Tuesday, April 10, 2012

my friend solemnization

assalamualaikum..

hari ini sangat rajin penulis mengupdate blog kesayangan:)



ahaiiiii..

kawin jugak kawan den,

ingatkan den kawin dulu dari dia..

^________^



nway, pelamin sangat cantik!!


pengantin baru dan penulis

congrat dear!!!

*mood: penulis nak kawin jugakk... 

maafkan saya (tiru gaya nabil).. hahaha..

Friday, March 9, 2012

MAHU BEGINI



sweetnye.. saya nak macam ni.. nak macam ni!!!
tak kira ok!!

terover sudah:)

tapi nak pakai tudung betul-betul la.. baju tak nak fit-fit.. aurat tau.. 
bukan macam nenek tu..
ish-ish!!

atuk sangat hemsem.. agak-agak muka encik tunang macam mana tua nanti ya.. hik-hik

Q: kenapa macam ni?? 
A: mood cintan cintun

Q: gatal nak kawin latu
A: maafkan kami ^____^

Monday, March 5, 2012

Pengantin perempuan



Pengantin perempuan mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat. 
Hari pertama kahwin si suami sudah menjadi suami yang DAYUS. 

Sayangnya siapa peduli semua itu. 
Yang dipedulikan ialah memastikan kedua pengantin baru itu kelihatan cantik...





>>> Jalan menuju kebahagiaan terbentang di hadapan anda. dapatkanlah ia dalam lautan ilmu, amal soleh dan akhlak yang mulia. bersikap objektiflah dalam setiap hal, nescaya anda akan bahagia (✿◠‿◠)




copy paste sahaja:)

Friday, March 2, 2012

Kura oh kura :)

Assalamualaikum..

kura-kura oh kura,
badan kecik,
jalan lambat,

kura oh kura..

dulu pernah terbaca dalam satu blog gossip shah jazle or shahrizal memanggil his beloved girl friend as "my tortoise".. cute kan??

up to date jugak saya dengan stories artis malaysia.. lalala

ok back to my story, this year i tersangat rajin join kursus students, i mean became a fasilitator..
mesti you all kagum kan?

yup!! event studens at cherating (i also terjah kemaman)..
despite so many bad stories which is i not intend to tell you guys,
there is the most cutest thing ever!!

see:



the most adorable turtle.. bought at kemaman.. pinkish and bluebee (the i name gave to both of them)
One for my encik tunang and one for me..

my encik tunang took the pinkish.. give a good care for her ok!!
while i took the bluebee
(hahah.. blue+bee = bluebee)
             biru+lebah =penyu biru ???

sedarlah miss eny, combination yang sangat teruk... ada saya kesah???

aksi mereka



detik pertemuan..



gatalnya


melayan la pulokk


tajuk kura-kura tapi beli penyu.. apakah???
sebenarnya bentuknya adalah kura-kura tapi saya yang nak sangat cakap dia penyu.. kan beli kt kemaman.. terengganu tu.. mestila penyu

Thursday, February 23, 2012

Professional photographer

Assalamualiakum..

lamanya saya tak update blog kan??

aah!!

sendiri tanya sendiri jawab.. lalala

previously, gambar tunang dulu agak tidak memuaskan sebab kami memang takda upah photographer, so akibatnya memang mata tak dapat fokus pada camera, and background jd ntah pape.. lalalala..
so, for wedding kami plan nak hire a professional photographer agar dapat memomenkan saat bahagia kami.. chewahhhh!!!

actually, semalam saya baru sahaja berunding, tanya- tanya harga untuk gambar kawin of da year saya!!..

^_^

so semalam tanya kawan ofis merangkap lecturer fotografi yang merupakan photographer yang berpengalaman tujuh lapan tahun mengenai isu gambar kawin saya yang amat penting ni.. (macam masalah negara pulak.. hehehe)

Atas sebab kawan, so dapat la harga kawan-kawan.. RM1750 

detail, merangkumi:

  •  dua majlis which is majlis akad nikah and bersanding di rumah saya and majlis menyambut menantu di rumah encik tunang..
  • two custom album
  • outdoor photoshoot
so bila discuss dengan my encik tunang, dia cakap membazir.. lagipun kawan encik tunang boleh offer seribu, which is saya sangat curios dengan air tangan kawan encik tunang ni..

tapi..

for me harga tu dah ok, memandangkan hasil kerja my ofismate ni memang ok..

boleh terjah cni nak tgk hasil dia..

               Q Picture

anyway, still dalam perbincangan dengan encik tunang.. 

Friday, February 17, 2012

cobaan

today, 17th February 2012, so many things happened..
memang xda mud nak explain..
bye!!!

