Friday, December 30, 2011

Promosi KKPB

assalamualaikum..

last two day, aku terpaksa merelakan diri untuk buat promosi kolej aku.. my students sekarang ni tengah cuti sem, so the lecturer terpaksa turun padang buat promosi.. lagipun, ramai tak tau pe yang kolej komuniti offer pada orang ramai.. so my shift start 4 pm till 10 pm, location at kuantan parade.. with my two colleague..

so at the beginning memang aku sangat segan nak approach orang ramai yang lalu lalang depan booth kitorang.. bila kita approach dorang ingat kita ni macam orang nak jual barang.. langsung tak nak behenti dengar aku punya explaination.. alasan, nak cepat la, kejar masa la.. geleng-geleng tangan la, macam la kami ni nak mintak derma..

kami ni buat promosi offer belajar, bukannya nak jual barang.. lagi 1 kami bukan nak pow duit orang..
tapi aku respect ada juga orang yang baik hati sudi dengar my explanation.

if you all nak tau, kolej komuniti ni 100% goverment, kami offer kursus kemahiran jangka pendek (3, 4, 5 or 6 bulan) kepada orang ramai especially budak yang tengah tunggu result spm, yang menganggur duk buang masa untuk isi masa diorang dengan ambil kursus kemahiran yang kami tawarkan.. yuran bukan mahal pun, rm10/month, siap dapat elaun wang saku rm250/month.. best tak? mestila best!!!

tapi memeng frust, ramai remaja yang lebih suka keje merepek-repek dari gilapkan skill..

tapi yang aku lebih kesal, ramai remaja yang keluar malam-malam tanpa pengawasan ibu bapa.. ada tu aku ingat dah besar, tapi bila tanya rupanya baru tingkatan dua, tiga.. mana mak ayah diorang ni?? teremosi sudah..

at the end of the day, team aku dapat la 14orang remaja yang berminat nak belajar..
bila fikir-fikir, best jugak buat promotion, asah bakat bercakap and soft skill, aku kan pemalu.. hehehe

conclusion: start dari aku keje ni, banyak yang aku buat, semua over my expectation:)

p/s: baru aku faham perasaan promoter yang duk sebok-sebok bagi flyer..

Tuesday, December 27, 2011

STEP 2: The E-day ( part 1)

25 DISEMBER 2011

SITI MARIANNI BINTI ISMAIL
&
MOHAMAD SUHAIRI BIN MAT RANI


beberapa saat sebelum bergelar tunangan encik tunang..


Alhamdulillah.. selamat menjadi tunangan encik tunang :)


from me to encik tunang :)


with encik tunang.. bizinye dia main handset, tengok la depan encik tunang, 
semua nak ambil gambar kita tu :)


haa.. tengok depan pun.. peace!!!


Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. 
terima kasih kepada yang bertungkus lumus menolong temasuk geng-geng mak kat dapur, tetamu yang datang memeriahkan termasuklah saudara dari terengganu, kawan-kawan dan terutamanya kepada my beloved family.. 
love you all soooo much!!!

Tuesday, December 13, 2011

review: Rindu di Awan Biru

oleh kerana rumah aku sarat dengan anak saudara yang terlampau aktif, jadi dua hari lepas aku mengambil peluang untuk memencilkan diri di dalam bilik sambil membaca novel kak cik yang bertajuk Rindu di Awan Biru tulisan Meen Zulaikha (novelis cerita Nora Elena)..



Actually, novel ni dah lama kak cik beli cuma biasalah, orang yang kurengg minat baca novel macam aku ni mestilah tak ambil pot sangat nak baca.. so after dua malam berturut-turut, khatam sudah novel tu.. (lau orang yang memang kaki novel satu malam dah habis kot)

Cerita berkisar Hanan, seorang gadis yang fobia dengan poligami ekoran bapanya yang berkahwin dua dan tidak dapat berlaku adil sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.. cerita menjadi menarik bila Hanan bertemu dengan Akmal dan berkahwin di Masjid Biru di Istanbul.. kisah rumah tangga yang mereka dan sikap Akmal yang romantis menarik minat aku untuk terus membaca. Namun lautan mana yang tak dilanda badai.. Rumah tangga mereka juga dipenuhi dengan pelbagai konflik..

