Monday, March 30, 2015

Mampukah isteri solehah bila suami curang?


Assalamualaikum


Title 'SOLEHAH' bagi seorang isteri memerlukan proses mujahadah, bermula dari akad nikah hinggalah terlerainya ikatan itu sama ada melalui perceraian hidup, ataupun mati.



Apabila suami curang, itu juga 'guideline' buat si isteri untuk muhasabah diri, 'solehah kah aku?' maka.. Di saat ini, isteri hendaklah bertenang dengan penuh sabar. Hentikan prasangka buruk terhadap suami, carilah kelemahan-kelemahan diri untuk diperbaiki. Simpan cerita cerai atau poligami, selongkar kisah-kisah isteri solehah, mencari ilmu bagaimana menawan hati suami dari setiap sudut. Lupakan 'si dia' sebaiknya, kukuhkan kedudukan anda yang mulia sebagai seorang isteri.


Hindari diri dari mengungkit, hindari memandang pengorbanan suami 'hanya kecil'


seorang suami hanya memerlukan isteri. Isteri dengan kedudukannya sebagai isteri. Apabila si isteri merasa gajinya lebih besar, dan pengorbanan suami sangat kecil, tentulah suami berasa tidak dihargai, dan bersedia menceraikan untuk berkahwin lain.


Suami yang sedang mabuk kepayang, tak perlulah isteri melayang-layang. Suami dalam fantasi, sedang terlupa keindahan saat indah bersama anda di awal perhubungan, maka ingatkan suami semula yang anda tetap isteri solehah yang hebat!  

Pandanglah suami dengan pandangan ikhlas sebagai seorang isteri. Lupakan pengorbanan anda sebentar. Selongkar pula pengorbanan suami, kebaikan suami, cari semula kelebihan suami yang kian hilang di hati anda. Ingatlah, masih ramai wanita yang memerlukan suami. Masih ramai janda, balu yang kisah mereka lebih perit dari anda. Masih ramai andartu yang belum berkhawin.

isteri perlulah cukup kuat untuk ujian ini, kerana tanpa sedar suami juga sedang diuji dengan bebanan perasaan cinta mabuk kepayang. 



Mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar. 



p/s: nota dari forum halaqah.net

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...