sesuatu yang aku pelajari hari ini:
nyatakan kebenaran walaupun ia nya PAHIT..
sungguh besar maknanya pada aku... kerana terkadang aku sendiri berselindung dari realiti itu.. aku tidak mahu bergelar pembohong, namun tanpa aku sedari aku mengaburi kebenaran itu dengan mengarang cerita yang aku mahu.. aku mahu ia menjadi seperti yang aku harapkan walhal hakikatnya cerita itu tidak sama seperti kebenaran.. ada tokok tambahnya, ada penambah perisanya.. aku sendiri rimas dengan lagakku ketika mengarang cerita fantasiku itu.. aku tidak mampu bertentang mata dengan si pendengar, nafasku yang bergetar dan frequensi suaraku menjadi tidak stabil.. namun cerita itu tetap ku karang, aku tertanya sendiri,
ADAKAH MEREKA SEDAR AKU SEDANG MENIPU, MEREKA-REKA CERITA????
cerita yang aku mahu, bukan cerita sebenar..
terkadang KEBENARAN itu begitu pahit, sehingga tidak mampu ditelan, tidak mampu diluah.. hingga menyesakkan diriku..
aku tahu, ramai yang berada dlm situasi ini, terperangkap dalam keadaan yang memaksa..
namun satu lagi perkara yang aku pelajari:
andai belum mampu untuk menyatakannya, lebih baik berDIAM diri dari berDUSTA..
"aku, aku berjanji pada diri sendiri!!!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil
Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...
-
Bagaimana sis rawat anak DEMAM dengan Young Living Essential Oil (YLEO)??? boleh follow step-step ni ya: 🌸 mandikan anak dengan ai...
-
Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...
-
Assalamualaikum.. since akmal baby i memang tak pernah ajar akmal duduk dalam car seat. maybe sebab i sangat jarang (boleh bilang) be...
No comments:
Post a Comment