Sunday, June 26, 2011

rezeki di KUANTAN jua akhirnya^^

Alhamdulillah..

di saat aku sudah hampir berputus asa dengan dugaan sebagai seorang pengaggur terhormat akhirnya nikmat dari ALLAH datang.. amat bersyukur dapat mengembirakan hati mak ayah dengan rezeki ini.. yela, mak aku dah lama dok soh jadi cikgu walaupun dah macam alasansss dah aku bagi sebelum ni.. tapi new job ni up sikit dari cikgu.. lecturer, aku bakal bergelar seorang pensyarah muda.. alhamdulillah..agaknya macam mana la aku mengajar nanti.. debar-debar jugak hati.. seyes aku ni tak pernah belajar bab ngaja or pendidikan masa kat U dulu.. cuma ada la experience sebagai cikgu tusyen tak sampai sebulan masa blaja dulu.. part time la konon.. ahakss...

review balik, dulu aku penah keje sebagai engineer kat kuantan yang keje aku ni banyak buat PCB board (ala..board hijau dalam barang lektrik yang ada banyak komponen elektrik tu).. pas keje 6 bulan aku resign sbb tak tahan dgn bos aku yang suka stress orangnye.. tak stress kat employee, dia stress dengan diri dia sendiri, smpai aku pun naik stess tengok dia.. pas resign, aku dapat ofer jadi engineer kat damansara, tapi ofer tu tpaksa aku reject cos tempat keje 2 amatlah jau dari rumah abg ak kat puchong tu.. lepas 2 aku pun selamat bergelar penganggur terhormat, 3 bulan menganggur, macam2 aku buat nak cari keje.. sampai aku sanggup pegi drop resume kat area shah alam, puchong and petaling jaya.. tapi yang tragisnye 1 offer keje pun tak dapat.. terharu dengan abang Jang yang sanggup bawak aku drop resume..


pic zaman bergelar engineer dulu.. comel kan ^_^.. tapi kalkulator besar opis punya tu memang tak boleh blah!!

tengoklah meja, sangat serabut.. sebelah tu budak trainee, epol.. dorg cakap kak ct aka me sangat baik.. sebab tu selalu menyebok kat sebelah

tengah buat troubleshot.. yang benda hijau tulah PCB board

curi-curi ambik gambar staff lain.. yang tengah pandang cam tu trainee musa n fazil.. encik fabian and encik awi tekun buat keje..

takdir dari Allah, ahirnya dapat offer mengajar, jadi lecturer dalam electrical engineering field di Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang.. 7 July lapor diri.. nevess!! pada mulanya dalam dilema jugak sebab aku memang nak jadi engineer, tapi ayah cakap rezeki jangan ditolak, keje gov ni ada pencen.. lagi 1, ramai orang cakap aku ni memang sesuai jadi cikgu, tapi aku tak percaya, mungkin ini la peluang dari Allah untuk aku prove pada orang yang selama ni tak behenti soh aku jadi cikgu.. walaupun pasni aku tak dapat jadi engineer dah, tapi aku akan dapat melahirkan banyak engineer.. wow!!!

thanks buat mak ayah, famli and suhairi yang tak putus bagi support.. if nk claim pape t pas dapat gaji ya:)

kata org "pekerjaan sebagai guru, cikgu, pensyarah or anything that related ni kerja yang mulia".. moga dapat buat yang terbaik!!! insyaALLAH:)

Thursday, June 16, 2011

tersedar::

Nabi Muhammad s.a.w berkata:

"kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan"

                                                       Hadis riwayat Bukhari & Muslim..

aku terbaca hadis ni masa aku baca novel sejarah islam "SALAHUDIN AYUBI penakluk juruselam" hasil penulisan Abdul Latip Talib.. Menceritakan peribadi Sultan Salahudin yang berjaya menawan kota juruselam ketika perang salib tanpa berlaku penumpahan darah.. Beliau seorang yang kuat imannya, memiliki sifat zuhud di dalam hatinya dan kuat beribadat.. walaupun berjaya menakluk baitul Maqdis, beliau tetap memilih hidup berserdahana..

namun, situasi generasi zaman dulu berbeza dengan sekarang.. manusia kini mengejar kebendaan, mengejar dunia dari akhirat.. aku sendiri sedar kerana terkadang diri ini sendiri berat nak bangun malam bertahajjud, solat taubat, aku mengejar kerja yang  memberi gaji yang besar, umah besar pendek kata banyak berangan!!! kadang-kadang bila berjalan kat pasar malam aku lihat ramai org kurang upaya meminta sedekah, pakcik2 yang minta derma untuk sekolah agama.. tp batapa sukarnya org ramai nk menghulurkan sekeping duit walaupun seringgit.. dunia oh dunia!! nabi Muhammad sendiri seorang yang dermawan, hidup bersedahana, dan sentiasa bertaubat walaupun baginda telah dijamin syurga oleh Allah..


