Monday, March 30, 2015

Mampukah isteri solehah bila suami curang?


Assalamualaikum


Title 'SOLEHAH' bagi seorang isteri memerlukan proses mujahadah, bermula dari akad nikah hinggalah terlerainya ikatan itu sama ada melalui perceraian hidup, ataupun mati.



Apabila suami curang, itu juga 'guideline' buat si isteri untuk muhasabah diri, 'solehah kah aku?' maka.. Di saat ini, isteri hendaklah bertenang dengan penuh sabar. Hentikan prasangka buruk terhadap suami, carilah kelemahan-kelemahan diri untuk diperbaiki. Simpan cerita cerai atau poligami, selongkar kisah-kisah isteri solehah, mencari ilmu bagaimana menawan hati suami dari setiap sudut. Lupakan 'si dia' sebaiknya, kukuhkan kedudukan anda yang mulia sebagai seorang isteri.


Hindari diri dari mengungkit, hindari memandang pengorbanan suami 'hanya kecil'


seorang suami hanya memerlukan isteri. Isteri dengan kedudukannya sebagai isteri. Apabila si isteri merasa gajinya lebih besar, dan pengorbanan suami sangat kecil, tentulah suami berasa tidak dihargai, dan bersedia menceraikan untuk berkahwin lain.


Suami yang sedang mabuk kepayang, tak perlulah isteri melayang-layang. Suami dalam fantasi, sedang terlupa keindahan saat indah bersama anda di awal perhubungan, maka ingatkan suami semula yang anda tetap isteri solehah yang hebat!  

Pandanglah suami dengan pandangan ikhlas sebagai seorang isteri. Lupakan pengorbanan anda sebentar. Selongkar pula pengorbanan suami, kebaikan suami, cari semula kelebihan suami yang kian hilang di hati anda. Ingatlah, masih ramai wanita yang memerlukan suami. Masih ramai janda, balu yang kisah mereka lebih perit dari anda. Masih ramai andartu yang belum berkhawin.

isteri perlulah cukup kuat untuk ujian ini, kerana tanpa sedar suami juga sedang diuji dengan bebanan perasaan cinta mabuk kepayang. 



Mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar. 



p/s: nota dari forum halaqah.net

Wednesday, March 11, 2015

Car seat pilihan

Assalamualaikum..

since akmal baby i memang tak pernah ajar akmal duduk dalam car seat.
maybe sebab i sangat jarang (boleh bilang) berapa kali je i keluar berdua dengan akmal. 
most all of the time bila i keluar adik i or mak i akan ikut and riba akmal.

kalau i keluar berdua dengan akmal pun biasanya bila nak ambil or hantar papa dia ke terminal bus. akmal akan duduk atas riba i breastfeed.
bila dia breastfeed dia akan baring elok je, and i drive guna sebelah tangan. lagi satu tangan pangku kepala akmal.

actually i ada beli carseat since akmal newborn, SCR7. tapi sebab i tak didik dia dari awal bila i letak dia dalam tu dia akan menangis, tak selesa and i akan berhenti tepi jalan, ambil dia letak atas riba i. so since itulah akmal lagi prefer duduk atas riba i. in case dia dah kenyang, dia akan start la tukar posisi dari baring dia duduk and pegang stereng.

i pun terfikir sampai bila akmal nak duduk atas riba i sebab konfem and totally sangat bahaya. pernah dia tiba-tiba pulas stereng tau, nasib baik tangan i cepat untuk paut stereng tu semula.

so i decide nak beli car seat yang besar yang boleh pakai sampai at least umur akmal 4 tahun.
kerja i memang banyak kena travel and kadang-kadang bila ada weekend yang asben i tak boleh balik sebab kerja, we decide i yang kena travel dari kuantan ke KL supaya akmal dapat jumpa papa dia.

sebab i dah fail dengan SCR 7, akmal pun dah besar and tak muat dah duduk dalam tu, so i buat research. brand2 car seat, harga and ciri-ciri spesel
so memang banyak dekat pasaran macam-macam brand car seat. yang harga ribu riban pun ada.

