Thursday, November 30, 2017

YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL

Assalamualaikum.. khas untuk warga kuantan, jom join kursus young living.. trainer dibawakan khas dari klang.. jom la join ramai-ramai..


Tarikh: 8/12/2017 (Jumaat)
Masa: 9 pagi - 1 petang
Tempat: Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang, Pahang
Yuran: Rm 10
Hubungi: 0179264784 (Puan Siti)

melalui kursus ni, insyaallah peserta dapat mengenali essential oil, fungsi dan aplikasi.. essential oil ni ramai yang tau fungsi dia, tapi tak ramai yang tau cara menggunakannya dengan betul.. so jangan lepaskan peluang untuk join tau!

p/s: sis pun join, blh jumpa kat sana!

Tuesday, November 28, 2017

DIET ATKINS! BERKESAN KE??

Assalamualaikum..

harini sis nak review pasal diet atkins ni..

selepas 8 hari berturut-turut join kursus Autodesk autoCAD pro.. makan disponser 3 kali sehari, hari-hari sarapan & minum petang dengan teh tarik .. berat sis telah naik mencanak- canak.. masa tu sis timbang berat sis 55 kg.. tinggi sis ni 158cm je, so lemak banyak tertumpu pada perut & lengan..

bila pakai tshirt memang terserlah lengan yang kembang.. pinggang kain baju kurung pun banyak dah ketat..

biasanya, sis ada kak aziana selaku geng diet.. kalau tak apa-apa halangan kami selalu puasa hari isnin & khamis.. tapi sejak kak aziana pindah kolej komuniti maran, partner diet sis dah tak da.. hurmm..

kalau sis aktif berzumba sekali pun, makan rakus semacam tak menjadi jugak.. jadinya, sis nekad!!

3 minggu lepas bermulalah episod Atkins sis.. sis gigih buat reserch tau.. sepanjang induction hanya boleh ambik maksimum 20g carbo sahaja.. bayangkan roti coklat Gardiner pun dah 24g carbo.. so boleh bayangkan tak betapa sikit sangat carbo yang boleh diambil..

dah 3 minggu diet ni, sis masih lagi dalam fasa induction.. hari ketiga induction sis alami kitosis.. bangun tidur rasa macam nak pitam.. rasa sejuk satu badan.. kaki menggeletar, tapi badan berpeluh-peluh.. niat nak mandi pagi terbantut, terbaring kat hall mencari tenaga.. gagahkan diri berjalan ke dapur minum air suam.. barulah rasa bermaya siket, baru boleh mandi.. satu hari sis rasa lemah macam tu.. esoknya bangun tidur tak rasa kitosis dah, badan rasa biasa je..

sis pun ajak suami beratkin jugak.. kami saling share menu.. dah nama jarak jauh kan, so share gambar menu je..



bagi penggemar telur macam sis, sis memang takda masalah nak sarapan dengan telur.. pastu colek pulak dengan sos nandos..

lunch sis makan simple je.. macam ni


dalam 4 hari sis berjaya turunkan 2 kg.. lepas tu berat payah nak turun, sekarang ni maintain 53 kg.. suami berjaya turun 6 kg dalam seminggu..

review sis: diet Atkins ni sangat berkesan kalau kita nak turunkan berat secara mendadak.. tapi mental kena betul -betul kuat sebab kita memang cut off betul-betul pengambilan carbo dan gula..

lepas tu memang kena ignore cakap-cakap orang yang nak menkondemkan kita.. contohnya "alah, berat baru 55kg, dah kurus kot, buat apa nak diet".. seriously, kena ignore!! sebabnya, hanya kita yang tau kita gemuk tang mana, gelebeh tang mana..

diet atkins ni jugak buat sis alert baca label nutrition pada setiap makanan.. part yang sis akan zoom adalah tang berapa gram carbo dan berapa gram segala jenis sugar..

lagi satu bila buat atkins ni sis masih lagi dapat keluar lunch dengan kawan-kawan.. masih lagi dapat borak-borak.. so takda la terperap sensorang bila diet, barulah kita ni tak stress.. lepas tu mata akan zoom apa yang kawan makan, then dalam hati akan analisis makanan dorang.. sama ada terlebih kalori in take ke tak.. pastu tengok pinggan sendiri, bisik dalam hati "bagus pilihan yang aku buat ni".. haha.. dalam tak sedar mendidik sis kepada tabiat makanan yang lebih baik..

tapi untuk life long kita kena maintainlah tabiat makanan yang baik!!

p/s: korang jangan lupa baca label jugak tau!!