gambar Masjid Biru:


siap ada taman tulip lagi.. Subhanallah


sebab ini la masjid ini dipanggil masjid biru



Apa yang membuatkan aku frust dengan novel ni:

:: status Akmal yang sudah beristeri dan cuba merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Hanan.

aku sendiri tertipu, aku ingat si Akmal ni lelaki bujang, so memang tak sangka dia dah beristeri.. Strategi penulis yang mendedahkan status Akmal di tengah-tengah cerita memang membuatkan aku frust untuk meneruskan pembacaan aku.. yelah!! Aku ni perempuan, memang tak sanggup dengar kisah lelaki kawin lagi tanpa alasan yang kukuh.. cukup la seorang isteri.. bukannya wife pertama Akmal tak boleh mengandung, cuma bagi aku Akmal ni dayus.. (teremosi sudah)


Aku tetap terus membaca walaupun dah frust T___T


:: Aku still berharap yang ending cerita ni berakhir dengan Happy Ending di antara Akmal dan Hanan tapi rupanya tidak..

sikap Akmal yang sewenangnya menjatuhkan talak 3 pada Hanan tanpa usul periksa memang melampau.. Akmal ni memang tak boleh diketegorikan sebangai lelaki mithali!! benci Akmal!!! (emosi sudah memuncak)..
tapi nasib Hanan baik, terjumpa la si Riz yang sanggup nak memperisterikan dia dan terima dia seadanya..

:: Yang buat aku still tak puas ati, takda la pulak si penulis cerita akibat yang jadi pada Akmal yang menyesal tak sudah ni and what happen to his first wife.. sepatutnya penulis perlulah lebih detail..

Well, nobody perfect, aku maafkan kamu wahai penulis.. (poyo je ayat ni)

kesimpulannya, novel ni aku bagi tiga bintang.. yang nak baca tu emosi kena stabil.. hehehe

Monday, December 12, 2011

today otak + hati kena reset!!!

aku mahu berfikiran positif hari ini.. tak mahu buruk sangka dan membenci orang.. biarlah apa pun layanan mereka pada aku hari ini, nak masam muka ke, tarik muka ke, nak ngumpat aku ke and etc...

one word for them,
AAK
(Ada Aku Kesah)

macam dah bukan satu perkataan pulak.. opsss!!!


sebelum aku bertukar jadi super saiyan.. 

lau aku dah mengamuk jadi mcm pic bawah ni.. 


super saiyan tahap gaban.. sampai diri sendiri pun teruk kene..

sabar-sabar cik eny oiii.. 
ingat,
hati kene bersih tau...

Saturday, December 10, 2011

Penjagaan Bayi dalam pantang

Assalamualaikum...

Dalam tahun ni aku sangat beruntung sebab dapat lagi 2 orang anak sedara.. And of course boy!! Rusyaidi and Haris


baby rusyaidi sedang tidur, boleh dikatakan 24jam dia tidur.. hanya bangun untuk susu and mandi.. masa ni umor baru  13 hari.. comel kan.. muah-muah!!!

haris dalam pangkuan daddy.. dah pandai pegang botol susu.. hehehe.. sebenarnya masih belom pandai, saje pegang untuk tujuan fotoshot.. cayalah haris..


mak sangat excited dapat menjaga cucu dia kali ni sebab sebelum ni my sister in law berpantang di rumah mak masing-masing.  tapi kak long and baby rusyaidi je yang berpantang dekat rumah aku.. baby haris tentulah di ganu kita.

mak sangat bizi, bangun je pagi kene sapu sampah, kemas rumah yang disepahkan oleh 5 lagi anak sedara aku yang masih boleh diketogerikan sebagai kanak-kanak walhal yang sulung sudah belasan tahun. lepas tu mak sebok uruskan baby rusyaidi yang perlu dimandikan, dilosyenkan dan macam-macam lagi amalan berpantang yang wajib dilakukan apatah lagi baby rusyaidi yang kecik tu sedang kekuningan..  lepas tu mak kene masak untuk cucu-cucunya dan tak lupa bakar ikan untuk kak long aku yang berpantang.. kesian mak kan.. maaf, aku bekerja tak dapat tolong mak.. hanya lepas waktu kerja dapat la tolong sikit-sikit apa yang patut.. tapi itulah rutin mak sepanjang hari ketika ini.. mak seorang yang berjiwa kental. sayang mak!!

