Saturday, January 14, 2012

C.I.N.T.A

tengah-tengah kemas desktop terjumpa ayat ni.. sumber undefined ^.^Y



Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.

Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai si dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah ❤❤



"selamat bercinta ^.^"





Dr. Muhaya cakap, ada 2 pencuri dalam hidup kita

kerisauan masa depan

penyesalan masa lalu



yang penting beri dan buat yang terbaik!!!


saya pesan pada diri sendiri :)

Friday, January 13, 2012

rezeki dari Allah

Assalamualaikum

alhamdulillah.. sangat bersyukur hari ini.. 
mudah-mudahan dipermudahkan oleh Nya..



teringat kata ustazah di ikim.fm petang semalam..

sebenarnya manusia sangat sombong..
tidak pernah nak meminta dari ALLAH..

bila rezeki tak cukup salahkan orang lain..
salahkan ALLAH..

tapi sebenar jiwa itu bakhil untuk berdoa pada ALLAH



kucing pun pandai:)








shared, i just love this pic:)




self reminder: nak survey bahan-bahan buat chocolate:)

Wednesday, January 11, 2012

Law Kaana Bainana

Assalamualaikum..


baru- baru ni aku ada menonton sebuah rancangan dokumentari di tv al-hijrah yang bertajuk LAW KAANA BAINANA..Law Kaana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, dalam realiti masyarakat semasa.








Sejujurnya, aku memang menistiskan air mata pabila menonton cerita ini..

cerita ini secara tidak langsung membuatkan aku ingin lebih mengenali rasulullah s.a.w..

akhlak baginda..


sebagai kekasih Allah..


pemimpin..


ayah..


suami..



Sesungguhnya Rasulullah seorang yang seimbang.. bagaimana kita nak mencontohi Rasulullah yang seimbang dunia dan akhirat?



Soalan pengacara memang sangat memberi makna mendalam bagi aku


"SEANDAINYA RASULULLAH MASIH ADA, APA YANG AKAN KAMU KATAKAN PADANYA??"


terasa diri ini begitu kerdil..

siapakah aku di mata Allah..

siapakah aku di mata Rasulullah s.a.w










sesungguhnya..





aku hanya mengharap keredhaan Mu Ya Allah

aku hanya mengharap syafaat mu Ya Habiballah






the lyric:

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.




sumber: you tube

Wednesday, January 4, 2012

pembuka 2012

wahhhhh.. sangat seronok bila pegi kolej dapat tahu 10 staf mengandung.. tumpang gembira untuk mereka..
Alhamdulillah, bertambah-tambah cucu tuan haji (pengarah baru)..

Tuesday, January 3, 2012

STEP 2: The E-day ( part 2)

assalamualaikum..

sebagaimana yang you all dah tau, majlis pertunangan kami dah selamat berlangsung:)
but, today aku nk cerita sedikit tentang hantaran yang kami bagi.. mula-mula memang niat nak buat 7 lawan 9.. tapi my mom cakap tunang jangan over sangat, nanti membazir.. so kami pun decide buat 5 lawan 7..

from cik tunang to encik tunang
  • sirih junjung
  • kek (secret recipes)
  • coklat
  • buah
  • songkok dan kain pasang (buat baju melayu)
  • kasut
  • sampin songket

totally digubah sendiri oleh my mom and i:)

from encik tunang to cik tunang
  • sirih junjung
  • kek
  • buah
  • satu persalinan ( jubah warna turquoise)
  • telekung 
cincin tak termasuk sebagai hantaran (sengaja request so dapat la hantaran lebih satu).. cincin dikira sebagai pemberian ikhlas..


see.. the ring in the golden box.. 



kakak encik tunang yang gubah:)


barang- barang hantaran totally dibeli last minute
^_^

majlis 25/12/2011, so kami shopping 19/12/2011.. memang betul-betul seminggu sebelum majlis.. fyi, selepas majlis merisik kami memang langsung tak jumpa, so memang 19/12/2011 memang pulun sakan shopping.. time tu la nak cari kasut, sampin songket and etc.. hari tu memang sangat pack and the whole week sangat terkejar-kejar.. penat sangat bila kenang balik.. lupa pulak, masa tu pun kami pegi usha pelamin.. agak cuak jugak kalau mahal.. tup-tup memang tak sangka kedai kak ana ada pelamin yang harga 100 je, memang totallay terkejut!! sebab pelamin dia cantik woooo..


cantikkan?? kan aku dah cakap tadi.. picture kat belakang tu masjid nabawi, khas daddy beli masa pegi haji, termasuk sekali dalam gambar.. 
^__^


baby adi pun kena duduk atas pelamin sebab famli buat cukur jambul untuk dia skali
^_^Y

2 hari sebelum majlis aku sebok buat chocolate!! percaya tak aku buat sendiri chocolate hantaran??
yes!! memang betul, aku buat sendiri.. nama dia homemade chocolate kasih terpaut cinta bersemi!! macam penah dengar kan??? chewahhh

*_* 
bangga sampai mata bersinar-sinar (bukan pening tau)

amek masa sekejap je nak buat, chocolate ni memang senang sangat, cuma kena ada acuan je baru segalanya berjalan lancar:)
tapi, rumah aku kan ramai anak saudara yang prihatin nak menyebok buat sama, so terpaksa la aku start buat pukul 12 tengah malam ketika mereka sedang lena diulit mimpi.. so esoknya memang sembab la mata aku..
anyway memang puas hati chocolate itu menjadi seperti yang aku harapkan..

^_____^



cantik kan??
dah tau dah
^_^
cuma takda acuan love, tu yang buat "N"

kalau berminat nak buat tempahan boleh contact aku, harga boleh runding (alamak!! terpromosi diri pulak)
peace yooo!!!


fyi, ini kali pertama encik tunang bawak saya naik kereta.. ya, percayalah:)

maaf, kualiti gambar agak kurang memuaskan..

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...