tapi bagi i asalkan car seat tu praktikal, i ok je.

so i punya target car seat below rm400. sebab ini percubaan kedua untuk akmal

lagi satu i nak car seat yang boleh recline (baring)

hasil research and window shoping i:


firstly i pergi kedai Anakku taman tas
tiada yang sesuai untuk akmal, banyak jual carseat newborn je


then, i pergi ke fabulous mom kuantan. ada dua yang i dah aim masa buka website dia

1.  Koopers

harga 319 (offer) tapi bila i tengok dengan real eyes koopers ni boleh recline tahap sandar je.

2. litte bean


harga rm 289 (offer). boleh 4 adjustable recline positions 

bagi i memang nak beli sangat dah yang ni sebab memenuhi ciri-ciri yang i nak

unfortunately  kedai fabulous mom tak ada stok, if still nak kena beli online. tapi i nak pakai urgent sebab esoknya i ada meeting di Kuala Terengganu. so dari fabulous mom i pergi manjaku. fyi, dekat kuantan memang tak banyak kedai yang jual barang baby.

so masa dekat manjaku ada 2 jenis brand sweet cherry yang i berkenan. harga sama rm299 and boleh 3 adjustable recline positions. 




i sangat berkenan dengan yang oren tu tapi sebab saiz dia kecik siket dari yang biru, so i end up beli yang patern warna biru tu

tapi i beli warna merah.. nampak smart

so keluar dari manjaku i terus pasang pada kereta and letak akmal. macam biasa dia tak nak duduk. so i umpan dia dengan handset i so dia betahan la dalam sepuluh minit senyap layan lagu kartun sampai habis.

one thing i belajar dari online research i, ibu-ibu kene buat pekak bila anak menangis tak nak duduk dalam car seat. so anak tu akan tau yang ibu dia tak kan layan nangis dia, and lama-lama dia akan behave dalam car seat. teori ni sedang diaplikasi, hopefully i berjaya

i belanja satu gambar akmal dalam car seat. 




first time travel to KT, parents i tak ada so i angkut anak buah i 3 orang teman i travel dengan akmal. i tak pkaikan akmal seatbelt/harness sebab akmal meraung tak nak, i pasang kid song kat tablet, dia layan last-last tertidur.
 i berjaya drive 1 jam dengan smooth. then akmal bangun dia terus tak nak duduk dalam tu. dia duduk belakang main dengan sepupu dia.

hopefully our second travel this weekend to KL berjaya sepenuhnya. aminn



KAD KREDIT

Assalamualaikum..

actually i sangat fall in love dengan cerita "confession of shopaholic".
cerita ni dah lama dah, zaman i study dulu. zaman tgk wayang dgn kawan-kawan satu U dulu.
cerita tentang Becky yang dibelenggu masalah hutang kad kredit (CC) almost 16k USD. how Becky survive and find love.



so masa watch the movie tu i memang dah set dalam kepala i tak nak NEVER! pakai kad kredit.

tak pernah terfikir but i end up with ONE since i got job

My CC always be my friend but most all the time be my huge enemy.

banyak jugak CC ni selamat kan i, for example:

1. awal-awal kawin, financial problem ada sebab masa tu i belum mampu bajet belanja, my asben and i PJJ so we oll banyak pakai duit. nak set up rumah, beli keperluan dapur macam peti ais dah seribu lebih kan. masa tu terfikir untungnya lah kalau ada org bagi wedding gift macam peti ais. T.T

we oll kawin masa tu umur baru 25, i baru kerja tak sampai setahun, saving pun tak banyak memang habis buat kawin je, so CC memang banyak membantu i

2. my asben warded at KPJ. masa tu medical card asben i ada problem. so dengan CC la i settle the bill. almost 4k the bill!