Thursday, November 16, 2017

TIPS PJJ: ISTERI KENA BELAJAR SIBUKKAN DIRI

Assalamualaikum..

hai adik gojess dan semua isteri PJJ (Perkahwinan jarak jauh)..

sis tahu mesti ada isteri PJJ akan bergenang air mata bila pegi shoping nampak couple (husben dan wife) yang tengah shopping sakan sama-sama.. mesti terbayangkan suami yang jauh tu takda nak temankan you all shopping kan?

takpun bila wiken, sepatutnya suami balik tapi suami tak dapat balik, anak pulak merengek ajak pegi playground.. dalam hati berat nak bawak anak keluar tapi sebab kesiankan anak, turutkan jugak.. so masa kat playground tu, mesti hati you all sentap sensorang, sepatutnya suami yang layan anak yang tengah main gelongsor tu kan??

lagi bertambah pilu bila anak sakit. you all kena handle tanpa suami.. and you all wish yang suami boleh ada macam magic depan mata kan??

lagi-lagi sedih, bila nak tidur, tengok sebelah suami takda.. kan?? terus peluk bantal meleleh air mata.. kan?

sis tau la, sis selalu jugak bergenang air mata, kadang-kadang sedih dengan benda-benda kecik yang berlaku dalam kehidupan hari-hari.. suami takda untuk buat aktiviti sama-sama..

sis nak share satu tip yang sis amalkan.. sebagai isteri PJJ ni, kita kena belajar sibukan diri.. buatlah apa-apa sahaja aktiviti yang berfaedah, createlah satu hobi yang korang minat. atleast kita taklah selalu berendam air mata..

so this month sis join zumba tau.. zumba waktu malam dan wiken.. seriously bila tengah berzumba tu terlupa kejap yang diri ni bini orang.. erkk!?


sis pegi zumba bawak akmal.. akmal pulak boleh main-main dengan budak-budak lain sambil improve dia punya social skill.. so sis boleh berzumba dengan aman dengan mak-mak budak yang lain.. berjoget, menari, melompat semua boleh..

bila dah berzumba kaw-kaw sejam setengah, konfem bila balik badan dah penat kan.. korang rasa sis ada masa nak sakit kepala? silap.. korang rasa sis ada masa nak berendam air mata?? mestila tak kan.. badan penat, mandi terus bawak anak masuk bilik tidur..

lena tido malam tu..




so you all kena cari aktiviti yang korang suka tau!! sibukkan diri, jangan sedih-sedih..

ok, bye!!

p/s: nanti nak share tip lain kalau hadoo..

Saturday, November 11, 2017

RESEPI : SOMTAM BETIK CAMPUR MANGGA MUDA

Assalamualaikum..

hai! kalau adik gojes nak tau, sis memang suka makan somtam.. asal pegi pasar malam je akan beli somtam.. kalau tak beli tak sah.. makan ratah macam tu je..

nak dijadikan cerita, pokok mangga kat rumah berbuah, pokok betik pun berbuah.. so sis pun cuba-cuba godek resepi..

resepi somtam sis ni takda cuka, sebab mak sis tak makan cuka.. so sis guna bahan-bahan yang memang dah ada kat rumah je..

so bahan-bahannya ialah
1. segemgam mangga muda
2. segemgam betik muda
3. setengah carrot
4. sebiji tomato
5. 2 ulas bawang putih
6. seinci halia
7. 4 biji cili padi

semua bahan-bahan ni hiris nipis-nipis dan satukan dalam bekas.. then letak sos tiram sampai sekata.. tak payah letak garam gula dah sebab sos tiram ni dah ada rasa.. lepastu tabur la kacang yang ditumbuk.. siap!!

inilah rupanya


yang dalam gambar tu sis tak letak betik, guna mangga muda je.. tapi cara dia sama je..

rasa somtam sis buat ni sebijik macam beli, sedap dan mendapat pujian lagi..

lagi satu kalau korang boleh letak udang kering, tumbuk-tumbuk siket.. tapi sis tak gemar udang kering, tu yang tak letak..

ok, selamat mencuba..
bye!

Thursday, November 9, 2017

RESEPI: IKAN PEKASAM GORENG

Assalamualaikum..

petang tadi sis sempat masak ikan pekasam goreng.. jarang-jarang dapat makan ikan pekasam syok jugak.. lagi syok makan dengan nasi putih panas-panas..

masa mula-mula kawin dulu sis memang tak pandai masak.. suami salah seorang cikgu masak sis.. kami turun dapur sama-sama.. sis ingat lagi, suami selalu tolong potong ayam untuk sis masak.. ikan pekasam goreng ni pun suami yang ajar.. kalau tak memang sis tak pandai masak dan makan ikan pekasam..

kena ada cara masak yang betul, baru la kick ikan pekasam ni

bahan-bahannya pun ringkas je.. so bahan-bahan yang diperlukan ialah
sebiji bawang merah di mayang, cili padi potong halus-halus.. kalau ikan pekasam yang besar, potonglah jadi dua bahagian..

sis goreng ikan pekasam dulu, biarkan masak dulu satu bahagian, lepastu balik ikan tu slow-slow takut hancur.. lepastu campaklah bawang merah dan cili padi tadi.. goreng sampai garing..

inilah hasilnya


okey, cuba tau!!

bye!

