Thursday, September 28, 2017

PENGALAMAN BILA RUMAH KENA PECAH

Assalamualaikum..

so malamni sis nak share tajuk yang di atas tu.. nak dijadikan cerita, cuti CNY awal tahun haritu, sis satu family balik kampung di kuala terengganu.. so kami decide balik satu kereta je, jadinya balik dengan kereta sis.. masa sis duk sumbat barang masuk dalam boot kereta, sis ternampak kak cik (adik sis) keluarkan laptop dari kereta dia simpan dalam rumah.. terdetik dalam hati " aik apsal kak cik nak bawak masuk laptop dalam rumah".. lepas dah siap packing barang semua kami pun balik kampung.. bermalam 3 malam then kami balik semula ke rumah..

masa sampai tu, sis duk punggah barang masuk dalam rumah tiba-tiba kak cik menjerit.. "mak!! kenapa pintu belakang terbukak?".. masa tu semua dah panic dah dapat rasa yang rumah dah kena pecah.. tengok-tengok rupanya orang tu pecah masuk ikut tingkap, dia cabut satu-satu cermin tingkap, lepas abis dia merompak dia kua ikut pintu belakang, sebab tu pintu belakang terbuka..


kak cik pun menjerit lagi sekali dengan gelabah yang amat "mana laptop kak cik, orang tu dah ambil laptop kak cik!" terus menitik air mata kak cik.. kami cek bilik satu-satu memang habis dia selongkar.. bersepah bilik kami semua.. agaknya peromoak tu ada masa yang banyak, so setiap bilik dia geledah.. jiran-jaran pun memang tak perasan rumah kami kena pecah.. tabung sis, tabung ayah, barang kemas, kamera, even charger skuter akmal pun perompak tu sapu.. banyak jugak duit dalam tabung ayah, dekat seribu jugak ayah cakap sebab bertahun dah tabung ayah tu.. sis memang down tabung sis pun perompak tu kebas.. susah-susah sis kumpul duit 50 sen je dalam tabung tu.. lagi satu, sis paling sedih sebab rantai husben bagi pun perompak tu kebas.. rantai tu dapat masa zaman bercinta dulu, sis tak pakai tapi sis simpan elok-elok dalam laci.. ralat sangat rasa..

kak cik paling kesian, dalam beg laptop dia tu ada semua sijil-sijil dia, sijil spm, degree, transkrip dia.. lepas tu dalam laptop tu jugak ada semua hasil reserch, tesis master dia..sebab tu dia menangis.. nak dapat balik semua sijil tu bukan senang..

petang tu jugak sis dan kak cik buat report di balai polis terdekat.. malam tu jugak polis datang rumah siasat, polis tu ambil gambar dan kesan cap jari..

malam tu borak dengan kak cik "akak dah rasa pelik tengok kak cik bawak masuk laptop dalam umah aritu, kalau tak bawak masuk mesti selamat laptop tu".. tapi benda nak jadi, nak buat macam mana kan..

tak lama lepas tu dalam sebulan lebih macam tu, dapat surat bagi tau melalui siasatan polis tu mereka tak dapat cap jari perompak tu.. so kes tu tutup macam tu je dan sampai sekarang perompak tu bebas..


ok, bye!

p/s: sis nak tabung baru

1 comment:

  1. Alahai.kes tutup mcm tu je ek. Ralatnya rasa.

    Eh,sis eny dah masuk belum group blogger pantai timur?kalau belum lagi whatsapp Cik Renex ye kat 017 794 4891

    ReplyDelete

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...