baby rusyaidi yang kuning perlukan penjagaan rapi, apatah lagi kak long aku yang sudah berusia 36 tahun itu menghidap darah tinggi. boleh dikatakan setiap hari baby rusyaidi terpaksa ke klinik untuk test paras kuning.. kesian, banyak kali baby rusyaidi kene ambil darah dekat kaki, kuat jugak dia menangis..

amalan yang mak amalkan pada baby rusyaidi ketika dalam pantang

1. untuk mandian, mak merebus air bersama setangkai daun belimbing sehingga mendidih..
    motif: untuk kurangkan kuning pada bayi

2. selepas bayi dimandikan, mak akan lemoh (bahasa ganu, tak tau bahasa kita apa, betuku kot) bayi dengan  menggunakan daun sireh yang dilayur pada api pada pusat dan alat sulit bayi
   motif: supaya tali pusat cepat kering dan tanggal serta alat sulit bayi tidak bengkak

3. tidak membiarkan bayi berbogel (kecuali time mandi).. make sure ketika bayi nak dipakaikan pampers pun kene ada sehelai kain di atas perut
   motif: mak cakap supaya bayi tak gayat.. (aku pun still konfius dengan tips ini)

4. beri bayi minum air zamzam dan susu kambing.. bagi sikit je tau..
  motif: untuk kurangkan kuning tapi make sure jangan bagitau nurse, nanti kene bebel..

5. beri bayi terdedah pada cahaya matahari sikit, make sure ada tingkap dalam bilik and avoid bilik yang bewarna kuning..
    motif: kurangkan kuning pada bayi..

rusyaidi selepas mandi, diletakkan sireh yang dilayur di bahagian alat sulit..



baby rusyaidi cepat la besar tau.. jangan asyik tidur je..

Monday, December 5, 2011

aku sudah pilih..

After the whole week struggle to choose the right colour, finally my mom and I decided to choose pink with extra white touch.  So sweet right?

YES!!!

But,  I am not really familiar in pink so hopefully it's good on me. 

Previously, i really want the turquoise, but my mom said it is not "berseri" with my skin tone.


Friday, December 2, 2011

Wednesday, November 30, 2011

luna a.k.a warna not luna maya




sedang konfius mau warna apa untuk step 2... semua warna cantik... rainbow or paddlepop?? 

wahai diri ku yang cantik manis ni tolonglaa pilih satu warna, ok!! 

Monday, November 14, 2011

pagi yang memilukan..

suasana pagi yang tenang dikejutkan oleh kesesakan lalulintas di simpang air terjun sungai pandan.. sebuah kereta putih lama melanggar motosikal.. hancur lebur motor itu sehingga tidak menampakkan rupa dan kereta putih itu remuk di bahagian hadapan.. sedang kereta ayahku melintasi kawasan kemalangan itu, terlihat seorang kanak-kanak lingkungan lapan tahun lengkap beruniform sekolah terdampar di atas jalan.. aku memejamkan mata kerana tidak sanggup melihat.. aku dapat rasakan kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa lagi kerana orang ramai di situ tidak berani mengusik atau memberi bantuan.. kalau masih hidup, pasti telah dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan..tetapi aku terlihat seorang lelaki tua di hadapan kereta putih itu terduduk kesal.. mungkin dialah pemandu kereta putih itu dan barangkali terkejut dengan apa yang baru terjadi terhadapnya..

aku tidak pasti siapa salah dalam kejadian ini,, tetapi aku faham, kejadian yang sekelip mata itu mampu merubah segalanya..

apakah perasaan seorang ibu melihat jenazah anaknya.. 

apakah yang bakal dilalui oleh lelaki tua itu di saat umurnya sudah senja itu.. 

dugaan apakah ini Ya Allah..


"Ya Allah, tabahkan hati mereka dalam menghadapi ujian Mu ini..."

Friday, November 11, 2011

satu saat dalam 24jam

ada seseorang pernah berkata kepada saya:



"dalam 24jam ada satu saat di mana Allah memakbulkan doa, 
jadi sentiasalah berdoa dan jauhilah dari bercakap perkara buruk....."



benar atau tidak perkara ini, Wallahualam.. tapi tidak salah kita sentiasa berdoa, tiada ruginya..



sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang selalu mengingatiNya..