Tuesday, November 7, 2017

HADIAH YANG PALING SWEET

Assalamualaikum..

semakin hari semakin rajin sis update blog kan? harap istiqamah la ya..

sebenarnya, sejak ada apps BLOG IT ni semakin mudah nak update blog.. tak perlu lagi nak on laptop, transfer gambar sebelum dapat tulis entry.. sebabnya, semua dah boleh update blog dengan smartphone.. so takda alasan dah nak malas-malas..

kembali kepada tajuk entry, sis nak reveal hadiah yang paling bermakna sis dapat dari suami.. hadiah tersebut ialah


jeng


jeng


jeng


jeng



Al -quran mini ni sis dapat lama dah.. sis paling sayang Al-quran ni.. ini adalah hadiah paling lama lekat dengan sis, hadiah yang paling sis sayang, yang paling memberi manafaat untuk sis.. dah lusuh siket rupanya..

sebagai seorang isteri jarak jauh ni, peluang untuk kita berbakti untuk suami sangat terhad.. so bila sis buka, baca al-quran ni, sis berdoa dalam hati supaya Allah kurniakan pahala untuk suami tercinta..

alahai, sweet kan?

tapi tak namanya becinta kalau asyik sweet-sweet je kan.. normal lah kalau ada salah faham, gaduh-gaduh gitu.. barulah suami isteri..

tapi melalui al-quran ni jugak salah satu cara sis dapat kekuatan untuk lebih tabah.. tenteramkan hati yang tengah marah, sedih dan sentap..


Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika ketiadaan (suaminya), kerana Allah telah menjaga (mereka).
Surah An-nisa:34

terus lembut hati, walaupun suami jauh, tak dapat nak jaga kita doplohpat jam tujuh hari seminggu, tapi rupanya allah ada menjaga kita..

betul tak??

semoga semua isteri jarak jauh ni kuat tau..

untuk suamiku, i love you sayang.. ouchh!!

miss eny layan drama korea lagik

assalamualaikum.. hai..

sis nak share tahun ni sis start demam korea semula.. terasa remaja semula bila layan drama korea ni.. teringat balik zaman winter sonata, my girl, autumn in my heart, boys over flower dan banyak lagi la.. dulu sis pernah la crush dengan lee min ho.. opss..

first sis layan drama goblin.. cerita ni memang fenomena.. at first sis tak layan cerita ni masa dia duk iklan kat astro, tapi sebab office mate cakap "tengok la, cerita ni lain dari drama korea yang lain".. so tergerak la hati ni nak tengok.. starting cerita tu memang dah best, ada elemen zaman maharaja dan laksamana gitu.. lepas tu, kita jadi tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku, kenapa hero ni jadi goblin, goblin tu apa, kenapa plot cerita dari zaman dulu jadi ke masa sekarang.. and masa tu jugak viral orang up status "hujan ni mesti goblin tengah nangis".. so sape tak layan drama ni memang tak faham.. haha..


secondly, sis layan signal.. ni pun sama, office mate yang suggest jugak.. signal ni lebih kepada penyiasatan jenayah.. buat kita terfikir and tertanya siapa penjenayah sebenar.. banyak kes yg detektif ni selesaikan atas bantuan walkie talkie misteri yang dia jumpa tu.. haa.. walkie talkie misteri tu membolehkan detektif tu berhubung dengan detektif yang telah hilang 15 tahun yang lepas..


next, sis layan cerita twenties again.. cerita ni pun best.. mengisahkan seorang suri rumah yang nak diceraikan masuk belajar universiti semula.. yang sis faham cerita ni lebih kepada makna peluang kedua dalam hidup supaya seseorang tu buat yang terbaik dan hidup lebih gembira..


so far tu je drama sis dah layan.. lepas ni nak layan cerita apa pulak ya??

ok, bye!!

Friday, October 6, 2017

HOME PROGRESS: TABLE TOP

Assalamualaikum.. jom tengok gambar table top rumah sis.. 





haa.. cantik ke tidak?
ok, untuk table top ni sis tempah dengan encik eddy tukang rumah.. fb dia sis tak ingat la plop.. rasanya "eddy tukang rumah" kot.. sis pilih encik eddy ni sebab kawan baik sis yang cadangkan.. encik eddy ni jugaklah yang buat table top rumah kawan baik sis.. so bila dapat no. contac encik eddy ni, sis pun whatapps untuk booking tarikh.. punyalah ramai yang que, dapatlah giliran sis selepas dua bulan.. betul-betul pack jadual encik eddy ni.. kami memang berurusan dengan whatapps je.. pilih tile pun refer gambar yang beliau whatapps, contoh-contoh table top yang dia dah pernah buat.. bila tarikhnya sampai, sis bagi kunci rumah, encik eddy dan krunya pun start la buat table top tu.. sis request pasang sinki asal belakang rumah, tapi sebab request last minit, piping dia tak sempat nak buat..


sis tak tunggu pun dia buat kerja, sebab sis keje hari yang dia datang buat.. bila dah siap dia tinggalkan kunci and minta sis transfer duit ke akaun company dia.. 2 hari je dah siap, cepat sangat! adalah sikit yang tak perfect di mata sis, tapi lepas complain terus dia datang repair.. sangat senang berurusan.. untuk saiz table top sis ni total bill adalah:


ok, so far sis berpuas hati dengan hasil kerja en eddy ni.. corak tile pun sis suka sangat! perfect dah corak tu di mata sis.. alhamdulillah..

so adik gojes area kuantan boleh contact encik eddy untuk deal ok.. 

