan terus hilang rasa contraction. penulis siap boleh tertidur, sedar-sedar baby dah keluar dari perut, dengar suara baby menangis sayu sangat dan tak sabar nak tengok baby.

dr tunjuk baby 
dr:  baby awak ni laki ke perempuan?" 
penulis :boy 
dr: hmm.. betul.. kita bersih baby dulu ya..

tuhan je yang tau perasaan 1st time dapat tengok baby sendiri.. syukur alhamdulillah!

after baby dibawa pergi, penulis masa tu sempat la tengok lampu yang ada atas badan tu, nampak la keadaan perut yang terburai. siap dengar lagi dr cerita pada dr pelatih or nurse yang ni ovari dia, yang ni tiub fallopio dia. ngeri sangat tengok keadaan perut macam tu. then penulis pun tertidur balik (kesan bius) sampai la proses dalam OT tu selasai.

tapi penulis rasa ralat jugak bila jalan dah buka sampai 8cm tapi tak dapat nak normal deliver. 

tapi sebaik-baik perancang adalah Allah

then pukul 12 lebih tengah hari baru warded dengan baby. baru la semua boleh melawat.

dapat la tengok muka baby lama-lama sebelah katil.


Sebab Czer, penulis kena monitor 48 jam baru boleh balik rumah



syukur di sepanjang dalam LR and OT semua doktor perempuan, dr yang check jalan pun perempuan. syukur Allah makbulkan doa nak bersalin dengan dr perempuan. HTAA ada dr lelaki singh. nasib penulis baik :)

dan rupanya memang betul my baby besar. semua orang cakap umur baru sehari tapi rupa macam baby yang dah sebulan. penulis tak kisah apa yang orang cakap asalkan baby sihat. lagipun sedap nak pegang baby, sebab tak rasa baby lembik.

lebih 9 bulan pregnant, lebih 12 jam contraction bila dapat tengok muka baby rasa memang berbaloi-baloi :)



share gambar baby





muhammad akmal hadif bin mohamad suhairi 
17/10/2013
10.34 am
4.00 kg


syukur ya Allah atas anugerah terindah ini. akmal sumber kekuatan mama!! Semoga jadi anak yang soleh ya sayang.. mama sayang akmal sangat-sangat!!




penulis sangat gemuk masa pregnant. gain 23kg (no wonder big baby LOL)
tapi sekarang berat 45kg kalah berat zaman bujang dulu
(next time i share how i lost my weight)



p/s: pengalaman ini adalah dari personal perspective penulis.

Wednesday, January 7, 2015

perubahan DRASTIK

Assalamualaikum

wahai follower belog miss eny yang cantik lagi manis.. 

Mulai bulan febuari 2015, blog address miss eny akan ditukar kepada


thestoryofmisseny.blogspot.com


dahulu content belog miss eny ini banyak penulis merapu tentang love life, banyak penulis berangan kini penulis berazam akan lebih memantapkan lagi kandungan belog miss eny!!

maybe akan fokus lebih tentang parenting, penjagaan baby, the reality life of miss eny dan sedikit motivation. 

oleh kerana penulis akan berusia 28 tahun pada september 2015 ni.
so memang penulis harap penulisan penulis semakin matang
sekejap sangat masa berlalu.. dah lebih 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.
rindu sangat saat-saat jadi student dulu.

tapi umur sekadar angka je bagi penulis, yang penting rupa masih muda, hati pun muda!

balik kampung baru ni mak saudara penulis ingatkan penulis ni adik yang bongsu, kembang setaman dalam hati ni. mungkin disebabkan saiz badan yang lebih kecil berbanding adik- baradik perempuan lain membuatkan penulis nampak lebih muda. tapi bila dah masuk 28 tahun ni sekejap je tup-tup nanti umur dah masuk 30 tahun.

tapi seseorang pernah berkata:

 "kematangan seseorang tidak dinilai dari umur, tapi apa yang dipelajari dari umurnya"

betul!

tapi sejauh mana perkara yang dipelajari itu membawa manafaat pada diri sendiri atau pada masyarakat???


penulis bukan nak nampak matang, tapi cukuplah pemikiran penulis semakin matang. hopefully!

serius, banyak sangat perkara yang tak masuk akal penulis buat di tahun 2014 yang mana penulis sangat berharap penulis tak akan lagi melalui pengalaman tu di tahun-tahun mendatang.

perkara dan tindakan bodoh yang memalukan diri sendiri

sebagai wanita terhormat, wanita haruslah mempunyai sifat malu, sayang dan menghargai diri sendiri. 