Jom kita praktikkan:)

Wednesday, November 9, 2011

HIM *transformation*

this entry i dedicate to encik suhairi.....




apa?? muka suci?? ni umur belasan tahun ni.. kalau tak silap umur 19 masa ni.. pipi masa ni kempes lagi.. berat langsung tak cecah 70kg masa ni.. tapi sekarang, berat encik suhairi, tetttttt... rahsia kita berdua.. hehehe



gambar kat bawah ni muka encik suhairi masa umur 20an.. buat-buat muka ganas.. takut makkkkkkkk







takutla tengok jelingan encik suhairi.. macam singa lapar je
(poyo je kat tangan ada samsung galaxy s2.. wekkkk)




asyik muka macho je kan, layan pulak muka pose comel-comel..







pose paling comel.. menangis tengok tau T_______T









preview balik..
beberapa tahun yang lalu..
encik suhairi: kenapa tak letak gambar orang kat fb? takut nanti tak ada orang ngorat dia la tu..
miss eny: bukan la, orang segan.. okkk.. dah letak.. tapiii.. dah remove balik.. opss.. orang segan...


selepas itu,
ada lelaki mengorat..
automatik letak gambar encik suhairi tanpa segan silu.. hehehe

encik suhairi: kenapa letak gambar orang yang tak hensem??
miss eny: ala.. gambar tu je yang ada..


hari ini,
encik suhairi, sila jangan marah saya letak gambar kamu.. banyak plak tu letak.. hehehe
peace no war sayang.. 


Friday, November 4, 2011

cantiknya PULAU KAPAS

Assalamualaikum..

semalam kita janjikan nak cerita kenapa kita bz sangat sampai lama tak update blog.. actually OCTOBER sangat padat dengan aktiviti ya.. macam-macam event terpaksa join (iklas join tau)

1-3 Oktober 2011: trip to Pulau Kapas
6-9 Oktober 2011: pengurus team bola tampar to IKBN Lanchang
10-13 Oktober 2011: kursus at Port Dickson (the worst course ever)

in between sangat bz with class, sehingga terpaksa menolak kursus ke Janda Baik

31 Oktober - 1 November : fasi student kursus at Desa Cempaka, Pantai Sepat

apa???

ni dah macam banyak melancong dari keje?
memang pun!! tuah badan..

but, today i wanna share some pics taken at Pulau Kapas
the beach is very beatiful.. the water is crystal clear orang puteh cakap tau..

in the bus otw to pulau kapas with my colleagues
yes, its me.. on the boat.. as you see behind me, the water is so nice make u able to see the marine life inside it.. 
the view of the pulau kapas taken from the boat
the resort.. ok la.. but the service very bad.. one of my colleague  got stung by scorpion in their cottage.. how bad.. poor her
the best picture ever..
indahnya ciptaan Allah.. 
Subhanallah..


sila abaikan english saya yang memang broken.. tettttt... nak speeking london tapi lidah tergeliat-liat.. haha
nanti saya share gambar events yang lain plak.. penat dah tangan mengaplod gambar harini.. adios!!

Thursday, November 3, 2011

sosejroll with egg

Assalamualaikum..

Dah lama tak update, harini update sampai dua entry.. gila kentang betul.. hehe

Ok, last weekend during the final piala bola sepak Malaysia, Terengganu vs Negeri Sembilan, mood saya sangat baik sehingga terlebih rajin membuat sosejroll with egg..




nampak sedapkan?? actually memang sedap:)


apa? nak tau cara buat? owh.. senangje.. budak umur 8 tahun pun boleh buat tau..

bahan-bahan
1. roti 8 keping
2. telur 2 biji
3. sosej 4 batang

cara-cara
1. potong 4 batang sosej kepada 2 bahagian ( so total dapat la 8 batang)
2. rebuskan sosej tadi sehingga terapung (terapung tu tandanya dah masak) dan toskan
3. potong tepi roti (kerak yang kat tepi roti tu)
4. balut sosej dgn roti, kemudian celupkan ke dalam telur.. ulang sehingga semua sosej habis dibalut
5. goreng dalam minyak yang panas (pastikan minyak betul-betul panas untuk elakkan roti menyerap terlalu banyak minyak)


selamat mencuba:)

makan dengan sangat frust sebab terengganu kalah.. gol 2-1

falling in love with UDON PRAWN TOMYAM from BLACK CANYON


YUMMY:)

sorry lama xupdate.. sgt bz.. nanti kita cerita ya..

