Monday, November 14, 2011

pagi yang memilukan..

suasana pagi yang tenang dikejutkan oleh kesesakan lalulintas di simpang air terjun sungai pandan.. sebuah kereta putih lama melanggar motosikal.. hancur lebur motor itu sehingga tidak menampakkan rupa dan kereta putih itu remuk di bahagian hadapan.. sedang kereta ayahku melintasi kawasan kemalangan itu, terlihat seorang kanak-kanak lingkungan lapan tahun lengkap beruniform sekolah terdampar di atas jalan.. aku memejamkan mata kerana tidak sanggup melihat.. aku dapat rasakan kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa lagi kerana orang ramai di situ tidak berani mengusik atau memberi bantuan.. kalau masih hidup, pasti telah dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan..tetapi aku terlihat seorang lelaki tua di hadapan kereta putih itu terduduk kesal.. mungkin dialah pemandu kereta putih itu dan barangkali terkejut dengan apa yang baru terjadi terhadapnya..

aku tidak pasti siapa salah dalam kejadian ini,, tetapi aku faham, kejadian yang sekelip mata itu mampu merubah segalanya..

apakah perasaan seorang ibu melihat jenazah anaknya.. 

apakah yang bakal dilalui oleh lelaki tua itu di saat umurnya sudah senja itu.. 

dugaan apakah ini Ya Allah..


"Ya Allah, tabahkan hati mereka dalam menghadapi ujian Mu ini..."

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...