Thursday, November 16, 2017

TIPS PJJ: ISTERI KENA BELAJAR SIBUKKAN DIRI

Assalamualaikum..

hai adik gojess dan semua isteri PJJ (Perkahwinan jarak jauh)..

sis tahu mesti ada isteri PJJ akan bergenang air mata bila pegi shoping nampak couple (husben dan wife) yang tengah shopping sakan sama-sama.. mesti terbayangkan suami yang jauh tu takda nak temankan you all shopping kan?

takpun bila wiken, sepatutnya suami balik tapi suami tak dapat balik, anak pulak merengek ajak pegi playground.. dalam hati berat nak bawak anak keluar tapi sebab kesiankan anak, turutkan jugak.. so masa kat playground tu, mesti hati you all sentap sensorang, sepatutnya suami yang layan anak yang tengah main gelongsor tu kan??

lagi bertambah pilu bila anak sakit. you all kena handle tanpa suami.. and you all wish yang suami boleh ada macam magic depan mata kan??

lagi-lagi sedih, bila nak tidur, tengok sebelah suami takda.. kan?? terus peluk bantal meleleh air mata.. kan?

sis tau la, sis selalu jugak bergenang air mata, kadang-kadang sedih dengan benda-benda kecik yang berlaku dalam kehidupan hari-hari.. suami takda untuk buat aktiviti sama-sama..

sis nak share satu tip yang sis amalkan.. sebagai isteri PJJ ni, kita kena belajar sibukan diri.. buatlah apa-apa sahaja aktiviti yang berfaedah, createlah satu hobi yang korang minat. atleast kita taklah selalu berendam air mata..

so this month sis join zumba tau.. zumba waktu malam dan wiken.. seriously bila tengah berzumba tu terlupa kejap yang diri ni bini orang.. erkk!?


sis pegi zumba bawak akmal.. akmal pulak boleh main-main dengan budak-budak lain sambil improve dia punya social skill.. so sis boleh berzumba dengan aman dengan mak-mak budak yang lain.. berjoget, menari, melompat semua boleh..

bila dah berzumba kaw-kaw sejam setengah, konfem bila balik badan dah penat kan.. korang rasa sis ada masa nak sakit kepala? silap.. korang rasa sis ada masa nak berendam air mata?? mestila tak kan.. badan penat, mandi terus bawak anak masuk bilik tidur..

lena tido malam tu..




so you all kena cari aktiviti yang korang suka tau!! sibukkan diri, jangan sedih-sedih..

ok, bye!!

p/s: nanti nak share tip lain kalau hadoo..

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...