Friday, September 23, 2011

merindui dan dirindui di SYURGA

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya dlm Sifah al-Jannah meriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

"setelah ahli syurga masuk ke dalam syurga, dan apabila seorang saudara merindui saudaranya, tempat duduk milik mereka berdua akan bergerak sendiri menuju antara satu sama lain. Maka mereka pun berjumpa.."

pic zaman gediks dulu-dulu ^_^
motif: saje-saje jerrrr




indahnya berCINTA di SYURGA


credit: majalah solusi

Wednesday, September 21, 2011

sakit+mengada-ngada

adoiii.. sakitnye hidung aku ni.. selesema teruk bagai, mata merah, tekak sakit gila (lebih perit dari makan sireh yang aku curi dari engagement my frend a.k.a my beloved neighbor)..tapi still gigih pegi keje arini.. pekerja terbaik la.. mau gambar aku tampal kat board as the most efficient employee of the month.. hahaha

Owh.. nak cerita ni, aritu saje je aku curi sehelai, sekeping or whatevar sireh masa engagement murni..ni sebab petua la konon.. konon-kononnya if we steel the sireh and eat immediately our jodoh will come close la.. (BI aku memang teruk ok!! tapi ada aku kesah?? hahaha).. so aku pun makan dengan rakusnya.. then pe lagi, rasa pedas and perit tu menyengat la dalam mulut aku.. dekat tiga empat kali aku gosok gigi petang and malam tu.. seyes still tak hilang rasa sireh yang kaw 2.. nasib baik bangun tido keesokan harinya mulut aku dah ok, mybe sebab tindak balas kimia antara air liur basi aku masa tido.. hehehe.. tapi still tak paham kenapa orang dulu-dulu boleh makan sireh yang teramat best ni..

tapi engagement murni memeng bes la, siap aku yang pimpin dia bawak dia keluar di kahalyak ramai untuk disirungkan cincin.. siap jadi pengapit sebelah dia time tu.. memang banyak pancaran flash mememorikan moment tu.. tapi siyes, aku control macam aku pulak yang bertunang.. muka merah padam duduk control senyum.. bajet ada orang perasan muka aku dalam gambar tu.. hahaha

ni la gambarnya.. posing ketika semua tetamu tengah sebok makan..
sireh yang aku junjung tu la yang aku makan.. mau panas mulut lau melantak sireh tu semua.. hahaha.. anyway murni look gorgeous habis, seri bakal pengantin..  tapi awat muka control habis.. muahahaha


back to the cerita sireh, percaya lagi petua orang yang tak tau asal usul.. macam karut je, jodoh aku tak datang-datang jugak ni.. encik suhairi yang borkobar-kobar ajak aku kawin buat-buat diam pulak.. nak kena fire ni!!! huhuhu.. 




adakah tak sengaja terpercaya benda- benda macam ni dikira khurafat??? 

Ya Allah, Kau ampunkanlah aku..








p/s: farah and dayah pun makan jugak sireh tu..

Monday, September 12, 2011

the cave of the golden roses

assalamualaikum..

dah lama tak update entry.. rindu plak rasanya.. tapi aku bukan nak update pasal raya ok.. mood raya ada lg.. so kalau cerita pasal raya memang tak cukup entry ni.. hehe

ingat tak zaman kecik-kecik dulu ada cerita pasal prince and princess.. ala yang nama dia Fantaghiro and romualdo (kalau xsilap eja).. memang mase kecik bila tengok cerita ni rasa macam besnya jadi beautiful princess, fight the evil and found eternal love with the kacak prince.. hehehe.. tapi masa kecik dulu confius nak minat romualdo or tarabbas.. dua-dua kacak and macho.. wahhhh... kalau aku jadi fantaghiro, mesti aku confius tahap dewa..hahaha

just nak share info cerita yang lebih sepuluh tahun lepas ni ada tayang balik kat tv tau.. semalam baru episod 1..

title: the cave of the golden roses
time/day : 10 p.m/ sunday
location: tv 9


masih tak boleh lupa kenangan zaman kanak-kanak^_^

Monday, August 22, 2011

ermmmmm..

kredit tak ada, 
sangat bosan hari ni.. tolonggggggggg!!!!!!!!



apalah aku ni, 
tak baik mengeluhkan????




kerja itu ibadat, if ada masa terluang basahkanlah bibir dengan zikrullah mengingati ALLAH.. 
apa guna keje bagai nak rak, khusyuk gila buat keje tapi alpa pada yang Esa..

betul tak???


