Friday, December 30, 2011

Promosi KKPB

assalamualaikum..

last two day, aku terpaksa merelakan diri untuk buat promosi kolej aku.. my students sekarang ni tengah cuti sem, so the lecturer terpaksa turun padang buat promosi.. lagipun, ramai tak tau pe yang kolej komuniti offer pada orang ramai.. so my shift start 4 pm till 10 pm, location at kuantan parade.. with my two colleague..

so at the beginning memang aku sangat segan nak approach orang ramai yang lalu lalang depan booth kitorang.. bila kita approach dorang ingat kita ni macam orang nak jual barang.. langsung tak nak behenti dengar aku punya explaination.. alasan, nak cepat la, kejar masa la.. geleng-geleng tangan la, macam la kami ni nak mintak derma..

kami ni buat promosi offer belajar, bukannya nak jual barang.. lagi 1 kami bukan nak pow duit orang..
tapi aku respect ada juga orang yang baik hati sudi dengar my explanation.

if you all nak tau, kolej komuniti ni 100% goverment, kami offer kursus kemahiran jangka pendek (3, 4, 5 or 6 bulan) kepada orang ramai especially budak yang tengah tunggu result spm, yang menganggur duk buang masa untuk isi masa diorang dengan ambil kursus kemahiran yang kami tawarkan.. yuran bukan mahal pun, rm10/month, siap dapat elaun wang saku rm250/month.. best tak? mestila best!!!

tapi memeng frust, ramai remaja yang lebih suka keje merepek-repek dari gilapkan skill..

tapi yang aku lebih kesal, ramai remaja yang keluar malam-malam tanpa pengawasan ibu bapa.. ada tu aku ingat dah besar, tapi bila tanya rupanya baru tingkatan dua, tiga.. mana mak ayah diorang ni?? teremosi sudah..

at the end of the day, team aku dapat la 14orang remaja yang berminat nak belajar..
bila fikir-fikir, best jugak buat promotion, asah bakat bercakap and soft skill, aku kan pemalu.. hehehe

conclusion: start dari aku keje ni, banyak yang aku buat, semua over my expectation:)

p/s: baru aku faham perasaan promoter yang duk sebok-sebok bagi flyer..

Tuesday, December 27, 2011

STEP 2: The E-day ( part 1)

25 DISEMBER 2011

SITI MARIANNI BINTI ISMAIL
&
MOHAMAD SUHAIRI BIN MAT RANI


beberapa saat sebelum bergelar tunangan encik tunang..


Alhamdulillah.. selamat menjadi tunangan encik tunang :)


from me to encik tunang :)


with encik tunang.. bizinye dia main handset, tengok la depan encik tunang, 
semua nak ambil gambar kita tu :)


haa.. tengok depan pun.. peace!!!


Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. 
terima kasih kepada yang bertungkus lumus menolong temasuk geng-geng mak kat dapur, tetamu yang datang memeriahkan termasuklah saudara dari terengganu, kawan-kawan dan terutamanya kepada my beloved family.. 
love you all soooo much!!!

Tuesday, December 13, 2011

review: Rindu di Awan Biru

oleh kerana rumah aku sarat dengan anak saudara yang terlampau aktif, jadi dua hari lepas aku mengambil peluang untuk memencilkan diri di dalam bilik sambil membaca novel kak cik yang bertajuk Rindu di Awan Biru tulisan Meen Zulaikha (novelis cerita Nora Elena)..



Actually, novel ni dah lama kak cik beli cuma biasalah, orang yang kurengg minat baca novel macam aku ni mestilah tak ambil pot sangat nak baca.. so after dua malam berturut-turut, khatam sudah novel tu.. (lau orang yang memang kaki novel satu malam dah habis kot)

Cerita berkisar Hanan, seorang gadis yang fobia dengan poligami ekoran bapanya yang berkahwin dua dan tidak dapat berlaku adil sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.. cerita menjadi menarik bila Hanan bertemu dengan Akmal dan berkahwin di Masjid Biru di Istanbul.. kisah rumah tangga yang mereka dan sikap Akmal yang romantis menarik minat aku untuk terus membaca. Namun lautan mana yang tak dilanda badai.. Rumah tangga mereka juga dipenuhi dengan pelbagai konflik..

gambar Masjid Biru:


siap ada taman tulip lagi.. Subhanallah


sebab ini la masjid ini dipanggil masjid biru



Apa yang membuatkan aku frust dengan novel ni:

:: status Akmal yang sudah beristeri dan cuba merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Hanan.

aku sendiri tertipu, aku ingat si Akmal ni lelaki bujang, so memang tak sangka dia dah beristeri.. Strategi penulis yang mendedahkan status Akmal di tengah-tengah cerita memang membuatkan aku frust untuk meneruskan pembacaan aku.. yelah!! Aku ni perempuan, memang tak sanggup dengar kisah lelaki kawin lagi tanpa alasan yang kukuh.. cukup la seorang isteri.. bukannya wife pertama Akmal tak boleh mengandung, cuma bagi aku Akmal ni dayus.. (teremosi sudah)


Aku tetap terus membaca walaupun dah frust T___T


:: Aku still berharap yang ending cerita ni berakhir dengan Happy Ending di antara Akmal dan Hanan tapi rupanya tidak..

sikap Akmal yang sewenangnya menjatuhkan talak 3 pada Hanan tanpa usul periksa memang melampau.. Akmal ni memang tak boleh diketegorikan sebangai lelaki mithali!! benci Akmal!!! (emosi sudah memuncak)..
tapi nasib Hanan baik, terjumpa la si Riz yang sanggup nak memperisterikan dia dan terima dia seadanya..