jangan mengharapkan orang lain melayan kita wanita dengan baik jika wanita sendiri tidak melayan diri sendiri dengan baik. 

hanya diri sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri!

sebab tu penulis nak sangat hair cut macam zara zya. 



alhamdulillah.. hati semakin tenang sekarang ni. 

percaya kepada qada' dan qadar Allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya

doakan penulis istiqamah lagi dalam blogging.

hopefully blog miss eny gain ramai lagi follower

p/s: follow istagram penulis tau @ctmarianni

Tuesday, January 6, 2015

here we come 2015

assalamualaikum

duhai belog miss eny yang sangat tak terurus, ampunkan penulis yang sangat sibuk..

2014 merupakan tahun yang sangat kritikal dalam hidup penulis.
kini penulis perlu bangkit

percaya tahun 2015 membawa sinar harapan yang baru

kebahagian tidak datang bergolek..
kebahagian adalah usaha setiap saat, usaha setiap minit, setiap jam, setiap hari dan usaha seumur hidup

azam??

penulis tak mampu berharap, hanya mampu berdoa supaya masih lagi dalam lindungan dan rahmatNya..

hidup perlu diteruskan walaupun dugaan melintang depan mata atau dibelakang mata..

percaya dalam hidup ini masih ada ruang untuk pemulihan dan pembetulan

maaf ikhlas dipohon dari hati ini atas segala ketelanjuran kata sikap perbuatan di tahun 2014..

i hope i can be a better muslimah :) amin..

ehemm.. panjangnya mukadimah penulis..



2015 plans:

1. Organize online business with colleague (i will reveal after all the set up complete)
seronok sangat kalau dapat berhenti kerja jadi ibu sepenuh masa. (did i mention IBU??)
yess.. penulis kini ibu kepada muhammad akmal hadif.. born on 17 October 2013. dah setahun tiga bulan this month.. having him in my life is so meaningful.
(nanti penulis cerita lagi tentang muhammad akmal hadif)

2. Usrah Murni
diri penulis rasa sangat bersyukur masih lagi memiliki kawan-kawan di sisi. alhamdulillah kawan baik kawan lama sudi nak guide penulis. tak sabar rasanya nak pergi perjumpaan usrah murni. untuk muslimah sahaja tau.. yang seronoknya perjumpaan akan diadakan hari ahad, 2 kali sebulan. minggu ni perjumpaan akan dibuat kat taman bandar. lagi best sebab boleh bawak akmal. harap penulis dapat istiqamah. insyaallah

3. Family bowling team
yang ni penulis plan nak ajak anak buah penulis. dah lama sangat tak habiskan masa berkualiti dengan mereka. kalau anak buah penulis datang rumah pun masing-masing sibuk main telefon. so penulis harap sangat dapat organize family bowling ni sebulan sekali pun jadilah.

4. Trip to Melaka and Johor
dah lama sangat tak menjejakkan kaki ke bumi johor. rindu sangat saat jadi student UTHM dulu. lagi satu penulis tak pernah lagi pergi rumah abang yang duduk johor tu.. so this year i should go! ayah pulak beria nak jalan-jalan kat melaka.

5. Zumba class (maybe)

6. Hair cut like zara zya in "i love you mr arrogant" (such a day dreamer!)

7. Pandora (reward myself with a gem for every accomplishement!)
starting basic bangle  pun dah cost rm500.. setiap gem tak tau la berapa..i wish!

8. Trip to Cameron Highland
lama sangat dah tak pergi, sangat rindu, sangat teringin nak jejak kaki lagi

9. Hiking with muhammad akmal hadif
tak sabar sangat nak akmal boleh berjalan

10. active blogging
asyik baca blog orang lain blog sendiri tak ada improvement!

sebenarnya banyak lagi penulis nak buat untuk tahun ni.. yang penulis list ni memang plan yang penulis harap sangat-sangat dapat laksanakan dan istiqamah..


insyaallah penulis teringin sangat nak pakai glasses and jadi student lagi.. nak jadi student nerd yang brilliant! doa-doakan penulis dapat sambung belajar tahun ni.. dengan segala komitmen yang ada sekarang ni mudah-mudahan Allah permudahkan.. Amin



semoga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah..


"Ya Allah jangan la kau hukum aku jika aku terleka, jika aku terlupa.. Kau tegurlah aku.. Kau Tegurlah aku dengan kasih sayang Mu, janganlah Kau tegur aku dengan Kemurkaan Mu. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Amin"



Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...