Saturday, August 20, 2011

kelantan oh kelantan




my kelantanise students asked me "cik suka orang kelantan?"

i said "tak..hahaha"



wei nate eny aku agk dh mu ado gpo2 ngn s*****l!!!bodoh!!!mu tino muroh!!!ak beci mu bodo taik!!!!!



tapi aku suka semua students aku^^



Allah masih menguji diri ini.. 

semoga aku tetap tabah dan sabar..

Friday, August 19, 2011

panasnyee arini...

walaupun cuaca tak panas mana harini, dan masih dapat merasa hembusan angin sesepoi bahasa tapi tetiba naik pulak temperature aku hari ni.. patut la aku terasa pelik je pagi ni, good mood semacam, kenapa aku asyik nak tersenyum je.. pantang jumpa orang semua aku tegur.. rupanya disebalik tu  DUGAAN DATANG LAGI..

kenapa gadis tu tulis macam tu?? 

adakah si gadis tu terasa hati dengan feedback yang aku bagi pada entry sebelum ni?? maaf..
aku rasa aku dah cukup berlembut, menghormati dia sebagai kaum sejenis, dan aku telah memberi dia penjelasan yang kukuh..

tak perlu si gadis tu nak cakap "pity her".. patutnya si gadis tu lebih kesiankan dan kasihkan diri dia terlebih dahulu sebelum menunding jari pada orang lain.. kamu si gadis tak perlu menjatuhkan maruah kaum Hawa dengan cara macam tu.. saya minta maaf andai salah faham dengan maksud kamu itu si gadis..


anyway, ramadhan sudah menjengah 10 malam terakhir, bersamalah kita mencari keampunan dan keredhaan dariNya..

"Ya ALLAH ya tuhan kami, tolanglah kami untuk ingat pada Mu, untuk bersyukur dengan nikmat Mu, dan perelokkan ibadah kami kepada Engkau Ya ALLAH.. amin"
*
*
*
*
*
*
*

kita sering bertanya, kenapa kita diuji..

WHY? WHY? WHY?

dan kita sentiasa mencari jawapannya.. 

ketahuilah.. kita diuji kerana ALLAH ingin menguji keimanan kita, Dia ingin tahu siapa yang ingat padaNya.. di saat susah dan senang.. di saat sihat dan sakit.. 
dan
kita hanyalah hambaNya..

di bulan mulia ini.. 

banyakkan lah mengaji bukan mengeji
banyakkan lah syukur bukan menegur
banyakkan lah sedekah bukan sarakah
banyakkan lah mohon ampun bukan menonton
banyakkan lah solat bukan mengelat..






aku bukan pro photographer.. hehehe

assalamualaikum.. maaf sekali lagi.. adios amigos

Monday, August 15, 2011

apakah??

tarikh: isnin 15/08/2011
masa: 7.38 am
lokasi: depan caltex

keterangan: aku mengelak kereta kancil yang masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba sehingga aku melanggar divider jalan.. terasa seperti nak bergolek kerata.. alhamdulillah tiada sebarang kecederaan hanya kereta yang calar sedikit dan tayar depan belah kanan pecah.. sorry kak cik, kete mu dah jadi macam-macam kakak buat.. aku lambat masuk opis sebab tuka tayar.. terpaksa telefon "org tu" untuk soh bagitau opis yang masuk opis lambat (lau boleh dia la orang terakhir yang aku nak mintak tolong tapi sebab tak save no phone opis terpaksa la,anyway TQVM)..

tarikh: isnin 15/08/2011
masa: 9.38 am
lokasi: depan lappy

keterangan: mandapat hate mail dari seorang perempuan.. apakah??? ok, dari seorang gadis (baru sopan sikit) yang aku sendiri tak tau kenapa dia tulis macam ni "xpaham2 lg ke? bln puasa pn nk sakitkn ati org".. adakah ini sebab aku berkawan dengan boipren dia?? what is she thinking?? adakah aku yang cantik manis ni ada affair dengan boipren dia.. hahhhhh!! fyi, aku dengan boipren dia just friend.. same class, same u.. brape kali mau ku bilang?? aku sudah ada encik SUHAIRI yang penyayang, kacak plak tu..hahaha..

saya rase penjelasan saya tu dah cukup buat awak mengerti, maaf jika terkasar bahasa awak..

ok, aku malas nak cakap lebih-lebih bulan puasa ni.. sesungguhnya aku orang teraniya sekarang ni.. dan doa orang yang teraniaya ni makbul.. aku masih trauma..

