Thursday, June 16, 2011

tersedar::

Nabi Muhammad s.a.w berkata:

"kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan"

                                                       Hadis riwayat Bukhari & Muslim..

aku terbaca hadis ni masa aku baca novel sejarah islam "SALAHUDIN AYUBI penakluk juruselam" hasil penulisan Abdul Latip Talib.. Menceritakan peribadi Sultan Salahudin yang berjaya menawan kota juruselam ketika perang salib tanpa berlaku penumpahan darah.. Beliau seorang yang kuat imannya, memiliki sifat zuhud di dalam hatinya dan kuat beribadat.. walaupun berjaya menakluk baitul Maqdis, beliau tetap memilih hidup berserdahana..

namun, situasi generasi zaman dulu berbeza dengan sekarang.. manusia kini mengejar kebendaan, mengejar dunia dari akhirat.. aku sendiri sedar kerana terkadang diri ini sendiri berat nak bangun malam bertahajjud, solat taubat, aku mengejar kerja yang  memberi gaji yang besar, umah besar pendek kata banyak berangan!!! kadang-kadang bila berjalan kat pasar malam aku lihat ramai org kurang upaya meminta sedekah, pakcik2 yang minta derma untuk sekolah agama.. tp batapa sukarnya org ramai nk menghulurkan sekeping duit walaupun seringgit.. dunia oh dunia!! nabi Muhammad sendiri seorang yang dermawan, hidup bersedahana, dan sentiasa bertaubat walaupun baginda telah dijamin syurga oleh Allah..


".........Ya Allah, jangan Kau palingkan hati ini dari hidayahMu"

moga kita sentiasa muhasabah dan memperbaiki diri, jadilah hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih bermakna dari hari ini..

insyaAllah:)

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...