Wednesday, February 8, 2012

bila kantoii...

so??

what do you think bila you all kantoi dengan bos???

actually bos dah cukup baik terima alasan yang kita bagi..

tapi bila kepercayaan yang diberi di sia-sia kan.... what to doooooo
sila jangan tido ok!!

macam ni, you all dah bagi alasan yang you all rase munasabah pada bos 
contohnya

servis kereta
nak pegi bank
jumpa pemaju rumah
hantar anak
and etc

( tapi hakikatnya bos tau yang you all auta)  

tapi bos still approve.. sebab apa??

dulu bos pernah jadi orang bawah jugak, penah jugak auta bagi macam-macam alasan nak bila nak keluar opis.. ok-ok.. dimaafkan

you all faham tak pe yang saya tulis ni??

so bila dh dapat permission keluar, jangan la keluar buat muka selumber depan bos.. tengok la kiri kanan ok.. saya bukan ajar you all cover line ok.. tapi tupp-tup bos ternampak you all galas beg besar.. so? pe kehalnyeee.. you all jugak yang kantoii.. tersepit

so bila bos tanya pe you all nak jawab??

tak kan nak cover benda terang lagi bersuluh kan??

terkial-kial la cari alasan logik..

pada yang tak pandai menipu tu memang jujur la.. saya tabik spring okkkk..

tapi pada yang terbesurubahat mcmna pulak??

kesnya memang dia tau kawan dia dah kantoi and terpaksa mengcover kawan dia.. kes macamna pulak tu..

nak jaga kawan atau nak jujur pada bos???

moral of the story?? 

saya pun still blur

bila saya merepek, saya tak harap anda semua faham ok..

Tuesday, February 7, 2012

kursus kawin

assalamualaikum..

you all dah pegi ke kursus kawin??

saya baru je booking kursus.. tolong jangan cakap pape.. saya tau memang saya terslow sikit bab -bab nak buat wedding preparation ni.. 

for your information, last kenduri kat rumah saya pun 3taun yang lalu.. tu pun kenduri abang jang, abg ma tak payah cakap la, kenduri dia 15 tahun yang lalu kot.. T.T

so, sebagai anak perempuan pertama yang nak buat kenduri kawin ni, saya memang totally neves.. nak mintak guide dari kakak ipars memang la segan.. nak mintak pendapat kawans, masing-masing bizi dengan diorang punye wedding prep and life.. tapi bagus jugak, nanti boleh la g usha-usha kat wedding friends kan.. kot-kot dapat cilox idea-idea bernas.. muahahahahaha.. sila ketawa jahat ok!!

tapi sangat bersyukur yang dady nak sponser, so duit hantaran milik saya sorang la.. yip-yip horey.. terover sudah.. kehkehkeh ^.^Y

rasanya macam dh terkeluar topik pulak kn.. 

berbalik kepada cerita kursus kawin ni, kursusnya end of feb ni, 25 and 26 feb :)
pegi dengan encik tunang tersayang and one of my friend.. nasib baik bawak kawan, nanti takda la boring and segan sangat.. yeayea!!


Thursday, February 2, 2012

our annivasary



Alhamdulillah:) 
berkat dari izin illahi, kesabaran dan kekuatan, kami masih bersama sampai sekarang..
hopefully, peace and happiness will always be with us.. amin

encik tunang, thanks for still be with me and accepting who i am..
you are the best fiance ever!!! 



wahhh.. jiwangnyee aku.. 
xpela kan, korg ada??? hehehe

Saturday, January 14, 2012

C.I.N.T.A

tengah-tengah kemas desktop terjumpa ayat ni.. sumber undefined ^.^Y



Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.

Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.
Cintai si dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah ❤❤



"selamat bercinta ^.^"





Dr. Muhaya cakap, ada 2 pencuri dalam hidup kita

kerisauan masa depan

penyesalan masa lalu



yang penting beri dan buat yang terbaik!!!


saya pesan pada diri sendiri :)

Friday, January 13, 2012

rezeki dari Allah

Assalamualaikum

alhamdulillah.. sangat bersyukur hari ini.. 
mudah-mudahan dipermudahkan oleh Nya..



teringat kata ustazah di ikim.fm petang semalam..

sebenarnya manusia sangat sombong..
tidak pernah nak meminta dari ALLAH..

bila rezeki tak cukup salahkan orang lain..
salahkan ALLAH..

tapi sebenar jiwa itu bakhil untuk berdoa pada ALLAH



kucing pun pandai:)








shared, i just love this pic:)




self reminder: nak survey bahan-bahan buat chocolate:)

Wednesday, January 11, 2012

Law Kaana Bainana

Assalamualaikum..


baru- baru ni aku ada menonton sebuah rancangan dokumentari di tv al-hijrah yang bertajuk LAW KAANA BAINANA..Law Kaana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, dalam realiti masyarakat semasa.








