Tuesday, November 7, 2017

HADIAH YANG PALING SWEET

Assalamualaikum..

semakin hari semakin rajin sis update blog kan? harap istiqamah la ya..

sebenarnya, sejak ada apps BLOG IT ni semakin mudah nak update blog.. tak perlu lagi nak on laptop, transfer gambar sebelum dapat tulis entry.. sebabnya, semua dah boleh update blog dengan smartphone.. so takda alasan dah nak malas-malas..

kembali kepada tajuk entry, sis nak reveal hadiah yang paling bermakna sis dapat dari suami.. hadiah tersebut ialah


jeng


jeng


jeng


jeng



Al -quran mini ni sis dapat lama dah.. sis paling sayang Al-quran ni.. ini adalah hadiah paling lama lekat dengan sis, hadiah yang paling sis sayang, yang paling memberi manafaat untuk sis.. dah lusuh siket rupanya..

sebagai seorang isteri jarak jauh ni, peluang untuk kita berbakti untuk suami sangat terhad.. so bila sis buka, baca al-quran ni, sis berdoa dalam hati supaya Allah kurniakan pahala untuk suami tercinta..

alahai, sweet kan?

tapi tak namanya becinta kalau asyik sweet-sweet je kan.. normal lah kalau ada salah faham, gaduh-gaduh gitu.. barulah suami isteri..

tapi melalui al-quran ni jugak salah satu cara sis dapat kekuatan untuk lebih tabah.. tenteramkan hati yang tengah marah, sedih dan sentap..


Maka perempuan-perempuan yang solehah, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika ketiadaan (suaminya), kerana Allah telah menjaga (mereka).
Surah An-nisa:34

terus lembut hati, walaupun suami jauh, tak dapat nak jaga kita doplohpat jam tujuh hari seminggu, tapi rupanya allah ada menjaga kita..

betul tak??

semoga semua isteri jarak jauh ni kuat tau..

untuk suamiku, i love you sayang.. ouchh!!

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...