Sunday, September 17, 2017

jom buat minyak buah keras (kemiri) di rumah

assalamualaikum..

sejak akmal sekolah, kulit akmal kering sangat.. sis rasa mungkin disebabkan oleh uniform sekolah akmal yang cotton dia macam keras sikit.. so sis bawak akmal berubat dengan pak cik indon yang kebetulannya mengurut ayah sis.. jadinya, pak cik indon tu pun cadangkan sis untuk cari buah kemiri..

pada yang tak tahu, sebenarnya buah kemiri ni orang kita panggil dia buah keras.. tapi di indon dorang panggil kemiri..

online shop pun banyak jual minyak ni, tapi buat sendiri lebih jimat.. kos tak sampai rm10 pun..

so sis nak kongsi cara buat minyak buah keras ni..

mula-mula goreng buah keras ni sampai sedikit hangus

lepas tu masuk dalam lesung batu tumbuk sampai keluar minyak.. ala-ala macam nak buat kerisik..


lepas tumbuh dekat 15minit, inilah hasilnya.. selain merawat kulit kering, minyak buah keras ni jugak boleh melebatkan rambut.. 


biasanya sis sapu kat badan akmal selepas akmal mandi.. masa sapu tu kita gosok-gosok sikit.. tekture dia sedikit kasar boleh menghilangkan sel-sel kulit yang kering.. ala-ala macam skrub gitu..

so adik- adik gojes boleh try okeh!!

1 comment:

  1. Salam kak . Buah tu kan warne hitam , yg hitam tu kulit dia ke camne ?

    ReplyDelete

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...