"Ya ALLAH.. Aku redha dengan setiap ujianMU ini Ya ALLAH.. Engkau jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa bersyukur.. amin"

Friday, August 5, 2011

so annoying!!

GILA!!! apa yang gila??
bila ofismate cuba mengorat.. 
kita ni rakan sekerja ok!!

sudah aku bilang aku ni sudah berpunya walaupun aku tidak la cakap secara direct.. 
tapi istilah SINGLE BUT NOT AVAILABLE sudah cukup!!
sudah tentu kamu fahamkan?
sudah aku hebah tentang statusku pada staff lain.. 
kamu boleh tanya mereka ok!!

SMS kamu ternyata tidak penah aku balas dan aku harap kamu sudah cukup faham WHY kan?
tidak perlu kamu persoalkan kenapa aku tidak membalas SMS kamu tu.. 
ayat-ayat jiwang kamu tu buat aku mahu muntah hijau ok..
kamu mahu aku approve kamu di facebook?? walau kamu minta dengan cara baik sekalipun,
jawapan aku tetap KUCH NEHI!!

kamu cuba nak bertegur dan bergurau dengan aku, SORRY TO SAY, perbuatan kamu amat menjelikkan!!

kepada kamu, aku sudah tidak tahu cara apa untuk buat kamu stop dari merimaskan aku.. 
walaupun kamu tak tahu kehadiran blog ni.. tapi aku nak jugak announce pada dunia, 

PLEASE STOP!!!
you make me sick!!

aku sudah ada encik suhairi yang kacak.. hehe

sudah pakai dakwat merah.. macam ah long..faham-faham la ya..


walaupun sekarang bulan ramadhan, aku terpaksa luahkan..
moga-moga kamu terbaca.. hahaha

MySpace
ketawa jahat!!

Tuesday, August 2, 2011

pokok: MUH feat nubhan/hazama




pokok, lagu allahyarham P.Ramli yang diberi nafas baru oleh MUH.. siapa yang tak pernah dengar lagu ni? lagu yang tengah hangat main di radio sekarang ni.. siap mendapat tempat pertama di carta-carta lagu.. bukan tu sahaja, lagu ni turut meniti di bibir orang ramai, bahkan turut didendangkan oleh students aku ketika sebok mewiring.. aku pun layan jugak lagu ni.. hehe

tapi... aku sgt kagum dengan lagu pokok yang didendangkan oleh nurelyfa ilyana (my anak sedara): 

tanya sama pokok apa sebab goyang,
nanti jawab pokok tanyalah angin,
tanya sama angin apa sebab goyang,
nanti jawab angin tanyalah awan,
awan nanti kata aku kandung air,
bila sudah berat aku pun cair..
tanya sama burung siapa yang mencinta,
nanti jawab burung ALLAH Yang Esa..

credit: guru tadika PASTI yang berjaya mengubah lagu menjadi sesuatu yang lebih bermakna ^-^

selamat menjalani ibadah puasa.. Ahlan wasahlan ya RAMADHAN..

Monday, August 1, 2011

erti cinta..

sudah pasti setiap individu ada tafsiran tersendiri..

walau apapun erti cinta... 

Cinta ialah:

Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan.
cinta berlaku setelah ijab qabul,
cinta lepas kahwin,
itulah cinta yang qudus..
cinta yang bermaruah. bukan cinta murahan.
inilah kemuliaan agama kita, ISLAM

Apabila islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu  
PERKAHWINAN..



" encik suhairi, what's next??????"


credit: Raudatus Sakinah Wanita JIM Selangor 
sila like Anda Bijak Jauhi Zina

Monday, July 25, 2011

SIAPA FAIZ????


comel kan?? geram tengok faiz ni bace abc ikut suka hati dia je.. FYI, Faiz ni anak sedara aku.. dia ni anak abang Jang and kak Fiza.. manja and so sweet!!!

muka baru bangun tido

aku menjambukan faiz.. hehe
baru la macho:)

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...