0189553554

p/s: bilalah dapur sis nak berasap kan?

Thursday, September 28, 2017

PENGALAMAN BILA RUMAH KENA PECAH

Assalamualaikum..

so malamni sis nak share tajuk yang di atas tu.. nak dijadikan cerita, cuti CNY awal tahun haritu, sis satu family balik kampung di kuala terengganu.. so kami decide balik satu kereta je, jadinya balik dengan kereta sis.. masa sis duk sumbat barang masuk dalam boot kereta, sis ternampak kak cik (adik sis) keluarkan laptop dari kereta dia simpan dalam rumah.. terdetik dalam hati " aik apsal kak cik nak bawak masuk laptop dalam rumah".. lepas dah siap packing barang semua kami pun balik kampung.. bermalam 3 malam then kami balik semula ke rumah..

masa sampai tu, sis duk punggah barang masuk dalam rumah tiba-tiba kak cik menjerit.. "mak!! kenapa pintu belakang terbukak?".. masa tu semua dah panic dah dapat rasa yang rumah dah kena pecah.. tengok-tengok rupanya orang tu pecah masuk ikut tingkap, dia cabut satu-satu cermin tingkap, lepas abis dia merompak dia kua ikut pintu belakang, sebab tu pintu belakang terbuka..


kak cik pun menjerit lagi sekali dengan gelabah yang amat "mana laptop kak cik, orang tu dah ambil laptop kak cik!" terus menitik air mata kak cik.. kami cek bilik satu-satu memang habis dia selongkar.. bersepah bilik kami semua.. agaknya peromoak tu ada masa yang banyak, so setiap bilik dia geledah.. jiran-jaran pun memang tak perasan rumah kami kena pecah.. tabung sis, tabung ayah, barang kemas, kamera, even charger skuter akmal pun perompak tu sapu.. banyak jugak duit dalam tabung ayah, dekat seribu jugak ayah cakap sebab bertahun dah tabung ayah tu.. sis memang down tabung sis pun perompak tu kebas.. susah-susah sis kumpul duit 50 sen je dalam tabung tu.. lagi satu, sis paling sedih sebab rantai husben bagi pun perompak tu kebas.. rantai tu dapat masa zaman bercinta dulu, sis tak pakai tapi sis simpan elok-elok dalam laci.. ralat sangat rasa..

kak cik paling kesian, dalam beg laptop dia tu ada semua sijil-sijil dia, sijil spm, degree, transkrip dia.. lepas tu dalam laptop tu jugak ada semua hasil reserch, tesis master dia..sebab tu dia menangis.. nak dapat balik semua sijil tu bukan senang..

petang tu jugak sis dan kak cik buat report di balai polis terdekat.. malam tu jugak polis datang rumah siasat, polis tu ambil gambar dan kesan cap jari..

malam tu borak dengan kak cik "akak dah rasa pelik tengok kak cik bawak masuk laptop dalam umah aritu, kalau tak bawak masuk mesti selamat laptop tu".. tapi benda nak jadi, nak buat macam mana kan..

tak lama lepas tu dalam sebulan lebih macam tu, dapat surat bagi tau melalui siasatan polis tu mereka tak dapat cap jari perompak tu.. so kes tu tutup macam tu je dan sampai sekarang perompak tu bebas..


ok, bye!

p/s: sis nak tabung baru

Monday, September 18, 2017

miss eny genab 30 tahun

assalamualaikum..

alhamdulillah.. syukur nikmat Allah.. 10 september lepas genab lah umur sis 30 tahun..

kejap je dah masuk 3 series.. macam tak percaya je cepatnya masa berlalu.. bangun pagi, pegi keje balik keje, malam tengok tv melayan akmal.. tup-tup umur 30 tahun dah.. rasa dalam tempoh 5 tahun ni kehidupan konsisten macam tula cyclenya..

ramai orang share apa yang patut capai di usia 30tahun.. rasanya bagi sis soal kerjaya tu sis masih lagi level yang sama.. masih lagi mengajar dengan jayanya.. setiap semester dapat student baru, akan kenal ragam baru.. alhamdulillah student sis setakat ni semua ok.. cuma bila ada semester yang student ramai tu kadang-kadang memang tak dapat nak kenal semua dengan baik..

bab kewangan pulak agak tenat sikit untuk tahun ni.. sis baru je dapat kunci rumah tahun lepas.. so duit memang banyak habis untuk rumah.. betullah orang cakap, kalau nak beli rumah stanby lah 20k dalam tangan untuk setelkan benda basic je.. alhamdulillah, umah sis dah boleh nak duduk dah.. so far sis belum berani nak bermalam kat rumah tu sebab jiran-jiran takda lagi.. jadinya sis masih lagi berulang dari rumah mak ke tempat keje..

