Wednesday, January 11, 2012

Law Kaana Bainana

Assalamualaikum..


baru- baru ni aku ada menonton sebuah rancangan dokumentari di tv al-hijrah yang bertajuk LAW KAANA BAINANA..Law Kaana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, dalam realiti masyarakat semasa.








Sejujurnya, aku memang menistiskan air mata pabila menonton cerita ini..

cerita ini secara tidak langsung membuatkan aku ingin lebih mengenali rasulullah s.a.w..

akhlak baginda..


sebagai kekasih Allah..


pemimpin..


ayah..


suami..



Sesungguhnya Rasulullah seorang yang seimbang.. bagaimana kita nak mencontohi Rasulullah yang seimbang dunia dan akhirat?



Soalan pengacara memang sangat memberi makna mendalam bagi aku


"SEANDAINYA RASULULLAH MASIH ADA, APA YANG AKAN KAMU KATAKAN PADANYA??"


terasa diri ini begitu kerdil..

siapakah aku di mata Allah..

siapakah aku di mata Rasulullah s.a.w










sesungguhnya..





aku hanya mengharap keredhaan Mu Ya Allah

aku hanya mengharap syafaat mu Ya Habiballah






the lyric:

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.




sumber: you tube

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...