Sunday, September 17, 2017

akmal obses dengan dinasor, anak korang obses mainan apa?

assalamualaikum..


eh.. apasal muka macam tak puas hati tu.. tak cukup lagi ke dinasor tu sayang??

kalau nak tahu, inilah obsesi muhd akmal hadif.. bermula daripada tengok video dinasor di handfon papa dia, maka tercetus la obsesi ini..

kalau pegi kedai toys, memang mata akmal melilau mencari dinasor.. nak tambah koleksi.. kalau yang dah beli memang dia takkan ambil dah.. asal nak mainan je, mesti nak request dinasor.. 

yang paling dia obses mestilah t-rex.. kalau main dengan dinasor tu konfem la akan keluar bunyi ngauman yang pelik-pelik.. fasih dengan bahasa dinasor kot.. haha.. 


tapi satu yang paling sis kagum memang budak kecik ni terang hati, cepat mengingat.. akmal ni boleh dikatakan hampir semua nama-nama dinasor dia tau.. kalau tanya ini dinasor apa, mesti dia boleh jawab..


level extreme akmal adalah pegi kemana-mana mesti nak bawak dinasor.. konfem setiap tangan akan ada t-rex febret dia.. sis selalu jugak bawak akmal ke ofis, sampai kawan ofis perasan dan cakap kat akmal "tak tinggal dinasor dia, bawak aje"..

bila masuk Pasti pun akmal masih lagi carry on dengan obsesi dia.. mesti akmal akan selit 2 ekor t-rex dalam beg sekolah.. 

tapi yang paling sis takut, masa akmal kecik-kecik dulu kalau t-rex febret dia hilang, jenuh la nak mencari sebabnya kena cari sampai jumpa.. kalau tak jumpa menangis la akmal.. kena cari jugak sampai jumpa.. 

tapi bila dah besar ni pandai pulak dia.. siap dia cakap "biarlah hilang, nanti mama beli baru".. asyik nak pow dinasor je dari mama..

kalau buka youtube, tak da benda lain dia layan, konfem video-video dinasor.. cerita jurrasic world lebih 20 kali dia tengok tau..

bila anak terlebih obses dgn toys dia, memang parent pun akan terjebak sama.. kadang-kadang sis yang beria nak bawak akmal pergi tengok dinasor, tak pun bila sis nampak dinasor baru, sis yang beli..


aduhai akmal, mama sayang akmal..

tu obsesi anak sis.. anak-anak korang obses apa pulak? 

bye!

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...