akmal pulak dah 4 tahun, asal ambil dia kat sekolah mesti dia ajak singgah rumah baru.. kalau boleh dia nak mandi nak makan kt rumah baru.. baru boleh balik rumah mak.. dah pandai dah dia cop yang mana bilik dia.. sekolah pun dah ok dah akmal, seronok main dengan kawan-kawan.. sis ambil pukul 5.30 petang pun mood dia ok.. sis perasan, akmal sangat pandai berkawan or bawak diri bila sis takda..

kalau time sis ada dengan dia, dia memang clingy siket, meragam dan akan buat macam-macam nak tarik perhatian.. ramai orang cakap akmal tu dah kena dapat adik baru tak manja sangat.. kadang-kadang sis pun kurang sabar jugak dengan kerenah akmal.. contohnya dia meragam sebab dia tak boleh bangun sebab dia tak kuat.. lepas tu, meragam sebab takda bantal kat kepala masa baring.. macam-macam la perangai dia.. geram.. bila duduk kat ofis kenang perangai dia rasa nak tergelak pun ada.. macam-macam la akmal ni..

akmal ni cepat belajar dan cepat serik.. contohnya, perkataan "TAK GUNA" banyak kali tersebut dalam cerita kartun mr bean.. dia cepat la serap dan mengaplikasikan perkataan tu.. sis sabar je bila dengar dia cakap.. geram pun ada.. sis pun tetapkan satu rule, kalau cakap perkataan tu lagi terus cubit mulut.. mula-mula tu sis cubit kuat sebab nak bagi dia serik.. memang akmal serik dan dia tak cakap dah.. tapi sekarang ni pandai pulak dia listkan perkataan-perkataan lain yang tak boleh sebut contohnya busuk, taik, kentut dan bontot.. kalau sis tersebut memang dia akan cubit mulut sis.. dah tu nak cakap macamna lagi kalau nak suruh basuh bontot ada taik.. aduhai la.. tergelak sis.. cakap kentut pun tak boleh.. abis macamna nak tegur kalau dia kentut? nanti dia cubit mulut sis.. huhu.. tapi sekarang kami cubit-cubit manja je.. banyak bergurau je..


panjang pulak cerita pasal akmal..

anyway,

happy birthday to sis.. i love me..

terima kasih untuk family yang ada untuk sis.. tak sangka di usia ini masih dihargai.. dapat suprise yang tak dijangka.. mula-mula cakap-cakap kosong je "besnya kalau balik rumah ada orang buat suprise, ada kek".. tak sangka ternyata ada.. terharu sangat.. mak suapkan kek kesemua mulut anak-anak, anak menantu dan cucu- cucu yang ada.. kemain excited akmal tiup lilin..


semoga Allah merahmati kita semua.. amin

Sunday, September 17, 2017

akmal obses dengan dinasor, anak korang obses mainan apa?

assalamualaikum..


eh.. apasal muka macam tak puas hati tu.. tak cukup lagi ke dinasor tu sayang??

kalau nak tahu, inilah obsesi muhd akmal hadif.. bermula daripada tengok video dinasor di handfon papa dia, maka tercetus la obsesi ini..

kalau pegi kedai toys, memang mata akmal melilau mencari dinasor.. nak tambah koleksi.. kalau yang dah beli memang dia takkan ambil dah.. asal nak mainan je, mesti nak request dinasor.. 

yang paling dia obses mestilah t-rex.. kalau main dengan dinasor tu konfem la akan keluar bunyi ngauman yang pelik-pelik.. fasih dengan bahasa dinasor kot.. haha.. 


tapi satu yang paling sis kagum memang budak kecik ni terang hati, cepat mengingat.. akmal ni boleh dikatakan hampir semua nama-nama dinasor dia tau.. kalau tanya ini dinasor apa, mesti dia boleh jawab..


level extreme akmal adalah pegi kemana-mana mesti nak bawak dinasor.. konfem setiap tangan akan ada t-rex febret dia.. sis selalu jugak bawak akmal ke ofis, sampai kawan ofis perasan dan cakap kat akmal "tak tinggal dinasor dia, bawak aje"..

bila masuk Pasti pun akmal masih lagi carry on dengan obsesi dia.. mesti akmal akan selit 2 ekor t-rex dalam beg sekolah.. 

tapi yang paling sis takut, masa akmal kecik-kecik dulu kalau t-rex febret dia hilang, jenuh la nak mencari sebabnya kena cari sampai jumpa.. kalau tak jumpa menangis la akmal.. kena cari jugak sampai jumpa.. 

tapi bila dah besar ni pandai pulak dia.. siap dia cakap "biarlah hilang, nanti mama beli baru".. asyik nak pow dinasor je dari mama..

kalau buka youtube, tak da benda lain dia layan, konfem video-video dinasor.. cerita jurrasic world lebih 20 kali dia tengok tau..

