Thursday, November 9, 2017

RESEPI: IKAN PEKASAM GORENG

Assalamualaikum..

petang tadi sis sempat masak ikan pekasam goreng.. jarang-jarang dapat makan ikan pekasam syok jugak.. lagi syok makan dengan nasi putih panas-panas..

masa mula-mula kawin dulu sis memang tak pandai masak.. suami salah seorang cikgu masak sis.. kami turun dapur sama-sama.. sis ingat lagi, suami selalu tolong potong ayam untuk sis masak.. ikan pekasam goreng ni pun suami yang ajar.. kalau tak memang sis tak pandai masak dan makan ikan pekasam..

kena ada cara masak yang betul, baru la kick ikan pekasam ni

bahan-bahannya pun ringkas je.. so bahan-bahan yang diperlukan ialah
sebiji bawang merah di mayang, cili padi potong halus-halus.. kalau ikan pekasam yang besar, potonglah jadi dua bahagian..

sis goreng ikan pekasam dulu, biarkan masak dulu satu bahagian, lepastu balik ikan tu slow-slow takut hancur.. lepastu campaklah bawang merah dan cili padi tadi.. goreng sampai garing..

inilah hasilnya


okey, cuba tau!!

bye!

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...