Friday, August 19, 2011

panasnyee arini...

walaupun cuaca tak panas mana harini, dan masih dapat merasa hembusan angin sesepoi bahasa tapi tetiba naik pulak temperature aku hari ni.. patut la aku terasa pelik je pagi ni, good mood semacam, kenapa aku asyik nak tersenyum je.. pantang jumpa orang semua aku tegur.. rupanya disebalik tu  DUGAAN DATANG LAGI..

kenapa gadis tu tulis macam tu?? 

adakah si gadis tu terasa hati dengan feedback yang aku bagi pada entry sebelum ni?? maaf..
aku rasa aku dah cukup berlembut, menghormati dia sebagai kaum sejenis, dan aku telah memberi dia penjelasan yang kukuh..

tak perlu si gadis tu nak cakap "pity her".. patutnya si gadis tu lebih kesiankan dan kasihkan diri dia terlebih dahulu sebelum menunding jari pada orang lain.. kamu si gadis tak perlu menjatuhkan maruah kaum Hawa dengan cara macam tu.. saya minta maaf andai salah faham dengan maksud kamu itu si gadis..


anyway, ramadhan sudah menjengah 10 malam terakhir, bersamalah kita mencari keampunan dan keredhaan dariNya..

"Ya ALLAH ya tuhan kami, tolanglah kami untuk ingat pada Mu, untuk bersyukur dengan nikmat Mu, dan perelokkan ibadah kami kepada Engkau Ya ALLAH.. amin"
*
*
*
*
*
*
*

kita sering bertanya, kenapa kita diuji..

WHY? WHY? WHY?

dan kita sentiasa mencari jawapannya.. 

ketahuilah.. kita diuji kerana ALLAH ingin menguji keimanan kita, Dia ingin tahu siapa yang ingat padaNya.. di saat susah dan senang.. di saat sihat dan sakit.. 
dan
kita hanyalah hambaNya..

di bulan mulia ini.. 

banyakkan lah mengaji bukan mengeji
banyakkan lah syukur bukan menegur
banyakkan lah sedekah bukan sarakah
banyakkan lah mohon ampun bukan menonton
banyakkan lah solat bukan mengelat..






aku bukan pro photographer.. hehehe

assalamualaikum.. maaf sekali lagi.. adios amigos

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...