Tuesday, November 7, 2017

miss eny layan drama korea lagik

assalamualaikum.. hai..

sis nak share tahun ni sis start demam korea semula.. terasa remaja semula bila layan drama korea ni.. teringat balik zaman winter sonata, my girl, autumn in my heart, boys over flower dan banyak lagi la.. dulu sis pernah la crush dengan lee min ho.. opss..

first sis layan drama goblin.. cerita ni memang fenomena.. at first sis tak layan cerita ni masa dia duk iklan kat astro, tapi sebab office mate cakap "tengok la, cerita ni lain dari drama korea yang lain".. so tergerak la hati ni nak tengok.. starting cerita tu memang dah best, ada elemen zaman maharaja dan laksamana gitu.. lepas tu, kita jadi tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku, kenapa hero ni jadi goblin, goblin tu apa, kenapa plot cerita dari zaman dulu jadi ke masa sekarang.. and masa tu jugak viral orang up status "hujan ni mesti goblin tengah nangis".. so sape tak layan drama ni memang tak faham.. haha..


secondly, sis layan signal.. ni pun sama, office mate yang suggest jugak.. signal ni lebih kepada penyiasatan jenayah.. buat kita terfikir and tertanya siapa penjenayah sebenar.. banyak kes yg detektif ni selesaikan atas bantuan walkie talkie misteri yang dia jumpa tu.. haa.. walkie talkie misteri tu membolehkan detektif tu berhubung dengan detektif yang telah hilang 15 tahun yang lepas..


next, sis layan cerita twenties again.. cerita ni pun best.. mengisahkan seorang suri rumah yang nak diceraikan masuk belajar universiti semula.. yang sis faham cerita ni lebih kepada makna peluang kedua dalam hidup supaya seseorang tu buat yang terbaik dan hidup lebih gembira..


so far tu je drama sis dah layan.. lepas ni nak layan cerita apa pulak ya??

ok, bye!!

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...