Tuesday, December 13, 2011

review: Rindu di Awan Biru

oleh kerana rumah aku sarat dengan anak saudara yang terlampau aktif, jadi dua hari lepas aku mengambil peluang untuk memencilkan diri di dalam bilik sambil membaca novel kak cik yang bertajuk Rindu di Awan Biru tulisan Meen Zulaikha (novelis cerita Nora Elena)..



Actually, novel ni dah lama kak cik beli cuma biasalah, orang yang kurengg minat baca novel macam aku ni mestilah tak ambil pot sangat nak baca.. so after dua malam berturut-turut, khatam sudah novel tu.. (lau orang yang memang kaki novel satu malam dah habis kot)

Cerita berkisar Hanan, seorang gadis yang fobia dengan poligami ekoran bapanya yang berkahwin dua dan tidak dapat berlaku adil sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.. cerita menjadi menarik bila Hanan bertemu dengan Akmal dan berkahwin di Masjid Biru di Istanbul.. kisah rumah tangga yang mereka dan sikap Akmal yang romantis menarik minat aku untuk terus membaca. Namun lautan mana yang tak dilanda badai.. Rumah tangga mereka juga dipenuhi dengan pelbagai konflik..

gambar Masjid Biru:


siap ada taman tulip lagi.. Subhanallah


sebab ini la masjid ini dipanggil masjid biru



Apa yang membuatkan aku frust dengan novel ni:

:: status Akmal yang sudah beristeri dan cuba merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Hanan.

aku sendiri tertipu, aku ingat si Akmal ni lelaki bujang, so memang tak sangka dia dah beristeri.. Strategi penulis yang mendedahkan status Akmal di tengah-tengah cerita memang membuatkan aku frust untuk meneruskan pembacaan aku.. yelah!! Aku ni perempuan, memang tak sanggup dengar kisah lelaki kawin lagi tanpa alasan yang kukuh.. cukup la seorang isteri.. bukannya wife pertama Akmal tak boleh mengandung, cuma bagi aku Akmal ni dayus.. (teremosi sudah)


Aku tetap terus membaca walaupun dah frust T___T


:: Aku still berharap yang ending cerita ni berakhir dengan Happy Ending di antara Akmal dan Hanan tapi rupanya tidak..

sikap Akmal yang sewenangnya menjatuhkan talak 3 pada Hanan tanpa usul periksa memang melampau.. Akmal ni memang tak boleh diketegorikan sebangai lelaki mithali!! benci Akmal!!! (emosi sudah memuncak)..
tapi nasib Hanan baik, terjumpa la si Riz yang sanggup nak memperisterikan dia dan terima dia seadanya..

:: Yang buat aku still tak puas ati, takda la pulak si penulis cerita akibat yang jadi pada Akmal yang menyesal tak sudah ni and what happen to his first wife.. sepatutnya penulis perlulah lebih detail..

Well, nobody perfect, aku maafkan kamu wahai penulis.. (poyo je ayat ni)

kesimpulannya, novel ni aku bagi tiga bintang.. yang nak baca tu emosi kena stabil.. hehehe

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...