Saturday, November 11, 2017

RESEPI : SOMTAM BETIK CAMPUR MANGGA MUDA

Assalamualaikum..

hai! kalau adik gojes nak tau, sis memang suka makan somtam.. asal pegi pasar malam je akan beli somtam.. kalau tak beli tak sah.. makan ratah macam tu je..

nak dijadikan cerita, pokok mangga kat rumah berbuah, pokok betik pun berbuah.. so sis pun cuba-cuba godek resepi..

resepi somtam sis ni takda cuka, sebab mak sis tak makan cuka.. so sis guna bahan-bahan yang memang dah ada kat rumah je..

so bahan-bahannya ialah
1. segemgam mangga muda
2. segemgam betik muda
3. setengah carrot
4. sebiji tomato
5. 2 ulas bawang putih
6. seinci halia
7. 4 biji cili padi

semua bahan-bahan ni hiris nipis-nipis dan satukan dalam bekas.. then letak sos tiram sampai sekata.. tak payah letak garam gula dah sebab sos tiram ni dah ada rasa.. lepastu tabur la kacang yang ditumbuk.. siap!!

inilah rupanya


yang dalam gambar tu sis tak letak betik, guna mangga muda je.. tapi cara dia sama je..

rasa somtam sis buat ni sebijik macam beli, sedap dan mendapat pujian lagi..

lagi satu kalau korang boleh letak udang kering, tumbuk-tumbuk siket.. tapi sis tak gemar udang kering, tu yang tak letak..

ok, selamat mencuba..
bye!

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...