Wednesday, November 30, 2011

luna a.k.a warna not luna maya




sedang konfius mau warna apa untuk step 2... semua warna cantik... rainbow or paddlepop?? 

wahai diri ku yang cantik manis ni tolonglaa pilih satu warna, ok!! 

Monday, November 14, 2011

pagi yang memilukan..

suasana pagi yang tenang dikejutkan oleh kesesakan lalulintas di simpang air terjun sungai pandan.. sebuah kereta putih lama melanggar motosikal.. hancur lebur motor itu sehingga tidak menampakkan rupa dan kereta putih itu remuk di bahagian hadapan.. sedang kereta ayahku melintasi kawasan kemalangan itu, terlihat seorang kanak-kanak lingkungan lapan tahun lengkap beruniform sekolah terdampar di atas jalan.. aku memejamkan mata kerana tidak sanggup melihat.. aku dapat rasakan kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa lagi kerana orang ramai di situ tidak berani mengusik atau memberi bantuan.. kalau masih hidup, pasti telah dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan..tetapi aku terlihat seorang lelaki tua di hadapan kereta putih itu terduduk kesal.. mungkin dialah pemandu kereta putih itu dan barangkali terkejut dengan apa yang baru terjadi terhadapnya..

aku tidak pasti siapa salah dalam kejadian ini,, tetapi aku faham, kejadian yang sekelip mata itu mampu merubah segalanya..

apakah perasaan seorang ibu melihat jenazah anaknya.. 

apakah yang bakal dilalui oleh lelaki tua itu di saat umurnya sudah senja itu.. 

dugaan apakah ini Ya Allah..


"Ya Allah, tabahkan hati mereka dalam menghadapi ujian Mu ini..."

Friday, November 11, 2011

satu saat dalam 24jam

ada seseorang pernah berkata kepada saya:



"dalam 24jam ada satu saat di mana Allah memakbulkan doa, 
jadi sentiasalah berdoa dan jauhilah dari bercakap perkara buruk....."



benar atau tidak perkara ini, Wallahualam.. tapi tidak salah kita sentiasa berdoa, tiada ruginya..



sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang selalu mengingatiNya..



Jom kita praktikkan:)

Wednesday, November 9, 2011

HIM *transformation*

this entry i dedicate to encik suhairi.....




apa?? muka suci?? ni umur belasan tahun ni.. kalau tak silap umur 19 masa ni.. pipi masa ni kempes lagi.. berat langsung tak cecah 70kg masa ni.. tapi sekarang, berat encik suhairi, tetttttt... rahsia kita berdua.. hehehe



gambar kat bawah ni muka encik suhairi masa umur 20an.. buat-buat muka ganas.. takut makkkkkkkk







takutla tengok jelingan encik suhairi.. macam singa lapar je
(poyo je kat tangan ada samsung galaxy s2.. wekkkk)




asyik muka macho je kan, layan pulak muka pose comel-comel..







pose paling comel.. menangis tengok tau T_______T









preview balik..
beberapa tahun yang lalu..
encik suhairi: kenapa tak letak gambar orang kat fb? takut nanti tak ada orang ngorat dia la tu..
miss eny: bukan la, orang segan.. okkk.. dah letak.. tapiii.. dah remove balik.. opss.. orang segan...


selepas itu,
ada lelaki mengorat..
automatik letak gambar encik suhairi tanpa segan silu.. hehehe

encik suhairi: kenapa letak gambar orang yang tak hensem??
miss eny: ala.. gambar tu je yang ada..


hari ini,
encik suhairi, sila jangan marah saya letak gambar kamu.. banyak plak tu letak.. hehehe
peace no war sayang.. 


Friday, November 4, 2011

cantiknya PULAU KAPAS

Assalamualaikum..

semalam kita janjikan nak cerita kenapa kita bz sangat sampai lama tak update blog.. actually OCTOBER sangat padat dengan aktiviti ya.. macam-macam event terpaksa join (iklas join tau)

1-3 Oktober 2011: trip to Pulau Kapas
6-9 Oktober 2011: pengurus team bola tampar to IKBN Lanchang
10-13 Oktober 2011: kursus at Port Dickson (the worst course ever)

in between sangat bz with class, sehingga terpaksa menolak kursus ke Janda Baik

31 Oktober - 1 November : fasi student kursus at Desa Cempaka, Pantai Sepat

apa???

ni dah macam banyak melancong dari keje?
memang pun!! tuah badan..

but, today i wanna share some pics taken at Pulau Kapas
the beach is very beatiful.. the water is crystal clear orang puteh cakap tau..

in the bus otw to pulau kapas with my colleagues
yes, its me.. on the boat.. as you see behind me, the water is so nice make u able to see the marine life inside it.. 
the view of the pulau kapas taken from the boat
the resort.. ok la.. but the service very bad.. one of my colleague  got stung by scorpion in their cottage.. how bad.. poor her
the best picture ever..
indahnya ciptaan Allah.. 
Subhanallah..


sila abaikan english saya yang memang broken.. tettttt... nak speeking london tapi lidah tergeliat-liat.. haha
nanti saya share gambar events yang lain plak.. penat dah tangan mengaplod gambar harini.. adios!!

Thursday, November 3, 2011

sosejroll with egg

Assalamualaikum..

Dah lama tak update, harini update sampai dua entry.. gila kentang betul.. hehe

Ok, last weekend during the final piala bola sepak Malaysia, Terengganu vs Negeri Sembilan, mood saya sangat baik sehingga terlebih rajin membuat sosejroll with egg..




nampak sedapkan?? actually memang sedap:)


apa? nak tau cara buat? owh.. senangje.. budak umur 8 tahun pun boleh buat tau..

bahan-bahan
1. roti 8 keping
2. telur 2 biji
3. sosej 4 batang

cara-cara
1. potong 4 batang sosej kepada 2 bahagian ( so total dapat la 8 batang)
2. rebuskan sosej tadi sehingga terapung (terapung tu tandanya dah masak) dan toskan
3. potong tepi roti (kerak yang kat tepi roti tu)
4. balut sosej dgn roti, kemudian celupkan ke dalam telur.. ulang sehingga semua sosej habis dibalut
5. goreng dalam minyak yang panas (pastikan minyak betul-betul panas untuk elakkan roti menyerap terlalu banyak minyak)


selamat mencuba:)

makan dengan sangat frust sebab terengganu kalah.. gol 2-1

falling in love with UDON PRAWN TOMYAM from BLACK CANYON


YUMMY:)

sorry lama xupdate.. sgt bz.. nanti kita cerita ya..

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...