bila anak terlebih obses dgn toys dia, memang parent pun akan terjebak sama.. kadang-kadang sis yang beria nak bawak akmal pergi tengok dinasor, tak pun bila sis nampak dinasor baru, sis yang beli..


aduhai akmal, mama sayang akmal..

tu obsesi anak sis.. anak-anak korang obses apa pulak? 

bye!

jom buat minyak buah keras (kemiri) di rumah

assalamualaikum..

sejak akmal sekolah, kulit akmal kering sangat.. sis rasa mungkin disebabkan oleh uniform sekolah akmal yang cotton dia macam keras sikit.. so sis bawak akmal berubat dengan pak cik indon yang kebetulannya mengurut ayah sis.. jadinya, pak cik indon tu pun cadangkan sis untuk cari buah kemiri..

pada yang tak tahu, sebenarnya buah kemiri ni orang kita panggil dia buah keras.. tapi di indon dorang panggil kemiri..

online shop pun banyak jual minyak ni, tapi buat sendiri lebih jimat.. kos tak sampai rm10 pun..

so sis nak kongsi cara buat minyak buah keras ni..

mula-mula goreng buah keras ni sampai sedikit hangus

lepas tu masuk dalam lesung batu tumbuk sampai keluar minyak.. ala-ala macam nak buat kerisik..


lepas tumbuh dekat 15minit, inilah hasilnya.. selain merawat kulit kering, minyak buah keras ni jugak boleh melebatkan rambut.. 


biasanya sis sapu kat badan akmal selepas akmal mandi.. masa sapu tu kita gosok-gosok sikit.. tekture dia sedikit kasar boleh menghilangkan sel-sel kulit yang kering.. ala-ala macam skrub gitu..

so adik- adik gojes boleh try okeh!!

Thursday, August 31, 2017

PRODUK APA UNTUK KURUS? REVIEW: ISAshake dari ISAGENIX

assalamualaikum..

korang pakai produk apa untuk kurus?

berdasarkan pengalaman sis, badan sis masa remaja tak naik pun.. makan la banyak manapun tak naik.. masa sekolah berat 44kg.. mungkin masa remaja metabolisma pun tinggi, lepastu aktif kesana kemari sebab tu berat maintain je..

tapi masa zaman study kat U berat sis naik jadi 48kg.. daripada badan sekeping dapatlah hasilnya perut buncit.. kahkahkah.. maybe lifestyle sebagai student yang makan tak ikut masa.. pagi memang tak breakfast, bangun tido terus siap-siap pegi kelas pukul 8.. so bila dalam kelas memang berkeroncong lah perut ni.. masa rehat pukul 10 pagi pulak sis terus lunch kaw-kaw sebab lapar yang amat.. even hari yang takda kelas pagi pun sis akan skip breakfast, sbb tido lepas subuh tu lebih syokk.. lepastu campur pulak habit makan lewat malam.. student kan selalu tido lambat siapkan assingment, group project.. belum campur lagi stay up tengok movie, layan drama korea kan.. konfem la akan masak megi, takpun cicah biskut jacob dengan milo 3in1.. itu cerita zaman duduk hostel.. masa duduk rumah sewa pulak, lagi la heaven sebab ada dapur, kaw-kaw jugak la masak.. sis belajar potong basuh ayam masa duduk rumah sewa.. masak sardin, masak process food macam sosej tu memang menu utama.. housemate pulak ada kereta, jadinya keluar makan fast food pun memang kerap..
pendek kata, istilah diet memang tak wujud dalam hidup sis ketika zaman U..

bila dah kerja ni pulak, lagilah susah nak jaga badan.. sampai ofis je mesti breakfas   tgh breakfast boleh pulak bincang nak lunch kat mana.. melampaukan.. memang sis takda skip makan.. asal dapat gaji pulak mesti keluar pegi makan sedap-sedap.. kerja pulak banyak duduk je memang berat semakin naik.. seingat sis masa sis kawin berat sis dalam 52kg..

bila dh kawin, mengandung pulak sampai berat 76kg.. memang tembam, gemuk semua ada..

so, memang lifestyle kita sangat mempengaruhi penambahan berat badan kita..

bila keinsafan tu datang barulah kita mencari diet or produk apa yang sesuai.. produk kurus memang banyak dan macam-macam pilihan..

tapi, sis cuba isashake dari isagenix

korang mesti pernah dengar tentang herbalife kan?

isagenix ni sama macam herbalife konsep dia.. cuma yang bezanya herbalife tu berasaskan soya, isagenix ni pulak berasaskan susu lembu.. brand isagenix ni ada banyak la produk.. tapi yang sis makan hanya isashake n isaclean..


cara makan isahake adalah dengan menggantikan 2 meal utama dengan isashake.. 

so instead of makan nasi lemak, mee goreng untuk breakfast sis gantikan dengan isashake.. instead of dinner dengan nasi malam-malam sis gantikan dengan isashake.. lebih bernutrisi bak kata coach!


isashake ada 3 perisa iaitu coklat, vanila dan strawberi.. 

