Saturday, December 10, 2011

Penjagaan Bayi dalam pantang

Assalamualaikum...

Dalam tahun ni aku sangat beruntung sebab dapat lagi 2 orang anak sedara.. And of course boy!! Rusyaidi and Haris


baby rusyaidi sedang tidur, boleh dikatakan 24jam dia tidur.. hanya bangun untuk susu and mandi.. masa ni umor baru  13 hari.. comel kan.. muah-muah!!!

haris dalam pangkuan daddy.. dah pandai pegang botol susu.. hehehe.. sebenarnya masih belom pandai, saje pegang untuk tujuan fotoshot.. cayalah haris..


mak sangat excited dapat menjaga cucu dia kali ni sebab sebelum ni my sister in law berpantang di rumah mak masing-masing.  tapi kak long and baby rusyaidi je yang berpantang dekat rumah aku.. baby haris tentulah di ganu kita.

mak sangat bizi, bangun je pagi kene sapu sampah, kemas rumah yang disepahkan oleh 5 lagi anak sedara aku yang masih boleh diketogerikan sebagai kanak-kanak walhal yang sulung sudah belasan tahun. lepas tu mak sebok uruskan baby rusyaidi yang perlu dimandikan, dilosyenkan dan macam-macam lagi amalan berpantang yang wajib dilakukan apatah lagi baby rusyaidi yang kecik tu sedang kekuningan..  lepas tu mak kene masak untuk cucu-cucunya dan tak lupa bakar ikan untuk kak long aku yang berpantang.. kesian mak kan.. maaf, aku bekerja tak dapat tolong mak.. hanya lepas waktu kerja dapat la tolong sikit-sikit apa yang patut.. tapi itulah rutin mak sepanjang hari ketika ini.. mak seorang yang berjiwa kental. sayang mak!!

baby rusyaidi yang kuning perlukan penjagaan rapi, apatah lagi kak long aku yang sudah berusia 36 tahun itu menghidap darah tinggi. boleh dikatakan setiap hari baby rusyaidi terpaksa ke klinik untuk test paras kuning.. kesian, banyak kali baby rusyaidi kene ambil darah dekat kaki, kuat jugak dia menangis..

amalan yang mak amalkan pada baby rusyaidi ketika dalam pantang

1. untuk mandian, mak merebus air bersama setangkai daun belimbing sehingga mendidih..
    motif: untuk kurangkan kuning pada bayi

2. selepas bayi dimandikan, mak akan lemoh (bahasa ganu, tak tau bahasa kita apa, betuku kot) bayi dengan  menggunakan daun sireh yang dilayur pada api pada pusat dan alat sulit bayi
   motif: supaya tali pusat cepat kering dan tanggal serta alat sulit bayi tidak bengkak

3. tidak membiarkan bayi berbogel (kecuali time mandi).. make sure ketika bayi nak dipakaikan pampers pun kene ada sehelai kain di atas perut
   motif: mak cakap supaya bayi tak gayat.. (aku pun still konfius dengan tips ini)

4. beri bayi minum air zamzam dan susu kambing.. bagi sikit je tau..
  motif: untuk kurangkan kuning tapi make sure jangan bagitau nurse, nanti kene bebel..

5. beri bayi terdedah pada cahaya matahari sikit, make sure ada tingkap dalam bilik and avoid bilik yang bewarna kuning..
    motif: kurangkan kuning pada bayi..

rusyaidi selepas mandi, diletakkan sireh yang dilayur di bahagian alat sulit..



baby rusyaidi cepat la besar tau.. jangan asyik tidur je..

2 comments:

Anak Mudah Tidur dengan Young Living Essential Oil

Assalamualaikum.. "Anak yang tak cukup tidur bukan sahaja kuat meragam tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya. Sebol...