Tuesday, November 28, 2017

DIET ATKINS! BERKESAN KE??

Assalamualaikum..

harini sis nak review pasal diet atkins ni..

selepas 8 hari berturut-turut join kursus Autodesk autoCAD pro.. makan disponser 3 kali sehari, hari-hari sarapan & minum petang dengan teh tarik .. berat sis telah naik mencanak- canak.. masa tu sis timbang berat sis 55 kg.. tinggi sis ni 158cm je, so lemak banyak tertumpu pada perut & lengan..

bila pakai tshirt memang terserlah lengan yang kembang.. pinggang kain baju kurung pun banyak dah ketat..

biasanya, sis ada kak aziana selaku geng diet.. kalau tak apa-apa halangan kami selalu puasa hari isnin & khamis.. tapi sejak kak aziana pindah kolej komuniti maran, partner diet sis dah tak da.. hurmm..

kalau sis aktif berzumba sekali pun, makan rakus semacam tak menjadi jugak.. jadinya, sis nekad!!

3 minggu lepas bermulalah episod Atkins sis.. sis gigih buat reserch tau.. sepanjang induction hanya boleh ambik maksimum 20g carbo sahaja.. bayangkan roti coklat Gardiner pun dah 24g carbo.. so boleh bayangkan tak betapa sikit sangat carbo yang boleh diambil..

dah 3 minggu diet ni, sis masih lagi dalam fasa induction.. hari ketiga induction sis alami kitosis.. bangun tidur rasa macam nak pitam.. rasa sejuk satu badan.. kaki menggeletar, tapi badan berpeluh-peluh.. niat nak mandi pagi terbantut, terbaring kat hall mencari tenaga.. gagahkan diri berjalan ke dapur minum air suam.. barulah rasa bermaya siket, baru boleh mandi.. satu hari sis rasa lemah macam tu.. esoknya bangun tidur tak rasa kitosis dah, badan rasa biasa je..

sis pun ajak suami beratkin jugak.. kami saling share menu.. dah nama jarak jauh kan, so share gambar menu je..



bagi penggemar telur macam sis, sis memang takda masalah nak sarapan dengan telur.. pastu colek pulak dengan sos nandos..

lunch sis makan simple je.. macam ni


dalam 4 hari sis berjaya turunkan 2 kg.. lepas tu berat payah nak turun, sekarang ni maintain 53 kg.. suami berjaya turun 6 kg dalam seminggu..

review sis: diet Atkins ni sangat berkesan kalau kita nak turunkan berat secara mendadak.. tapi mental kena betul -betul kuat sebab kita memang cut off betul-betul pengambilan carbo dan gula..

lepas tu memang kena ignore cakap-cakap orang yang nak menkondemkan kita.. contohnya "alah, berat baru 55kg, dah kurus kot, buat apa nak diet".. seriously, kena ignore!! sebabnya, hanya kita yang tau kita gemuk tang mana, gelebeh tang mana..

diet atkins ni jugak buat sis alert baca label nutrition pada setiap makanan.. part yang sis akan zoom adalah tang berapa gram carbo dan berapa gram segala jenis sugar..

lagi satu bila buat atkins ni sis masih lagi dapat keluar lunch dengan kawan-kawan.. masih lagi dapat borak-borak.. so takda la terperap sensorang bila diet, barulah kita ni tak stress.. lepas tu mata akan zoom apa yang kawan makan, then dalam hati akan analisis makanan dorang.. sama ada terlebih kalori in take ke tak.. pastu tengok pinggan sendiri, bisik dalam hati "bagus pilihan yang aku buat ni".. haha.. dalam tak sedar mendidik sis kepada tabiat makanan yang lebih baik..

tapi untuk life long kita kena maintainlah tabiat makanan yang baik!!

p/s: korang jangan lupa baca label jugak tau!!

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...