1 pax ni tahan untuk 2 minggu..

campur 2 scoop isashake ke dalam air.. kemudian bolehlah shake-shake..

shake-shake you all.. 


review sis: kesemua perisa isashake sis dah rasa tapi perisa yang sis paling suka ialah coklat.. sis paling suka bancuh isashake ni dengan air sejuk, letak ais banyak-banyak pastu shake lama-lama.. rasa macam minum aisblended coklat.. sis menggantikan breakfast dan dinner sis dengan isashake.. lunch sis makan macam biasa..

hari pertama sis agak struggle.. lepas minum isashake, rasa macam tak puas.. sebab kita dah biasa makan nasi lemak, nasi kerabu, roti canai tiba-tiba hanya shake-shake.. mana puas.. kalau penggemar minuman manis konfem mula-mula minum rasa isashake ni tak sedap.. pastu pukul 9 pagi rasa macam kelaparan yang amat, macam kebuluran je.. sis jadi tak sabar nak tunggu pukul 12 nak lunch.. 2 minggu jugak sis struggle.. sis bawak bekal epal hijau sebagai snack.. dalam tempoh 2 minggu tersebut mental memang kena kuat!  

tapi lama-lama badan sis jadi terbiasa.. sis konsisten dengan isagenix selama 3 bulan.. alhamdulillah result selepas timbang dengan coach, % lemak bawah kulit dan lemak pada organ turun.. umur metabolisma pun dah sebaya dengan umur sebenar.. 

sekarang ni sis fasa untuk maintainkan sahaja.. kadang-kadang je sis shake.. kalau kelas pukul 8 tak sempat nak breakfast sis shake lah.. so far sia rasa ok, serasi dengan shake isashake ni.. takda dah rasa craving or kebuluran bila sis shake-shake.. so memang sis ada spare isashake dalam drawer office..

p/s: sis tak jual isashake isagenix.. sis hanya share pengalaman sis sahaja 

Wednesday, August 30, 2017

review: jamu kencur 10 herba dari JAMU DESA BONDA

assalamualaikum.. 

anda meragui kaedah penghasilan jamu yang dikeluarkan dari kilang?

anda was-was terhadap bahan-bahan yang terdapat di dalam jamu?

anda tidak yakin dengan keberkesanan jamu anda?

jangan cuba jamu kencur 10 herba kalau anda tak nak wow di mata suami


haha.. okey tak ayat promo sis tu??

takdalah, sis bukan nak promo pun.. sis cuma share je apa yang sis makan.. jamu kencur 10 herba ini merupakan 100% produk homemade keluaran muslim.. jamu ini dihasilkan oleh puan airiz faudzan.. ini facebook beliau



macam mana sis kenal produk beliau?

okey, officemate sis merangkap kawan sekampung puan airiz faudzan adalah insan pertama yang memperkenalkan jamu ini kepada sis..

sis pun godek-godek fb puan airiz faudzan, memang ternyata beliau buat sendiri jamu beliau.. beliau sharekan resepi dan video bagaimana jamu beliau dihasilkan.. bukan sahaja jamu, malahan banyak lagi produk yang beliau hasilkan seperti mandian herba, teh detox.. 

so sis pun mencuba jamu kencur 10 herba ini..
antara khasiat jamu ini adalah:


sis masih lagi makan, botol pertama pun tak habis lagi.. yang sis paling aim adalah menghilangkan bengkak pada lingkaran mata..

review sis: ini merupakan jamu yang pertama sis makan.. sebelum ni memang tak berani nak cuba jamu sebab orang cakap jamu ni panas.. tapi since sis dah umur 30 tahun ni, ini cobaan pertama sis..
hari pertama sis telan 2 biji kapsul selepas lunch.. kesan yang ketara adalah bila balik kerja sis tak penat.. walaupn dah pukul 11 malam, mata masih tak mengantuk.. badan masih bertenaga.. kalau tidak sebelum ni pukul 8 dah mengantuk, kadang-kadang tertido atas sejadah masa tunggu isyak.. lagi satu kesan yang dapat sis rasakan adalah sis asyik nak terkentut-kentut.. lega je rasa perut ni.. owh, sis tak rasa panas pun bila makan jamu ni, selesa je badan..

so kalau adik gojess nak try makan jamu ni, bolehlah terjah fb puan airiz fauzan sebab sis tak jual tau.. sis review jujur je..



bye!

