Thursday, August 31, 2017

PRODUK APA UNTUK KURUS? REVIEW: ISAshake dari ISAGENIX

assalamualaikum..

korang pakai produk apa untuk kurus?

berdasarkan pengalaman sis, badan sis masa remaja tak naik pun.. makan la banyak manapun tak naik.. masa sekolah berat 44kg.. mungkin masa remaja metabolisma pun tinggi, lepastu aktif kesana kemari sebab tu berat maintain je..

tapi masa zaman study kat U berat sis naik jadi 48kg.. daripada badan sekeping dapatlah hasilnya perut buncit.. kahkahkah.. maybe lifestyle sebagai student yang makan tak ikut masa.. pagi memang tak breakfast, bangun tido terus siap-siap pegi kelas pukul 8.. so bila dalam kelas memang berkeroncong lah perut ni.. masa rehat pukul 10 pagi pulak sis terus lunch kaw-kaw sebab lapar yang amat.. even hari yang takda kelas pagi pun sis akan skip breakfast, sbb tido lepas subuh tu lebih syokk.. lepastu campur pulak habit makan lewat malam.. student kan selalu tido lambat siapkan assingment, group project.. belum campur lagi stay up tengok movie, layan drama korea kan.. konfem la akan masak megi, takpun cicah biskut jacob dengan milo 3in1.. itu cerita zaman duduk hostel.. masa duduk rumah sewa pulak, lagi la heaven sebab ada dapur, kaw-kaw jugak la masak.. sis belajar potong basuh ayam masa duduk rumah sewa.. masak sardin, masak process food macam sosej tu memang menu utama.. housemate pulak ada kereta, jadinya keluar makan fast food pun memang kerap..
pendek kata, istilah diet memang tak wujud dalam hidup sis ketika zaman U..

bila dah kerja ni pulak, lagilah susah nak jaga badan.. sampai ofis je mesti breakfas   tgh breakfast boleh pulak bincang nak lunch kat mana.. melampaukan.. memang sis takda skip makan.. asal dapat gaji pulak mesti keluar pegi makan sedap-sedap.. kerja pulak banyak duduk je memang berat semakin naik.. seingat sis masa sis kawin berat sis dalam 52kg..

bila dh kawin, mengandung pulak sampai berat 76kg.. memang tembam, gemuk semua ada..

so, memang lifestyle kita sangat mempengaruhi penambahan berat badan kita..

bila keinsafan tu datang barulah kita mencari diet or produk apa yang sesuai.. produk kurus memang banyak dan macam-macam pilihan..

tapi, sis cuba isashake dari isagenix

korang mesti pernah dengar tentang herbalife kan?

isagenix ni sama macam herbalife konsep dia.. cuma yang bezanya herbalife tu berasaskan soya, isagenix ni pulak berasaskan susu lembu.. brand isagenix ni ada banyak la produk.. tapi yang sis makan hanya isashake n isaclean..


cara makan isahake adalah dengan menggantikan 2 meal utama dengan isashake.. 

so instead of makan nasi lemak, mee goreng untuk breakfast sis gantikan dengan isashake.. instead of dinner dengan nasi malam-malam sis gantikan dengan isashake.. lebih bernutrisi bak kata coach!


isashake ada 3 perisa iaitu coklat, vanila dan strawberi.. 

1 pax ni tahan untuk 2 minggu..

campur 2 scoop isashake ke dalam air.. kemudian bolehlah shake-shake..

shake-shake you all.. 


review sis: kesemua perisa isashake sis dah rasa tapi perisa yang sis paling suka ialah coklat.. sis paling suka bancuh isashake ni dengan air sejuk, letak ais banyak-banyak pastu shake lama-lama.. rasa macam minum aisblended coklat.. sis menggantikan breakfast dan dinner sis dengan isashake.. lunch sis makan macam biasa..

hari pertama sis agak struggle.. lepas minum isashake, rasa macam tak puas.. sebab kita dah biasa makan nasi lemak, nasi kerabu, roti canai tiba-tiba hanya shake-shake.. mana puas.. kalau penggemar minuman manis konfem mula-mula minum rasa isashake ni tak sedap.. pastu pukul 9 pagi rasa macam kelaparan yang amat, macam kebuluran je.. sis jadi tak sabar nak tunggu pukul 12 nak lunch.. 2 minggu jugak sis struggle.. sis bawak bekal epal hijau sebagai snack.. dalam tempoh 2 minggu tersebut mental memang kena kuat!  

tapi lama-lama badan sis jadi terbiasa.. sis konsisten dengan isagenix selama 3 bulan.. alhamdulillah result selepas timbang dengan coach, % lemak bawah kulit dan lemak pada organ turun.. umur metabolisma pun dah sebaya dengan umur sebenar.. 

sekarang ni sis fasa untuk maintainkan sahaja.. kadang-kadang je sis shake.. kalau kelas pukul 8 tak sempat nak breakfast sis shake lah.. so far sia rasa ok, serasi dengan shake isashake ni.. takda dah rasa craving or kebuluran bila sis shake-shake.. so memang sis ada spare isashake dalam drawer office..

p/s: sis tak jual isashake isagenix.. sis hanya share pengalaman sis sahaja 

1 comment:

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...