Thursday, August 31, 2017

PRODUK APA UNTUK KURUS? REVIEW: ISAshake dari ISAGENIX

assalamualaikum..

korang pakai produk apa untuk kurus?

berdasarkan pengalaman sis, badan sis masa remaja tak naik pun.. makan la banyak manapun tak naik.. masa sekolah berat 44kg.. mungkin masa remaja metabolisma pun tinggi, lepastu aktif kesana kemari sebab tu berat maintain je..

tapi masa zaman study kat U berat sis naik jadi 48kg.. daripada badan sekeping dapatlah hasilnya perut buncit.. kahkahkah.. maybe lifestyle sebagai student yang makan tak ikut masa.. pagi memang tak breakfast, bangun tido terus siap-siap pegi kelas pukul 8.. so bila dalam kelas memang berkeroncong lah perut ni.. masa rehat pukul 10 pagi pulak sis terus lunch kaw-kaw sebab lapar yang amat.. even hari yang takda kelas pagi pun sis akan skip breakfast, sbb tido lepas subuh tu lebih syokk.. lepastu campur pulak habit makan lewat malam.. student kan selalu tido lambat siapkan assingment, group project.. belum campur lagi stay up tengok movie, layan drama korea kan.. konfem la akan masak megi, takpun cicah biskut jacob dengan milo 3in1.. itu cerita zaman duduk hostel.. masa duduk rumah sewa pulak, lagi la heaven sebab ada dapur, kaw-kaw jugak la masak.. sis belajar potong basuh ayam masa duduk rumah sewa.. masak sardin, masak process food macam sosej tu memang menu utama.. housemate pulak ada kereta, jadinya keluar makan fast food pun memang kerap..
pendek kata, istilah diet memang tak wujud dalam hidup sis ketika zaman U..

bila dah kerja ni pulak, lagilah susah nak jaga badan.. sampai ofis je mesti breakfas   tgh breakfast boleh pulak bincang nak lunch kat mana.. melampaukan.. memang sis takda skip makan.. asal dapat gaji pulak mesti keluar pegi makan sedap-sedap.. kerja pulak banyak duduk je memang berat semakin naik.. seingat sis masa sis kawin berat sis dalam 52kg..

bila dh kawin, mengandung pulak sampai berat 76kg.. memang tembam, gemuk semua ada..

so, memang lifestyle kita sangat mempengaruhi penambahan berat badan kita..

bila keinsafan tu datang barulah kita mencari diet or produk apa yang sesuai.. produk kurus memang banyak dan macam-macam pilihan..

tapi, sis cuba isashake dari isagenix

korang mesti pernah dengar tentang herbalife kan?

isagenix ni sama macam herbalife konsep dia.. cuma yang bezanya herbalife tu berasaskan soya, isagenix ni pulak berasaskan susu lembu.. brand isagenix ni ada banyak la produk.. tapi yang sis makan hanya isashake n isaclean..


cara makan isahake adalah dengan menggantikan 2 meal utama dengan isashake.. 

so instead of makan nasi lemak, mee goreng untuk breakfast sis gantikan dengan isashake.. instead of dinner dengan nasi malam-malam sis gantikan dengan isashake.. lebih bernutrisi bak kata coach!


isashake ada 3 perisa iaitu coklat, vanila dan strawberi.. 

1 pax ni tahan untuk 2 minggu..

campur 2 scoop isashake ke dalam air.. kemudian bolehlah shake-shake..

shake-shake you all.. 


review sis: kesemua perisa isashake sis dah rasa tapi perisa yang sis paling suka ialah coklat.. sis paling suka bancuh isashake ni dengan air sejuk, letak ais banyak-banyak pastu shake lama-lama.. rasa macam minum aisblended coklat.. sis menggantikan breakfast dan dinner sis dengan isashake.. lunch sis makan macam biasa..

hari pertama sis agak struggle.. lepas minum isashake, rasa macam tak puas.. sebab kita dah biasa makan nasi lemak, nasi kerabu, roti canai tiba-tiba hanya shake-shake.. mana puas.. kalau penggemar minuman manis konfem mula-mula minum rasa isashake ni tak sedap.. pastu pukul 9 pagi rasa macam kelaparan yang amat, macam kebuluran je.. sis jadi tak sabar nak tunggu pukul 12 nak lunch.. 2 minggu jugak sis struggle.. sis bawak bekal epal hijau sebagai snack.. dalam tempoh 2 minggu tersebut mental memang kena kuat!  

tapi lama-lama badan sis jadi terbiasa.. sis konsisten dengan isagenix selama 3 bulan.. alhamdulillah result selepas timbang dengan coach, % lemak bawah kulit dan lemak pada organ turun.. umur metabolisma pun dah sebaya dengan umur sebenar.. 