Tuesday, August 29, 2017

KORANG PAKAI APA UNTUK CANTIK?? review jujur : Mary Kay

Assalamualaikum..

hai ladies.. dah nak raya haji.. macam mana preparation adik- adik gojes semua??
sis macam biasa je raya ala kadar sahaja..

korang, korang pakai apa untuk kulit cantik eh??


sis dah try macam-macam dah.. tapi sekarang ni sis dah terjatuh cinta..

sedang dilamun cinta dengan Marykay (MK) timewise set

alkisah bagaimana cinta ini berputik dikala cleanser Nutox sis dah nak habis.. sis pun tanpa segan silu approach kawan sebelah meja office sis yang merupakan seorang beauty consultant MK..

jadi selepas dinasihat oleh beliau dan mengambil kira budget sis, sis pun membeli cleanser dan night solution dari rangkaian set timewise MK..

firstly bila sis balik rumah sis cuba cleanser dulu.. cleanser ni ada biji-biji halus yang berfungsi sebagai skrub.. bila campur cleanser ni dengan air dia memang tak berbuih.. rasa macam tak puas cuci muka sebab tak berbuih.. tapi kesan lepas cuci muka, muka terasa lembut je.. wahhh!!

lepas tu sebelum tidur sis akan sapu night solution.. night solution ni berfungsi macam night cream.. sapulah area muka dan leher.. bila sapu night solution ke wajah ia dengan pantas menyerap ke dalam kulit.. langsung tak rasa berminyak.. selesa sangat bila tidur..

sis pakai konsisten selama 2 minggu, ternyata kesannya tidak menghampakan.. kulit sis lebih lembut dari sebelum itu.. whaoo.. terkagum sis!

sis terus jatuh cinta kaw-kaw u oll..

dan bermula dari saat itu, sis menambahkan lagi produk-produk MK untuk penjagaan kulit muka sis..

totally in love!!

next time sis review lagi produk-produk MK yang lain


p/s: sis tak jual MK.. saat ini, sis hanyalah pengguna MK yang setia selama 4 bulan dah..


Saturday, July 22, 2017

Sakit

assalamualaikum..

sis tengah tak sihat ni.. rasa macam nak demam.. dari petang semalam kepala ni sakit.. bangun tidur pagi tadi pun kepala rasa berat lagi.. ni tekak pulak rasa perit.. aduh macam esok nak demam je..

hurmm sis tak larat nak melayan akmal..

entry ni pun taip sikit-sikit je.. dari first day demam sampai hari keempat..

sis cuma nak cakap, kepada yang tak putus-putus provoke sis, sis harap kamu bahagia dengan cara kamu itu.. nilai sis sikit pun tak terjejas, sebaliknya nilai harga diri kamu yang terjejas.. sis tetap ok dengan kehidupan sis..

kepala ni duk terpikir banyak lagi kerja ofis yang tak setel.. harini pun sis dah masuk ofis walau badan ni rasa lembek sangat.. kelas pun sis tak bagi lecture, cukuplah bagi student tugasan.. 

so far, ni demam sis yang paling lama sis rasa.. dah empat hari dah pun.. betul la orang cakap, orang yang jarang sakit ni, sekali kena pancit terus..

doakan sis cepat sembuh ya..



Sunday, July 9, 2017

REVIEW JUJUR : VITAMIN C & E SHAKLEE

assalamualaikum..

lama tak bersua.. keh2..

okeh, sis straight to the point.. sis consume vitamin c shaklee since sis pregnent akmal lagi sampai la pantang.. lps tu sis stop! tujuan consume masa tu sebab nak bekalkan anak dengan nutrisi yang cukup.. ewah!! consume sekali dengan b complex with folic acid shaklee..

sis tak rasa perubahan ketara sangat dalam tempoh tu.. kulit takda la makin cantik ke apa, mcm biasa je.. maybe semua zat dari vitamin tu turun ke baby kot.. tapi ingat,
jangan sesekali makan masa perut kosong, konfem akan terkeluar balik..

lepas sis stop, sis consume secret skin kawai collagen.. sis pernah review dulu.. boleh refer entry lepas.. tapi sis stop jugak!

so last nov 2016, sis consume semula vitamin c, b complex tapi tambah vitamin e.. of cos tujuan utama makan tu adalah untuk improve skin sis.. masa bayar rm 300 ++   tu memang terbayang kulit akan flawless.. wow!! so sis makan la dengan konsisten.. sebulan dua makan mmg takda la nampak perubahan yang ketara.. cumanya jerawat tak la naik mcm dulu.. kalau jenis manusia yang memang nak tengok kesan mengejut tu memang akan kecewa siket la.. haha..

masuk bulan ketiga, keempat sis dah culas- culas makan.. kalau seminggu tu, akan ada macam 2 hari yang sis terskip makan..

tapi bulan puasa lepas, sis stop terus makan vitamin tu.. kononnya nak elakan buah pinggang berkerja keras untuk proses semua vitamin tu.. yela, puasa ni minum air pun kurang, so sis tak brani nak consume..

lepas habis puasa sebulan tu, result skin sis macam biasa je.. takda beza antara makan or tak makan vitamin.. jujur!

tak tau la yang mana kurangnya, tapi bila habis sebotol tu sis tak rasa nk beli lagi.. sebab harga pun boleh tahan, kesan dia agak slow bagi sis yang jenis nak instant result..

kalau u oll jenis penyabar blh terus consume ya!! lagipun lain org lain hasilnya.. ye dop??

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...