Wednesday, January 7, 2015

perubahan DRASTIK

Assalamualaikum

wahai follower belog miss eny yang cantik lagi manis.. 

Mulai bulan febuari 2015, blog address miss eny akan ditukar kepada


thestoryofmisseny.blogspot.com


dahulu content belog miss eny ini banyak penulis merapu tentang love life, banyak penulis berangan kini penulis berazam akan lebih memantapkan lagi kandungan belog miss eny!!

maybe akan fokus lebih tentang parenting, penjagaan baby, the reality life of miss eny dan sedikit motivation. 

oleh kerana penulis akan berusia 28 tahun pada september 2015 ni.
so memang penulis harap penulisan penulis semakin matang
sekejap sangat masa berlalu.. dah lebih 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.
rindu sangat saat-saat jadi student dulu.

tapi umur sekadar angka je bagi penulis, yang penting rupa masih muda, hati pun muda!

balik kampung baru ni mak saudara penulis ingatkan penulis ni adik yang bongsu, kembang setaman dalam hati ni. mungkin disebabkan saiz badan yang lebih kecil berbanding adik- baradik perempuan lain membuatkan penulis nampak lebih muda. tapi bila dah masuk 28 tahun ni sekejap je tup-tup nanti umur dah masuk 30 tahun.

tapi seseorang pernah berkata:

 "kematangan seseorang tidak dinilai dari umur, tapi apa yang dipelajari dari umurnya"

betul!

tapi sejauh mana perkara yang dipelajari itu membawa manafaat pada diri sendiri atau pada masyarakat???


penulis bukan nak nampak matang, tapi cukuplah pemikiran penulis semakin matang. hopefully!

serius, banyak sangat perkara yang tak masuk akal penulis buat di tahun 2014 yang mana penulis sangat berharap penulis tak akan lagi melalui pengalaman tu di tahun-tahun mendatang.

perkara dan tindakan bodoh yang memalukan diri sendiri

sebagai wanita terhormat, wanita haruslah mempunyai sifat malu, sayang dan menghargai diri sendiri. 


jangan mengharapkan orang lain melayan kita wanita dengan baik jika wanita sendiri tidak melayan diri sendiri dengan baik. 

hanya diri sendiri yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri!

sebab tu penulis nak sangat hair cut macam zara zya. 



alhamdulillah.. hati semakin tenang sekarang ni. 

percaya kepada qada' dan qadar Allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya

doakan penulis istiqamah lagi dalam blogging.

hopefully blog miss eny gain ramai lagi follower

p/s: follow istagram penulis tau @ctmarianni

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...