Tuesday, August 29, 2017

KORANG PAKAI APA UNTUK CANTIK?? review jujur : Mary Kay

Assalamualaikum..

hai ladies.. dah nak raya haji.. macam mana preparation adik- adik gojes semua??
sis macam biasa je raya ala kadar sahaja..

korang, korang pakai apa untuk kulit cantik eh??


sis dah try macam-macam dah.. tapi sekarang ni sis dah terjatuh cinta..

sedang dilamun cinta dengan Marykay (MK) timewise set

alkisah bagaimana cinta ini berputik dikala cleanser Nutox sis dah nak habis.. sis pun tanpa segan silu approach kawan sebelah meja office sis yang merupakan seorang beauty consultant MK..

jadi selepas dinasihat oleh beliau dan mengambil kira budget sis, sis pun membeli cleanser dan night solution dari rangkaian set timewise MK..

firstly bila sis balik rumah sis cuba cleanser dulu.. cleanser ni ada biji-biji halus yang berfungsi sebagai skrub.. bila campur cleanser ni dengan air dia memang tak berbuih.. rasa macam tak puas cuci muka sebab tak berbuih.. tapi kesan lepas cuci muka, muka terasa lembut je.. wahhh!!

lepas tu sebelum tidur sis akan sapu night solution.. night solution ni berfungsi macam night cream.. sapulah area muka dan leher.. bila sapu night solution ke wajah ia dengan pantas menyerap ke dalam kulit.. langsung tak rasa berminyak.. selesa sangat bila tidur..

sis pakai konsisten selama 2 minggu, ternyata kesannya tidak menghampakan.. kulit sis lebih lembut dari sebelum itu.. whaoo.. terkagum sis!

sis terus jatuh cinta kaw-kaw u oll..

dan bermula dari saat itu, sis menambahkan lagi produk-produk MK untuk penjagaan kulit muka sis..

totally in love!!

next time sis review lagi produk-produk MK yang lain


p/s: sis tak jual MK.. saat ini, sis hanyalah pengguna MK yang setia selama 4 bulan dah..


No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...