Thursday, January 8, 2015

Pengalaman melahirkan Muhammad Akmal Hadif

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.. 

Tergerak juga hati penulis untuk share pengalaman bersalin


15/10/2013:
tarikh due untuk bersalin dan kebetulan jatuh pada Hari Raya Aidiladha. so dikesempatan hari raya memang penulis ambil kesempatan yang tersempat untuk makan sepuasnya. maklumlah nanti akan berpantang macam-macam lah yang tak boleh makan. 
malam tu ada rasa macam mild contraction dalam sejam sekali. rasa perut macam mengeras.


16/10/2013:
8.30 pagi, checkup di HTAA because suspected big baby. last scan dr expect baby weight around 3.6-3.8kg. masa tu memang penulis harap sangat- sangat saiz baby tak besar, cuma berat je. (sebab dr cakap biar bersalin baby kecik dari baby besar, bila baby besar ni banyak risiko macam tersangkut or patah bahu bila tengah deliver) dr offer sama ada nak czer or try normal. so penulis decide nak bersalin normal. sebab banyak terbaca tentang Czer ni banyak risiko komplikasi boleh berlaku. Dr pun sangat supportive, dia cakap dengan ketinggian and saiz pinggul penulis ni boleh untuk try bersalin normal. 

so after scan perut, dr decide nak check jalan. perasaan pertama kali kene seluk memang tak boleh nak describe and of cos SAKIT. so dr cakap jalan dah buka 2cm. dr offer lagi sama ada nak terus warded or nak balik rumah dulu. so penulis decided nak balik rumah tunggu sampai ada heavy contraction then baru pergi serah diri. after balik dari hospital penulis dapat rasakan perut mengeras lebih kerap. tapi masih lagi boleh bertahan. cuma rasa macam nak terberak, pergi tandas  tak berak-berak pun.

lepas solat magrib, badan rasa lemah sangat, dah start demam berjangkit dengan adik, and contraction makin kerap setengah jam sekali. masa tu nak duduk pun rasa tak sedap, siap gosok and ketuk-ketuk kat bahagian pinggang.

tunggu mak dan ayah balik dari masjid, dalam pukul 9 lebih malam straight to HTAA. so masa dekat low Risk, dr pasang CTG scan. dr cakap " awak ok ke? contraction awak kuat ni" sambil dr tengok graf kt CTG. serius memang sakit. tapi takkan lah penulis nak meraung, sakit pun tahan jela, senyum selagi mampu dan berzikir doa Nabi  Yunus dalam perut Ikan Nun. dr check jalan lagi baru 3 cm. check suhu badan 38 something. demam! dr pun pecahkan air ketuban.

dari Low risk terus penulis  dihantar ke LR High Risk. 2 sebab je, suspected big baby and demam.

so masa di LR memang rasa contraction makin kuat, maybe sebab dr dah pecahkan air ketuban. sakit memang tahap boleh bergegar katil. badan lemah siap boleh tertidur, masa ni contraction datang sepuluh minit sekali, then lima minit sekali then seminit skali. once contraction hit terus tersedar then boleh sambung tidur balik bila contraction tu dah lega. macam tulah keadaan sampai pukul 4 pagi. then dr datang seluk cakap baru 4cm and offer epidural. penulis refuse sebab terfikir kalau deliver dalam masa terdekat takut tak rasa and takut affect baby. memang lama dalam LR, siap dengar ramai orang push-push.. dalam hati bila la giliran nak push.

sebab penulis demam tekak memang haus sangat, minta air nurse tak bagi pun. kesian kan.


17/10/2013:
so dalam pukul 9 lebih pagi, pakar datang check jalan dah 8cm tp dr cakap yang heart beat baby dah lemah. so kena emergency Czer. masa tu memang tak boleh fikir pape harap baby selamat je.

So di Operation Theater, kena bius separuh badan terus hilang rasa contraction. penulis siap boleh tertidur, sedar-sedar baby dah keluar dari perut, dengar suara baby menangis sayu sangat dan tak sabar nak tengok baby.

dr tunjuk baby 
dr:  baby awak ni laki ke perempuan?" 
penulis :boy 
dr: hmm.. betul.. kita bersih baby dulu ya..

tuhan je yang tau perasaan 1st time dapat tengok baby sendiri.. syukur alhamdulillah!

after baby dibawa pergi, penulis masa tu sempat la tengok lampu yang ada atas badan tu, nampak la keadaan perut yang terburai. siap dengar lagi dr cerita pada dr pelatih or nurse yang ni ovari dia, yang ni tiub fallopio dia. ngeri sangat tengok keadaan perut macam tu. then penulis pun tertidur balik (kesan bius) sampai la proses dalam OT tu selasai.

tapi penulis rasa ralat jugak bila jalan dah buka sampai 8cm tapi tak dapat nak normal deliver. 

tapi sebaik-baik perancang adalah Allah

then pukul 12 lebih tengah hari baru warded dengan baby. baru la semua boleh melawat.

dapat la tengok muka baby lama-lama sebelah katil.


Sebab Czer, penulis kena monitor 48 jam baru boleh balik rumah



syukur di sepanjang dalam LR and OT semua doktor perempuan, dr yang check jalan pun perempuan. syukur Allah makbulkan doa nak bersalin dengan dr perempuan. HTAA ada dr lelaki singh. nasib penulis baik :)

dan rupanya memang betul my baby besar. semua orang cakap umur baru sehari tapi rupa macam baby yang dah sebulan. penulis tak kisah apa yang orang cakap asalkan baby sihat. lagipun sedap nak pegang baby, sebab tak rasa baby lembik.

lebih 9 bulan pregnant, lebih 12 jam contraction bila dapat tengok muka baby rasa memang berbaloi-baloi :)



share gambar baby





muhammad akmal hadif bin mohamad suhairi 
17/10/2013
10.34 am
4.00 kg


syukur ya Allah atas anugerah terindah ini. akmal sumber kekuatan mama!! Semoga jadi anak yang soleh ya sayang.. mama sayang akmal sangat-sangat!!




penulis sangat gemuk masa pregnant. gain 23kg (no wonder big baby LOL)
tapi sekarang berat 45kg kalah berat zaman bujang dulu
(next time i share how i lost my weight)



p/s: pengalaman ini adalah dari personal perspective penulis.

No comments:

Post a Comment

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...