Tuesday, January 6, 2015

here we come 2015

assalamualaikum

duhai belog miss eny yang sangat tak terurus, ampunkan penulis yang sangat sibuk..

2014 merupakan tahun yang sangat kritikal dalam hidup penulis.
kini penulis perlu bangkit

percaya tahun 2015 membawa sinar harapan yang baru

kebahagian tidak datang bergolek..
kebahagian adalah usaha setiap saat, usaha setiap minit, setiap jam, setiap hari dan usaha seumur hidup

azam??

penulis tak mampu berharap, hanya mampu berdoa supaya masih lagi dalam lindungan dan rahmatNya..

hidup perlu diteruskan walaupun dugaan melintang depan mata atau dibelakang mata..

percaya dalam hidup ini masih ada ruang untuk pemulihan dan pembetulan

maaf ikhlas dipohon dari hati ini atas segala ketelanjuran kata sikap perbuatan di tahun 2014..

i hope i can be a better muslimah :) amin..

ehemm.. panjangnya mukadimah penulis..



2015 plans:

1. Organize online business with colleague (i will reveal after all the set up complete)
seronok sangat kalau dapat berhenti kerja jadi ibu sepenuh masa. (did i mention IBU??)
yess.. penulis kini ibu kepada muhammad akmal hadif.. born on 17 October 2013. dah setahun tiga bulan this month.. having him in my life is so meaningful.
(nanti penulis cerita lagi tentang muhammad akmal hadif)

2. Usrah Murni
diri penulis rasa sangat bersyukur masih lagi memiliki kawan-kawan di sisi. alhamdulillah kawan baik kawan lama sudi nak guide penulis. tak sabar rasanya nak pergi perjumpaan usrah murni. untuk muslimah sahaja tau.. yang seronoknya perjumpaan akan diadakan hari ahad, 2 kali sebulan. minggu ni perjumpaan akan dibuat kat taman bandar. lagi best sebab boleh bawak akmal. harap penulis dapat istiqamah. insyaallah

3. Family bowling team
yang ni penulis plan nak ajak anak buah penulis. dah lama sangat tak habiskan masa berkualiti dengan mereka. kalau anak buah penulis datang rumah pun masing-masing sibuk main telefon. so penulis harap sangat dapat organize family bowling ni sebulan sekali pun jadilah.

4. Trip to Melaka and Johor
dah lama sangat tak menjejakkan kaki ke bumi johor. rindu sangat saat jadi student UTHM dulu. lagi satu penulis tak pernah lagi pergi rumah abang yang duduk johor tu.. so this year i should go! ayah pulak beria nak jalan-jalan kat melaka.

5. Zumba class (maybe)

6. Hair cut like zara zya in "i love you mr arrogant" (such a day dreamer!)

7. Pandora (reward myself with a gem for every accomplishement!)
starting basic bangle  pun dah cost rm500.. setiap gem tak tau la berapa..i wish!

8. Trip to Cameron Highland
lama sangat dah tak pergi, sangat rindu, sangat teringin nak jejak kaki lagi

9. Hiking with muhammad akmal hadif
tak sabar sangat nak akmal boleh berjalan

10. active blogging
asyik baca blog orang lain blog sendiri tak ada improvement!

sebenarnya banyak lagi penulis nak buat untuk tahun ni.. yang penulis list ni memang plan yang penulis harap sangat-sangat dapat laksanakan dan istiqamah..


insyaallah penulis teringin sangat nak pakai glasses and jadi student lagi.. nak jadi student nerd yang brilliant! doa-doakan penulis dapat sambung belajar tahun ni.. dengan segala komitmen yang ada sekarang ni mudah-mudahan Allah permudahkan.. Amin



semoga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah..


"Ya Allah jangan la kau hukum aku jika aku terleka, jika aku terlupa.. Kau tegurlah aku.. Kau Tegurlah aku dengan kasih sayang Mu, janganlah Kau tegur aku dengan Kemurkaan Mu. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Amin"



No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...