Monday, September 18, 2017

miss eny genab 30 tahun

assalamualaikum..

alhamdulillah.. syukur nikmat Allah.. 10 september lepas genab lah umur sis 30 tahun..

kejap je dah masuk 3 series.. macam tak percaya je cepatnya masa berlalu.. bangun pagi, pegi keje balik keje, malam tengok tv melayan akmal.. tup-tup umur 30 tahun dah.. rasa dalam tempoh 5 tahun ni kehidupan konsisten macam tula cyclenya..

ramai orang share apa yang patut capai di usia 30tahun.. rasanya bagi sis soal kerjaya tu sis masih lagi level yang sama.. masih lagi mengajar dengan jayanya.. setiap semester dapat student baru, akan kenal ragam baru.. alhamdulillah student sis setakat ni semua ok.. cuma bila ada semester yang student ramai tu kadang-kadang memang tak dapat nak kenal semua dengan baik..

bab kewangan pulak agak tenat sikit untuk tahun ni.. sis baru je dapat kunci rumah tahun lepas.. so duit memang banyak habis untuk rumah.. betullah orang cakap, kalau nak beli rumah stanby lah 20k dalam tangan untuk setelkan benda basic je.. alhamdulillah, umah sis dah boleh nak duduk dah.. so far sis belum berani nak bermalam kat rumah tu sebab jiran-jiran takda lagi.. jadinya sis masih lagi berulang dari rumah mak ke tempat keje..

akmal pulak dah 4 tahun, asal ambil dia kat sekolah mesti dia ajak singgah rumah baru.. kalau boleh dia nak mandi nak makan kt rumah baru.. baru boleh balik rumah mak.. dah pandai dah dia cop yang mana bilik dia.. sekolah pun dah ok dah akmal, seronok main dengan kawan-kawan.. sis ambil pukul 5.30 petang pun mood dia ok.. sis perasan, akmal sangat pandai berkawan or bawak diri bila sis takda..

kalau time sis ada dengan dia, dia memang clingy siket, meragam dan akan buat macam-macam nak tarik perhatian.. ramai orang cakap akmal tu dah kena dapat adik baru tak manja sangat.. kadang-kadang sis pun kurang sabar jugak dengan kerenah akmal.. contohnya dia meragam sebab dia tak boleh bangun sebab dia tak kuat.. lepas tu, meragam sebab takda bantal kat kepala masa baring.. macam-macam la perangai dia.. geram.. bila duduk kat ofis kenang perangai dia rasa nak tergelak pun ada.. macam-macam la akmal ni..

akmal ni cepat belajar dan cepat serik.. contohnya, perkataan "TAK GUNA" banyak kali tersebut dalam cerita kartun mr bean.. dia cepat la serap dan mengaplikasikan perkataan tu.. sis sabar je bila dengar dia cakap.. geram pun ada.. sis pun tetapkan satu rule, kalau cakap perkataan tu lagi terus cubit mulut.. mula-mula tu sis cubit kuat sebab nak bagi dia serik.. memang akmal serik dan dia tak cakap dah.. tapi sekarang ni pandai pulak dia listkan perkataan-perkataan lain yang tak boleh sebut contohnya busuk, taik, kentut dan bontot.. kalau sis tersebut memang dia akan cubit mulut sis.. dah tu nak cakap macamna lagi kalau nak suruh basuh bontot ada taik.. aduhai la.. tergelak sis.. cakap kentut pun tak boleh.. abis macamna nak tegur kalau dia kentut? nanti dia cubit mulut sis.. huhu.. tapi sekarang kami cubit-cubit manja je.. banyak bergurau je..


panjang pulak cerita pasal akmal..

anyway,

happy birthday to sis.. i love me..

terima kasih untuk family yang ada untuk sis.. tak sangka di usia ini masih dihargai.. dapat suprise yang tak dijangka.. mula-mula cakap-cakap kosong je "besnya kalau balik rumah ada orang buat suprise, ada kek".. tak sangka ternyata ada.. terharu sangat.. mak suapkan kek kesemua mulut anak-anak, anak menantu dan cucu- cucu yang ada.. kemain excited akmal tiup lilin..


semoga Allah merahmati kita semua.. amin

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...