".........Ya Allah, jangan Kau palingkan hati ini dari hidayahMu"

moga kita sentiasa muhasabah dan memperbaiki diri, jadilah hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih bermakna dari hari ini..

insyaAllah:)

Tuesday, June 14, 2011

ku REPLY updatemu^^.

assalamualaikum..

wahai cik murni,

saya terharu betul dengan latest update awak untuk saya.. saya ni budak baru belajar.. blog ni pn baru je stat.. tentang bab pandai berkarya tu, saje nak pratikkan skill tulis karangan zaman sekolah dulu.. nak test power la katakn..

tapi untuk perhatian cik murni, awak adalah salah 1 inspirasi saya..
banyak yg saya belajar dari awak (terkenang pulak zaman study dulu..hehe), dan banyak lagi yang saya nak belajar dr awak..
dlm diri ada tercetus rase nak berhijrah, namun banyak halangan yang ada.. terasa seperti melengah-lengahkan perkara yang baik pula..

"mungkin solat masih belum sempurna kerana masih belum mampu mencegah diri dari perkara mungkar.."

cik murni,
saya pn nk awak ingatkan saya jgk!!! doakan yang terbaik utk saya..

*tahniah cik murni dh bertunang, cepat2 naik pelamin..aminnn

friendship forever^^.
pls refer: i really appreciate it

Wednesday, June 8, 2011

PAHIT? DIAM & DUSTA

sesuatu yang aku pelajari hari ini:

nyatakan kebenaran walaupun ia nya PAHIT..

sungguh besar maknanya pada aku... kerana terkadang aku sendiri berselindung dari realiti itu.. aku tidak mahu bergelar pembohong, namun tanpa aku sedari aku mengaburi kebenaran itu dengan mengarang cerita yang aku mahu.. aku mahu ia menjadi seperti yang aku harapkan walhal hakikatnya cerita itu tidak sama seperti kebenaran.. ada tokok tambahnya, ada penambah perisanya.. aku sendiri rimas dengan lagakku ketika mengarang cerita fantasiku itu.. aku tidak mampu bertentang mata dengan si pendengar, nafasku yang bergetar dan frequensi suaraku menjadi tidak stabil.. namun cerita itu tetap ku karang, aku tertanya sendiri,
ADAKAH MEREKA SEDAR AKU SEDANG MENIPU, MEREKA-REKA CERITA????
cerita yang aku mahu, bukan cerita sebenar..

terkadang KEBENARAN itu begitu pahit, sehingga tidak mampu ditelan, tidak mampu diluah.. hingga menyesakkan diriku..

aku tahu, ramai yang berada dlm situasi ini, terperangkap dalam keadaan yang memaksa..
namun satu lagi perkara yang aku pelajari:

andai belum mampu untuk menyatakannya, lebih baik berDIAM diri dari berDUSTA..

"aku, aku berjanji pada diri sendiri!!!"

Tuesday, June 7, 2011

cerita hidup ini::

kitalah penulis cerita hidup kita.. kita juga pengarahnya.. kita jugalah pelakonnya.. namun tak semua yang kita mahu akan menjadi kenyataan.. bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.. kerna masih ada manusia yang jau lebih susah dari kita.. setiap ujian datang dari Allah.. ingat lah, Allah memberi ujian kepada hambaNya kerana Dia tahu hambaNya itu mampu menghadapinya..

"jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah..."

Saturday, June 4, 2011

RAPUH::

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

"....mengharap redhaMu"

Wednesday, June 1, 2011

Old school::

zaman matrix, KMM f2p6 dlm kenangan

best year of school!! form 5, umo masih kecik tp jiwa mau besar.. hahaha
Murni and jue, aku sendiri dh lupa gambar ni amek mse bla.. tp muka kta suci gle.. hehe

suma comel2, kecik molek.. tp lani ad yg dh jd mak bapak org.. hehehe..
tpppppppp gambar ni bisu, ak lgsg dh xingt pe topik yg kta cite mse skola dlu, suma dh smakin kabur..
kpd yg masih ingt, ak mntak maaf ats kesilapan ak mse skola dulu.. yelaaa..bdk kecik bru nk mbesar la kn.. hehehe..


".............tp ak bru tau yg rupanya korg suma duk ejek cara ak jalan.. huhhhh..
thank suhairi yg sudi bocor rahsia 5 Wira.."

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...