Wednesday, January 28, 2015

Cinta buat Rasulullah saw

Assalamualaikum..

Syukur penulis diberikan peluang untuk turut serta dalam program sambutan maulidur rasul. Kalini penulis dilantik menjadi juri bagi pertandingan bicara muslim. Overall penulis rasa kagum dengan pelajar yang bertanding kerana keberanian meraka utk tampil kehadapan berpidato tentang kisah hidup rasulullah.. ala2 macam program tv pencetus ummah n da'i :)

So far sepanjang program ni, banyak yang penulis dpt belajar, cerita ttg kisah hidup rasulullah, sifat sifat rasulullah..

Seorang pelajar bercerita tentang sahabat nabi.. billal bin rabbah.. beliau terlalu rindukan rasulullah rindu sehingga sedih tidak mampu untuk melaungkan azan selepas kewafatan rasulullah.. namun atas permintaan cucu rasulullah hasan dan husin.. billal sanggup melaungkan azan.. namun billal rebah ketika menyebut kalimah " muhammadur rasulullah"..
bila sahabat lain bertanya, knp billal rebah menangis teresak-esak?
Billal menjawab "aku seolah melihat rasulullah berjalan utk solat jemaah"
Pada hari itu seluruh kota mekah bersedih..

Penulis pun turut bersedih mendengar cerita ini..

Kita manusia yang lemah selalu alpha.. hakikat rasulullah tak pernah melupakan kita.. ummatnya..
Ummatnya yang bukan sezaman dengan baginda namun mencintai dirinya seolah-olah sezaman dengan baginda..

Ya allah janganlah kau palingkan ati kami setelah kau berikan kami hidayah
Amin..

Seorang pensyarah share ttg 10 kawan iblis

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Peniaga yang kianat
4. Penjual dan peminum arak
5. Orang yang memutuskan silaturrahim
6. Pemakan riba'
7. Pemakan harta anak yatim
8. Orang yang meringan2 kan solat
9. Orang yang enggan mengeluarkan zakat
10. Orang yang banyak berkhayal

Nauzubillah..

Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah
Semoga kita mendapat shafaat dari Rasullullah di akhirat nanti
Amin..

P/s: sekadar perkongsian ilmu

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...