:: Yang buat aku still tak puas ati, takda la pulak si penulis cerita akibat yang jadi pada Akmal yang menyesal tak sudah ni and what happen to his first wife.. sepatutnya penulis perlulah lebih detail..

Well, nobody perfect, aku maafkan kamu wahai penulis.. (poyo je ayat ni)

kesimpulannya, novel ni aku bagi tiga bintang.. yang nak baca tu emosi kena stabil.. hehehe

Monday, December 12, 2011

today otak + hati kena reset!!!

aku mahu berfikiran positif hari ini.. tak mahu buruk sangka dan membenci orang.. biarlah apa pun layanan mereka pada aku hari ini, nak masam muka ke, tarik muka ke, nak ngumpat aku ke and etc...

one word for them,
AAK
(Ada Aku Kesah)

macam dah bukan satu perkataan pulak.. opsss!!!


sebelum aku bertukar jadi super saiyan.. 

lau aku dah mengamuk jadi mcm pic bawah ni.. 


super saiyan tahap gaban.. sampai diri sendiri pun teruk kene..

sabar-sabar cik eny oiii.. 
ingat,
hati kene bersih tau...

Saturday, December 10, 2011

Penjagaan Bayi dalam pantang

Assalamualaikum...

Dalam tahun ni aku sangat beruntung sebab dapat lagi 2 orang anak sedara.. And of course boy!! Rusyaidi and Haris


baby rusyaidi sedang tidur, boleh dikatakan 24jam dia tidur.. hanya bangun untuk susu and mandi.. masa ni umor baru  13 hari.. comel kan.. muah-muah!!!

haris dalam pangkuan daddy.. dah pandai pegang botol susu.. hehehe.. sebenarnya masih belom pandai, saje pegang untuk tujuan fotoshot.. cayalah haris..


mak sangat excited dapat menjaga cucu dia kali ni sebab sebelum ni my sister in law berpantang di rumah mak masing-masing.  tapi kak long and baby rusyaidi je yang berpantang dekat rumah aku.. baby haris tentulah di ganu kita.

mak sangat bizi, bangun je pagi kene sapu sampah, kemas rumah yang disepahkan oleh 5 lagi anak sedara aku yang masih boleh diketogerikan sebagai kanak-kanak walhal yang sulung sudah belasan tahun. lepas tu mak sebok uruskan baby rusyaidi yang perlu dimandikan, dilosyenkan dan macam-macam lagi amalan berpantang yang wajib dilakukan apatah lagi baby rusyaidi yang kecik tu sedang kekuningan..  lepas tu mak kene masak untuk cucu-cucunya dan tak lupa bakar ikan untuk kak long aku yang berpantang.. kesian mak kan.. maaf, aku bekerja tak dapat tolong mak.. hanya lepas waktu kerja dapat la tolong sikit-sikit apa yang patut.. tapi itulah rutin mak sepanjang hari ketika ini.. mak seorang yang berjiwa kental. sayang mak!!

baby rusyaidi yang kuning perlukan penjagaan rapi, apatah lagi kak long aku yang sudah berusia 36 tahun itu menghidap darah tinggi. boleh dikatakan setiap hari baby rusyaidi terpaksa ke klinik untuk test paras kuning.. kesian, banyak kali baby rusyaidi kene ambil darah dekat kaki, kuat jugak dia menangis..

amalan yang mak amalkan pada baby rusyaidi ketika dalam pantang

1. untuk mandian, mak merebus air bersama setangkai daun belimbing sehingga mendidih..
    motif: untuk kurangkan kuning pada bayi

2. selepas bayi dimandikan, mak akan lemoh (bahasa ganu, tak tau bahasa kita apa, betuku kot) bayi dengan  menggunakan daun sireh yang dilayur pada api pada pusat dan alat sulit bayi
   motif: supaya tali pusat cepat kering dan tanggal serta alat sulit bayi tidak bengkak

3. tidak membiarkan bayi berbogel (kecuali time mandi).. make sure ketika bayi nak dipakaikan pampers pun kene ada sehelai kain di atas perut
   motif: mak cakap supaya bayi tak gayat.. (aku pun still konfius dengan tips ini)

4. beri bayi minum air zamzam dan susu kambing.. bagi sikit je tau..
  motif: untuk kurangkan kuning tapi make sure jangan bagitau nurse, nanti kene bebel..

5. beri bayi terdedah pada cahaya matahari sikit, make sure ada tingkap dalam bilik and avoid bilik yang bewarna kuning..
    motif: kurangkan kuning pada bayi..

rusyaidi selepas mandi, diletakkan sireh yang dilayur di bahagian alat sulit..



baby rusyaidi cepat la besar tau.. jangan asyik tidur je..

Monday, December 5, 2011

aku sudah pilih..

After the whole week struggle to choose the right colour, finally my mom and I decided to choose pink with extra white touch.  So sweet right?

YES!!!

But,  I am not really familiar in pink so hopefully it's good on me. 

Previously, i really want the turquoise, but my mom said it is not "berseri" with my skin tone.


Friday, December 2, 2011

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...