Sejujurnya, aku memang menistiskan air mata pabila menonton cerita ini..

cerita ini secara tidak langsung membuatkan aku ingin lebih mengenali rasulullah s.a.w..

akhlak baginda..


sebagai kekasih Allah..


pemimpin..


ayah..


suami..



Sesungguhnya Rasulullah seorang yang seimbang.. bagaimana kita nak mencontohi Rasulullah yang seimbang dunia dan akhirat?



Soalan pengacara memang sangat memberi makna mendalam bagi aku


"SEANDAINYA RASULULLAH MASIH ADA, APA YANG AKAN KAMU KATAKAN PADANYA??"


terasa diri ini begitu kerdil..

siapakah aku di mata Allah..

siapakah aku di mata Rasulullah s.a.w










sesungguhnya..





aku hanya mengharap keredhaan Mu Ya Allah

aku hanya mengharap syafaat mu Ya Habiballah






the lyric:

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.




sumber: you tube

Wednesday, January 4, 2012

pembuka 2012

wahhhhh.. sangat seronok bila pegi kolej dapat tahu 10 staf mengandung.. tumpang gembira untuk mereka..
Alhamdulillah, bertambah-tambah cucu tuan haji (pengarah baru)..

Tuesday, January 3, 2012

STEP 2: The E-day ( part 2)

assalamualaikum..

sebagaimana yang you all dah tau, majlis pertunangan kami dah selamat berlangsung:)
but, today aku nk cerita sedikit tentang hantaran yang kami bagi.. mula-mula memang niat nak buat 7 lawan 9.. tapi my mom cakap tunang jangan over sangat, nanti membazir.. so kami pun decide buat 5 lawan 7..

from cik tunang to encik tunang
  • sirih junjung
  • kek (secret recipes)
  • coklat
  • buah
  • songkok dan kain pasang (buat baju melayu)
  • kasut
  • sampin songket

totally digubah sendiri oleh my mom and i:)

from encik tunang to cik tunang
  • sirih junjung
  • kek
  • buah
  • satu persalinan ( jubah warna turquoise)
  • telekung 
cincin tak termasuk sebagai hantaran (sengaja request so dapat la hantaran lebih satu).. cincin dikira sebagai pemberian ikhlas..


see.. the ring in the golden box.. 



kakak encik tunang yang gubah:)


barang- barang hantaran totally dibeli last minute
^_^

majlis 25/12/2011, so kami shopping 19/12/2011.. memang betul-betul seminggu sebelum majlis.. fyi, selepas majlis merisik kami memang langsung tak jumpa, so memang 19/12/2011 memang pulun sakan shopping.. time tu la nak cari kasut, sampin songket and etc.. hari tu memang sangat pack and the whole week sangat terkejar-kejar.. penat sangat bila kenang balik.. lupa pulak, masa tu pun kami pegi usha pelamin.. agak cuak jugak kalau mahal.. tup-tup memang tak sangka kedai kak ana ada pelamin yang harga 100 je, memang totallay terkejut!! sebab pelamin dia cantik woooo..


cantikkan?? kan aku dah cakap tadi.. picture kat belakang tu masjid nabawi, khas daddy beli masa pegi haji, termasuk sekali dalam gambar.. 
^__^


baby adi pun kena duduk atas pelamin sebab famli buat cukur jambul untuk dia skali
^_^Y

2 hari sebelum majlis aku sebok buat chocolate!! percaya tak aku buat sendiri chocolate hantaran??
yes!! memang betul, aku buat sendiri.. nama dia homemade chocolate kasih terpaut cinta bersemi!! macam penah dengar kan??? chewahhh

*_* 
bangga sampai mata bersinar-sinar (bukan pening tau)

amek masa sekejap je nak buat, chocolate ni memang senang sangat, cuma kena ada acuan je baru segalanya berjalan lancar:)
tapi, rumah aku kan ramai anak saudara yang prihatin nak menyebok buat sama, so terpaksa la aku start buat pukul 12 tengah malam ketika mereka sedang lena diulit mimpi.. so esoknya memang sembab la mata aku..
anyway memang puas hati chocolate itu menjadi seperti yang aku harapkan..

^_____^



cantik kan??
dah tau dah
^_^
cuma takda acuan love, tu yang buat "N"

kalau berminat nak buat tempahan boleh contact aku, harga boleh runding (alamak!! terpromosi diri pulak)
peace yooo!!!


fyi, ini kali pertama encik tunang bawak saya naik kereta.. ya, percayalah:)

maaf, kualiti gambar agak kurang memuaskan..

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...