3. i beli laptop. masa tu i takda cash, i beli laptop for my asben as our 1st anniversary gift

4. car breakdown. kena tukar gearbox, lepas tu overhaul. memang banyak duit habis repair kereta sampai terpaksa guna CC.


CC i punya limit tak banyak cuma 4 k je. 
so for almost three years dengan penggunaan yang sangat maksimum and sesuka hati ni, i masih berjaya survive and settle credit card  bill.

setiap kali settle bayar bil i mesti akan berjanji dengan diri i yang i tak kan guna dah CC ni. konon nak sorok bawah tilam la. tapi i jugak yang mungkir janji i. i selalu buat CC ni macam back up i bila i ada financial problem.

but this time i memang dah berazam tak kan guna dah CC! 
CC tu pun i dah musnahkan, sangat heaven bila i ambil puncher i tebuk dekat cip dia. happy sangat! i already wrote letter for termination. tinggal nak summit je!



ok, dulu i buat CC sebagai backup financial problem i kan. but now i change my strategies.

how?

1. since last year i ada hobi suka simpan duit 50 sen. setiap kali i berbelanja kalau i dapat 50sen seketul i akan simpan. mula-mula tu biasa je. tapi sekarang i jadi obses dengan 50 sen.
dulu zaman study simpan 50sen sebab nak guna kat mesin laundry. tapi sekarang i memang ada tabung khas untuk simpan 50sen i. and i akan rasa puas bila tengok tabung tu nak penuh and berat. macam membakar sangat semangat i untuk menabung. i dah ada dua tabung tau.

2. i create emergency account. yang ni my asben yang suggest! we start at 2k and slowly tambah siket- siket dari balance gaji

3. saving?? actually almost 2 years i potong gaji i untuk tabung haji. so i memang tak simpan lain selain dari tabung haji



so kesimpulannya mari kita berusaha untuk capai financial freedom

orang yang dibelenggu hutang:

” Hina di Siang Hari, Gelisah di Malam Hari “







Tuesday, March 3, 2015

Review- RESTORAN INSAF BARU

Assalamualaikum..

actually entry ini bukan untuk memburukkan atau menjatuhkan pernigaan sesiapa

entry ini adalah bertujuan untuk menzahirkan ketidakpuasan hati penulis terhadap harga makanan yang melampau


kejadian berlaku dalam pukul sebelas lebih pagi. masa ni penulis berkira-kira sama ada nak makan a&w or nasi. then my asben decide jom makan nasi. kenyang lama siket and boleh jalan lama-lama. restoran ni adalah antara kedai yang terhampir dengan sogo

first masuk, restoran ni bersih. we oll decide makan nasi putih, asben pilih lauk kambing and sepiring sayur bendi goreng, i lauk ayam goreng. 

air we oll order laici ais and limau ais. nasi putih sampai bersama sekeping papadom besar.

so we oll pun makan la.. sebab lapar, i rasa sedap je.. i main la teka-teka harga dgn asben, we all target harga dalam rm 30 something sbb dah expect lauk kambing mahal

then masa nak bayar i terkejut sangat, nasib baik tak jatuh jaw i okeh.. rm 55..
so bayar jela

keluar kedai, terus kami belek2 resit tu

kambing rm 25- okeh boleh terima

pastu 

mak aiii

sepinggan nasi putih rm 3

limau ais and laici total rm 8

ayam goreng rm 10

memang terkejut la

harga minyak naik bukannya sampai lima ringgit okeh!!

tau la dekat resit tu tulis high class muslim food.. 

tapi still kedai mamak je pun

agak-agak la harga kan

so far  ni

first time i makan kedai mamak yang harga tak henggat!

sebelum makan kat restoran insaf baru ni, i makan kat mamak jugak area rumah asben

mi goreng basah
kuetiaw sup
limau ais
fresh oren

baru rm 16.70

harga relaven bagi 2 perut :)

tapiiii

restoran insaf baru ni.. memang we oll insaf and bertaubat tak makan situ dah T.T

LOL



Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...