sekarang ni sis fasa untuk maintainkan sahaja.. kadang-kadang je sis shake.. kalau kelas pukul 8 tak sempat nak breakfast sis shake lah.. so far sia rasa ok, serasi dengan shake isashake ni.. takda dah rasa craving or kebuluran bila sis shake-shake.. so memang sis ada spare isashake dalam drawer office..

p/s: sis tak jual isashake isagenix.. sis hanya share pengalaman sis sahaja 

Wednesday, August 30, 2017

review: jamu kencur 10 herba dari JAMU DESA BONDA

assalamualaikum.. 

anda meragui kaedah penghasilan jamu yang dikeluarkan dari kilang?

anda was-was terhadap bahan-bahan yang terdapat di dalam jamu?

anda tidak yakin dengan keberkesanan jamu anda?

jangan cuba jamu kencur 10 herba kalau anda tak nak wow di mata suami


haha.. okey tak ayat promo sis tu??

takdalah, sis bukan nak promo pun.. sis cuma share je apa yang sis makan.. jamu kencur 10 herba ini merupakan 100% produk homemade keluaran muslim.. jamu ini dihasilkan oleh puan airiz faudzan.. ini facebook beliau



macam mana sis kenal produk beliau?

okey, officemate sis merangkap kawan sekampung puan airiz faudzan adalah insan pertama yang memperkenalkan jamu ini kepada sis..

sis pun godek-godek fb puan airiz faudzan, memang ternyata beliau buat sendiri jamu beliau.. beliau sharekan resepi dan video bagaimana jamu beliau dihasilkan.. bukan sahaja jamu, malahan banyak lagi produk yang beliau hasilkan seperti mandian herba, teh detox.. 

so sis pun mencuba jamu kencur 10 herba ini..
antara khasiat jamu ini adalah:


sis masih lagi makan, botol pertama pun tak habis lagi.. yang sis paling aim adalah menghilangkan bengkak pada lingkaran mata..

review sis: ini merupakan jamu yang pertama sis makan.. sebelum ni memang tak berani nak cuba jamu sebab orang cakap jamu ni panas.. tapi since sis dah umur 30 tahun ni, ini cobaan pertama sis..
hari pertama sis telan 2 biji kapsul selepas lunch.. kesan yang ketara adalah bila balik kerja sis tak penat.. walaupn dah pukul 11 malam, mata masih tak mengantuk.. badan masih bertenaga.. kalau tidak sebelum ni pukul 8 dah mengantuk, kadang-kadang tertido atas sejadah masa tunggu isyak.. lagi satu kesan yang dapat sis rasakan adalah sis asyik nak terkentut-kentut.. lega je rasa perut ni.. owh, sis tak rasa panas pun bila makan jamu ni, selesa je badan..

so kalau adik gojess nak try makan jamu ni, bolehlah terjah fb puan airiz fauzan sebab sis tak jual tau.. sis review jujur je..



bye!

Tuesday, August 29, 2017

KORANG PAKAI APA UNTUK CANTIK?? review jujur : Mary Kay

Assalamualaikum..

hai ladies.. dah nak raya haji.. macam mana preparation adik- adik gojes semua??
sis macam biasa je raya ala kadar sahaja..

korang, korang pakai apa untuk kulit cantik eh??


sis dah try macam-macam dah.. tapi sekarang ni sis dah terjatuh cinta..

sedang dilamun cinta dengan Marykay (MK) timewise set

alkisah bagaimana cinta ini berputik dikala cleanser Nutox sis dah nak habis.. sis pun tanpa segan silu approach kawan sebelah meja office sis yang merupakan seorang beauty consultant MK..

jadi selepas dinasihat oleh beliau dan mengambil kira budget sis, sis pun membeli cleanser dan night solution dari rangkaian set timewise MK..

firstly bila sis balik rumah sis cuba cleanser dulu.. cleanser ni ada biji-biji halus yang berfungsi sebagai skrub.. bila campur cleanser ni dengan air dia memang tak berbuih.. rasa macam tak puas cuci muka sebab tak berbuih.. tapi kesan lepas cuci muka, muka terasa lembut je.. wahhh!!

lepas tu sebelum tidur sis akan sapu night solution.. night solution ni berfungsi macam night cream.. sapulah area muka dan leher.. bila sapu night solution ke wajah ia dengan pantas menyerap ke dalam kulit.. langsung tak rasa berminyak.. selesa sangat bila tidur..

sis pakai konsisten selama 2 minggu, ternyata kesannya tidak menghampakan.. kulit sis lebih lembut dari sebelum itu.. whaoo.. terkagum sis!

sis terus jatuh cinta kaw-kaw u oll..

dan bermula dari saat itu, sis menambahkan lagi produk-produk MK untuk penjagaan kulit muka sis..

totally in love!!

next time sis review lagi produk-produk MK yang lain


p/s: sis tak jual MK.. saat ini, sis hanyalah pengguna MK yang setia selama 4 bulan dah..


Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...